Ada Bini Pun Bala II

Untuk part I, (https://iiumc.com/ada-bini-pun-bala/).

Terpaksa reply sebab banyak komen tuduh saya tak solat subuh la, bangun lambat la. Tak kan la setiap amalan nak tulis kat sini. 

Saya tak jumpa satu hadis pun yang mengatakan tidur selepas subuh tu haram. Memang lepas subuh saya tidur. 

Sebabnya saya kerja kilang 2 shift. Shift petang pukul 3 petang sampai 11 malam.. Tapi saya dalam pukul 12 dah pergi kerja dah. Balik rumah dekat 12.30 malam dah.. Nak mandi makan tidur, dah dekat 1.30 pagi. 

Shift pagi 7 pagi sampai 3 petang. Yang ni memang awal pagi dah gerak pi kerja. 

Sebab tu time shift petang lepas subuh saya tidur. Saya nak rehat sekejap. Tu pun saya biasa bangun dah dalam pukul 8, sebab saya akan pergi hantar lauk kat mak saya. Saya gerak ke tempat kerja dari rumah mak saya. 

Tapi bagi perempuan tu, hang kerja pagi ka, kerja malam ka, cuti ka, mesti pukul 7 kena bangun dah. Sebab kena pi market beli ikan. Dia nak aku jadi macam style bapak dia. 

Kalau kata tidur lepas subuh tu salah, bangun pukul 8 pagi tu haram.. Boleh tinggalkan hadis dekat komen nanti saya cuba hadam. 

Dulu dia kata bagi 1500, semua dia siapkan.. Semua lauk dia beli.. Lagipun setiap pagi ada orang datang jual lauk dalam van depan rumah ja. 

Dia yang kata nak beli kat pakcik tu. Alih2 pagi2 bising suruh aku bangun pergi market. Tu pun banyak kali aku pergi ja. 

Tapi tetap ada ja tak kena kat mata dia. Pesan suruh beli ikan, bila aku beli ikan. Bising pulak kenapa beli ikan ni. Kenapa tak beli ikan tu. 

Kenapa awal2 tak cakap ja hang nak ikan apa.. Tapi kalau dia pesan pun, mesti ikan mahal2. Bawal hitam, ikan merah.

Kalau beli ikan temenung ka, ikan kayu ka dia mula la bising. Kadang2 kalau baru gaji aku beli jugak ikan dia nak tu. 

Lagi satu, asal aku pergi market sejuta kali call. Mula2 pesan bawang lepas tu pesan cili. Aku dah separuh jalan balik rumah pesan beli ubi. Aku nak kena patah balik. Mau aku tak baran.

Lepas tu sampai rumah bebel macam2. Ikutkan hati aku rasa nak hempuk ja dia ni. Setiap kali pi market 6 7 puluh habis. 

Kalau hari2 mau berapa dah. Ingat gaji aku sebulan 10ribu ka. Habis yang 1500 aku bagi tu buat apa. Mana pi duit tu?

Sebab tu aku dah tak mau pi market dah.. Aku dah kata, kalau nak hari2 aku beli lauk, aku tak akan bagi 1500 dah.. Semua belanja aku tanggung..

Aku boleh bagi 300 ja sebulan nafkah dia. Tapi dia tak mau pulak. Sebab 1500 lagi besar. 

Sebelum aku kahwin, aku tau ja bab2 belanja rumah belanja dapur. Dulu masa mak aku boleh masak, hari2 aku yang beli lauk. 

Sekarang ja aku beli yang dah siap masak. Tu pun aku beli kat kedai, tak bawak yang bini aku masak. 

Aku pun malas la nak tulis panjang2, nanti netizen kata aku nak kata aku bagus pulak.. Padahal tak pun. Aku cuma nak meluah ja. 

Masa aku tulis tempoh hari, memang tengah stress gila. Aku tak tau nak luah dekat sapa. Aku nampak page ni, aku tulis kat sini. 

Sebab kebetulan kawan tempat kerja menganjing aku pasal bulan ni gaji lambat, nanti mesti bini hang call sini. Kena buat satu group bini complain apa dekat HR. Sambil depa gelak2.

Ya la cerita bini aku call mengadu kat HR tersebar jugak la.. Biasa la mulut manusia, nak sebar aib orang no 1. 

13 tahun aku kerja kilang ni ada nama baik. Dapat bini salah, cukup 1 minit untuk jatuhkan maruah seorang lelaki. 

Kalau jadi lelaki akan faham macam mana aku malu kerana dia.. Sebab tu bagi aku ada bini pun bala ja. 

Tu pun aku tak cerita pasal hari2 mintak gelang emas la, rantai emas la. Hari tu kakak dia dapat anak dia suruh aku hadiahkan rantai emas.. Awat bagi hamper ja tak boleh ka. 

Sejak kahwin hari2 desak suruh tukar profile pic kat wasap, kat fb letak gambar aku dengan dia. Baru satu dunia tau aku dah kahwin. Siap kata baru perempuan tak kacau aku. Gila perempuan ni. 

Kalau tak kerana mak aku, mesti aku single sampai sekarang. Kurang2 aku bahagia lagi masa tu. 

Terima kasih atas komen dan nasihat anda. 

– Mi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Ko xbersyukur, kau jugak ego..

    Banyakkan bersyukur, sangka baik dengan semua orang, jangan salahkan orang lain, terima takdir dengan hati yang redha…kita selalunya diuji dengàn apa yang kita tak suka. Cari Tuhan sebelum cari manusia.

    kalau kau dah boleh buat semua tu, baru cari solusi pada masalah kau

  2. Pergi klinik bawa isteri check kehamilan bgtau kena buat buku pink kalau xhamil proces next step ke pjbat agama…. Dan awak beli saja stok bulanan jgn beri duit begitu saja dan katakan itu kerana dia/isteri buat perangai dgn hubungi office dan management dh warning awak…. Pasal rumah bagitau juga itu pusaka perlu faraid Bukan boleh suka2… Perkahwinan perlu ada Sakinah mawaddah Warahmah…. Bukan nk pesimis ttg asal usul tapi ‘itulah’ perkara yg selalu terjadi dan pernah terjadi ‘dikalangan’ saya… Bila org luar tgok seolah2 kita yg jahat tp kita ja tau ‘prangai mereka sbnar’…..

  3. Rimas la bang.. Teringat perangai bibik sy dulu. Selagi tak stop layan takkan berhenti cakap. Gerammm.. Jenis semua benda nak jadi issue. Dah la bang pisah je la, anak kalau ada nanti ko jaga je la, untung2 cari bini baru org dekat2 je. Kalau takde pun takpe la. Takyah bagi dah dia 1500 tu, kalau nafkah bagi la 200-300 je. Makan pakai semua ko beli semampunya je. Leceh betul bebel2 tak sudah ni. Serabut!

  4. Kau cerai jela dengan dia. Takyah pikir pasal anak tu. Kalau dia tak bg awak jumpa anak, dia tuduh awak x bg nafkah anak lps cerai, awak report jela kat pejabat agama. Nak nafkah tp x bg jumpa anak. In case jela sbb ramai perempuan jahat mcm tu, x nak bg bela anak to nafkah nak, utk dia guna. Padahal nafkah tu khas utk anak je lps cerai.

    Dan sila tegas sikit, duit kau, kau urus kau pegang. Kau x perlu pon bg duit kat dia sbb kau dah sediakan semua utk dia. Please jgn lemah sgt.

  5. Dulu aku ada kawan pompuan yang baru keje kilang elektronik. Dia masuk sana, terus culture shock. Sbb situ ramai gila warga asing. Part tu dia ok lagi, tapi dia tak tahan dengan sikap sesetengah pekerja indo yg remehkan dia, dah kawin pun sibuk kerja. Bagi depa, kalau depa dah kawin lagi2 dengan laki melayu, memang depa tak nak kerja. Nak duk rumah ja. Kawan aku menyirap la. Dia cakap sukati dia la nak kerja ke tak. Dan dorang memang ramai yg mata duitan. Nak iphone, nak jalan-jalan, sanggup depa in relationship dengan nepal biarpun beza agama sbb kat negara depa ok ja. Last-last kawan aku berhenti lepas dpt keje lain. Untuk semua pembaca, hati-hati pilih bini atau suami. Better pilih yg warganegara Malaysia dalam erti sesungguhnya (atuk nenek semua kat malaysia). Janganlah terlibat dengan warga asing biarpun anak dia lahir sini. Menyusahkan diri sendiri. Depa datang sini, sebab nak hidup senang. So, bila depa kawin ngn orang Malaysia, depa memang dah ada target nak hidup senang. Same cases mcm bangla etc. Ramai yg kawin ngn perempuan melayu sbb nak dapatkan permit meniaga.

  6. sy yg perempuan nie pun benci dengar perempuan kuat leter nie, bingit betul rasa mcm nak bagi penampar, maaflah bang, sy baca cerita abg nie rasa mcm nak jumpa bini abg tu bg penampo sekali, geram.. amboi nya dah bg tempat teduh bulan 1500 nak mintak macam2, laki bertungkus lumus kerja tak endah.. ee geram!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *