Mohon Pandangan Tentang Loan Bank

Sebenarnya saya pun kurang arif sangat bab2 loan, rumah interest ni semua.

Jadi saya mohon pandangan tuan puan yang arif dalam bab ni untuk bagi jawapan pada persoalan saya ni. Terutamanya orang2 yang kerja kat bank.

Saya tanya kat sini bukan sebab tak boleh tanya bank, tapi persoalan saya terlalu banyak takut saya lupa.

Lagi satu saya tak de masa nak pergi bank atau call bank sebab faktor masa saya kerja 7 pagi hingga 7 malam.

Mungkin soalan2 saya boleh bagi ilmu pengetahuan pada orang2 lain jugak.

Saya harapkan jawapan bukan kecaman. Terima kasih yang sudi jawab.

– Soalan Pertama.

Pasal loan rumah ni, saya pernah la dengar orang cakap. Kalau ada lebihan duit, bayar principle rumah untuk kurangkan hutang loan cepat.

Saya dah masuk 5 tahun beli sebuah rumah. Dulu buat loan 100k.

Last year masa bank hantar penyata, dia tulis baki principle dalam 93k.

Saya ada saving dalam 20k. Patutkah saya ambik 20k tu bayar principle?

Kalau saya buat macam tu maka baki principle saya akan jadi dalam 73k kan.

Tapi adakah bayaran bulanan saya selepas itu akan berkurangan?

Ataupun bayaran masih sama kerana terikat dengan perjanjian awal2 dulu buat. Cuma tempoh saja yang berkurang?

Ataupun bayaran dan tempoh dua2 sekali berkurang?

– Soalan ke 2.

Andai kata saya nak buat full settlement, adakah saya perlu bayar 93k tu saja. Atau bayaran tu boleh kurang lagi memandang dah 5 tahun saya bayar.

Ataupun bayaran settlement tu boleh jadi tinggi sebab Bank Ada cas2 lain untuk full settlement tu.

Sebab saya masih ingat, dulu pegawai bank tu cakap, kalau settlement lepas 5 tahun, tak de penalty.

Cuma tak pasti adakah baki principle tu saja yang saya kena bayar?

– Soalan ke 3.

Kalau saya guna saving 20k tu untuk kurangkan baki principle, saya dah tak de saving dah untuk kecemasan.

Kiranya untuk kumpul duit tu semula,saya kena start buat saving balik. Tapi setiap tahun saya mampu saving dalam 5k.

Sebab saya ada sewakan tanah sebulan dapat 500. Duit tu saya buat simpanan.

Ataupun tanpa kacau saving 20k, saya start bayar setahun 5k dekat bank bermula tahun ni untuk kurangkan principle.

Saya rasa keliru dan buntu. Tak tahu nak pilih jalan mana yang terbaik.

– Soalan ke 4.

Saya tak pasti berapa interest yang bank sekarang cas saya. Tapi katakan 6%.

Kemudian saya survey2 bank lain ada yang 5%.

Macam mana saya nak tukar loan dari Bank A ke Bank B? Adakah saya kata nak buat loan rumah dan ceritakan pasal saya ada loan dengan Bank A, tapi sebab interst Bank B rendah, saya nak tukar ke Bank B. Macam tu ke?

Andai kata boleh.. Adakah saya perlu bayar apa2 cas dekat Bank A atau Bank B..

Macam kita bayar dekat lawyer 7 8ribu. Kemudian bayar valuer lagi. Ataupun tak perlu nak bayar macam awal2 dulu dah.

Kiranya saya tak perlu keluar duit apa2 dah. Lepas pertukar loan tu selesai. Saya bayar macam biasa dekat Bank B tapi dengan bayaran yang lebih rendah la kan. Adakah macam tu?

– Soalan ke 5.

Refinance tu maksudnya apa.Adakah kita lanjutkan tempoh pinjaman? Atau kalau kita perlukan cash dalam 20k. Kita buat refinance rumah. So kita dapat 20k.

Tapi interest dia adakah sama macam loan lepas? Atau dia kira baru. Lagisatu betul ke kalau buat refinance rumah, bayaran bulanan jadi rendah?

Kalau buat refinance, kena buat agreement bank yang baru ke.Boleh ke kita mintak kurangkan interest atau kekalkan interest lama kalau kadar baru lagi tinggi?

Dan adakah kena bayar semua kos2 sama masa awal2 beli rumah dulu?. Contoh dulu masa valuer semua, bank suruh bayar sendiri dekat agen dia.

– Soalan seterusnya.

Saya pernah baca dalam satu blog, orang tu cakap boleh claim dengan insurance yang kita ambik masa buat loan tu kalau nak buat full settlement.

Ada sapa2 boleh jelaskan tak apa maksud orang tu. Adakah semua orang layak claim insurance tu, atau hanya loan2 tertentu saja. Kalau saya nak tanya bank, saya nak guna term apa?

Dalam perjanjian pun tak de mention pasal apa2 insurance. Cuma dulu pernah dapat surat dari pihak insurance rasanya dia tulis MRTA.

– Last nak tanya.

Dalam agreement saya bahagian housing loan. Dia tulis BR* + 1.73% per annum

Lepas tu kat bawah dia tulis interest will be calculated at daily rest. Daily tu dia boldkan

Bawah lagi dalam ayat yang semua dia bold kan, dia tulis.

BR – refer to bank base rate from time to time currently at 3.52% per annum.

Maksudnya setahun interest loan saya adakah 3.52%? Ataupun 3.52 + dengan 1.73 tu jadi total interest dia jadi 5.25%?

Sebab ada orang kata loan rumah biasa 6% lebih. Tak de bawah 4%. Tapi saya tak jumpa perkataan 6% dalam agreement saya. Melainkan dia tulis kalau overdue sebulan interest akan naik.

Harap admin approve post ni. Terima kasih..

– Mr.bean (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *