Assalamualaikum dan hai. Luahan aku ni takda lah berat mana macam confession orang lain, tapi still aku nak meluahkan apa yang terbuku kat hati aku yang sedang lara ni.

Aku ada berkenalan dengan someone through media social ni.

At first we know each other tu macam dia jenis okey takda lah macam mengarut² sangat berbanding certain people yang aku jumpa kat social media ni.

We knew each other daripada bulan Aug 2023 kira dah lama juga and decide nak jumpa for the first time. Okey aku pun on.

Our first date tu just chill² je borak² macam biasa tapi maybe aku yang stupid tak nampak lagi red flag nya di situ. Cerita pasal family, background pendidikan, pasal kerja.

Btw dia ni kerja gov tapi contract so dia story la kerja dia dengan status kerja dia sekarang ni susah sangat dia nak survive yelah sebab gaji basic pun kecil walaupun gred 29. Aku just dengarkan jelah apa cerita dia.

Then for the second date kitorang keluar makan2. Time tu aku dah boleh catch tau yang mamat ni betul² tersangat red flag.

At first dia asyik cakap kerja tapi tak cukup duit untuk survive. Takde duit takda duit. Dia repeat ayat tu banyak kali.

Lepas tu dia cerita yang dia berangan untuk dapat pasangan means kahwin dengan someone kaya so dia nanti just duduk rumah jaga anak sebab wife dia dah busy kerja.

Aku pun macam whatttttt. And dia sering sangat bercerita buruk mengenai family dia.

Cerita apa tu tak payah lah aku story kat sini. Tapi memburukkan family pada orang luar tu satu perkara yang sangat tidak elok padahal kau baru je kenal aku kott.

Dia ni nak kata ada rupa biasa² je harta tu belum ada lagi just kereta tu family dia punya kira untuk dia yang umur atas 30 tahun tu belum ada apa² lagi. Tapi kenapa nak kena ada pemikiran macam tu.

Aku tersangatlah kecewa sebab aku berkawan dengan dia mengharap kita ni boleh lebih tapi lepas daripada kejadian macam ni aku just takleh nak go.

Aku pula jenis yang dah ada kereta and motor and tengah saving duit untuk kahwin.

And ini sebenarnya first time aku jumpa lelaki yang aku kenal through media social ni. Sebelum ni tak pernah pun.

Aku kecewa and sedih juga. First date tu ada lah dia whatsapp aku lepas daripada date kitorang tu but the sec date langsung takda.

Aku befikiran positif jelah aku yang contact dia dulu. Hahaha, tak malu kan. Tapi dia reply 2-3 patah perkataan then hilang macam tu je.

Aku sekarang dalam fasa nak move on. Aku just bercerita je ni luahan hati aku. Korang jangan condamn2 aku. Mungkin salah aku juga berharap lebih2 yelah perempuan kann.

Thank you korangg sudi baca luahan, aku yang tak seberapa nak luahan ni.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Lily tahniah uncle ucap.

    Tuhan sayang Lily maka diselamatkan Lily daripada ternikah jantan tak guna.

    Contoh mudah nak kenal jantan tak guna.

    Nombor satu!!!!!!!!!!!!!!
    JANTAN TAK GUNA NAK DISEMBAH DAN MUDAH MAKI PEKERJA. Bawa pergi makan, pergi kaunter pos barang, pergi butik, pergi lah mana ada pekerja retails kalau ada sifat di atas Red flag.

    Jantan hauk begini biasanya insecure, ATTITUDE TERUK! Sebab itu tak boleh bekerja dengan orang.

    Kalau bekerja sendiri pun isteri sendiri sahaja yang tahan makian dan sikap muka ketat buruk tatasusila si jantan tak guna.

    Ego. Sombong dan angkuh. Ada jenis yang terpaksa kerja dengan bini tapi acah pemilik perniagaan. Sudahlah muka tak seberapa, sikap hauk dan memalukan diri sendiri.

    Jadi kuli bini itu pasal bila dengan pekerja retailers mereka buli. Maki dan jerit mudah bagi mereka. TAK BOLEH DITEGUR DAN SIKAP CUSTOMER ALWAYS RIGHT.
    Sebab dalam diri mereka nilai RENDAH. Itulah mereka pandang rendah orang.

    Cuba jumpa datuk seri, datin seri, professional workers, prof, dentist. Mereka sangat merendah diri dan cara bercakap berbeza dengan orang biasa. Tak perlu beritahu apa pangkat dan jawatan, semua orang boleh tahu mereka ini golongan atasan kerana mereka SANGAT BUDIMAN DAN MERENDAH DIRI.

    Jantan hauk red flag toksik tua atau muda mereka mahu dilayan lebih daripada orang lain, tak mahu menunggu tapi suka buat orang lain tunggu, tak hormat orang, AUTO SEMUA TAHU JANTAN PERANGAI PPRT SEBAB BIADAB.

    Masyarakat pandang hina, sebab itu triggered dan sombong dengan pekerja retailers. Jika semua pelanggan boleh ikut peraturan jantan tak guna bertukar jadi KAREN nak jumpa Manager.

    JANTAN KAREN term anak anak uncle panggil. Jantan Karen dari muda sampai tua perangai hauk!!!!!!!!

    Jika berhadapan dengan pekerja retailers mereka akan puji orang yang BENARKAN MEREKA TIDAK IKUT PERATURAN. Mereka BANGGA JADI DAYUS!

    Teringat uncle jiran seksyen 15 seumuran uncle. Tapi peras isteri kerja tanggung dia. Sudahlah isterinya terpaksa diam dan patuh sebab tak sanggup dengar jiran uncle yang kami jiran jiran gelaran sang kancil karna pendek dan namanya keturunannya kui kui. Takat pura pura kerja tapi jenis MAKI HAMUN JERIT HINA kalau isteri tak ikut.

    Dalam rumah kedengaran kami jiran jiran semua bermuka muka saja sebab malas berhadapan dengan si toksik itu.

    Syabas uncle bangga sama Lily. Benar, jika dengar orang luar pun TIDAK MALU JERIT DAN HINA orang lain. Sebenarnya lelaki itulah yang bermasalah. Tidak bahagia mungkin sebab kena pura pura kerja hantar surat jumpa staf kerajaan scam orang yang tidak tahan dengar jiran uncle si pendek berlagak itu mulut seperti pondan tua. Perangai Karen nak SEKAT REZEKI ANAK MUDA SENDIRI SALAH DAN BIADAB TAK. MALU NAK JUMPA MANAGER. Uncle sebagai manager jijik lelaki begini. Kami masyarakat dan jiran jiran SENTIASA PANDANG HINA

    DAYUS, MULUT JAHAT, NAK DI SEMBAH, TAK NAK IKUT PERATURAN. KAREN MALAYSIA HANAT MALUKAN KAUM LELAKI MELAYU

  2. Hi Sis Lily , at first i want to say sorry for my comment .Based on your story, I think he is trying to reject you . Sbb baru jumpa dua kali terus ceritakan impian2 dia yg dia tau mesti perempuan akan reject dia . Maybe sebab tu juga mcm u cakap for first date ade juga dia cari you , but after 2nd date dia mcm avoid u . Better sis Move on dan semoga sis jumpa someone yg lebih baik lepas ni .

  3. Kebetulan pulak baca confession awak sekarang ni. Memang related situation kita then perangai ‘dia’ sebijik. Atas rela diri sendiri nak kenal dengan si dia sbb ada a few story abt his life membuatkan sy tertarik nak kenal dia. A few red flag pun ada je tapi sanggup ignore sbb nk buktikan yg bukan semua perempuan sama ? anyway feel free nk borak lebih pasal ni (nywivy)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *