Salam maulidur rasul. Nak cerita sikit pengalaman beberapa sem yang lepas kat uia nie untuk korang amek sedar keadaan sekeliling korg. Masa tu kelas aku habih awal. Around 1215 tengahari macam tu. Pastu kawan aku nie ajak la aku makan kat hs café. Selalu kitorg makan kat edu je. Tetiba pulak dia ajak makan kat situ. Nak cari kelainan katanya. Kitorang makan la kat meja yg kat belakang dekat dengan tempat cuci tangan tu. Tengah tengah syok makan aku tertengok sorang sister nie.masa tu dia kat depan kedai the nile. aku tengok sebab aku pelik dia jalan kepala toleh tepi (belah kiri). Lama kot. Maybe cari meja kosong yg dia suka kot. Aku pandang dia jalan dari the nile tu dengan kepala dia yang toleh ke kiri tu sampai la dia jalan nak pegi dekat meja aku. Dah nak makin dekat tu aku bagi senyuman la kat dia tapi aku rasa macam tercekik je makanan kat leher aku masa senyum tu. Dia renung tajam kat aku. aku rasa bulu tengkuk aku meremang semacam je masa tu . rasa tak sedap hati dah plak. Macam lain je. Tapi mata aku tetap nak tengok kelakuan dia. Tak tau sebab ape mybe curious kot. Dan baru aku perasan dia berjalan dengan kepala toleh ke tepi tu bukan sekadar tolehan semata mata tapi tolehan dengan mata merenung tajam kat setiap orang kat café tu. Tapi orang orang kat café macam tak nampak je kewujudan sister tu. Aku pun tanya kawan aku, ko nampak tak ape yang aku nampak?. “Ko Nampak ape?”. Aku pun juih bibir tunjuk sister tu yang tengah jalan kat depan kedai first. Kawan aku cakap dia nampak. Aku rasa legalah sebab ingatkan aku sorang je yg nmpak. Pastu aku cerita la apa yang aku alami tu dan cakap aku tak sedap hati. Masa aku cerita tu, sis tu mai balik. Laaa dia tau ke aku cite pasal dia. Masa dia lalu tu aku tunduk makan je buat tak nampak sesape. Kawan aku pun macam tu. Sister tu dia buat pusingan entah bapa kali kat café tu dengan keadaan mcm tu. Dalam berbelas kali jugak la. Aku tau sbb aku makan sambil mata jeling tengok dia. Tu pun masa dia tengah jauh dari meja aku la. Mana tau dia nak serang aku. Last last dia berhenti kat tepi satu meja nie. dia berdiri kat tepi meja tu merenung tajam budak2 yang tengah melepak kat situ. Diorang aku tengok macam tak nampak je kewujudan sister tu kat situ. Tapi tk lama pahtu aku tengok diorang blah tinggalkan sister tu kat situ. Diorg seram kot.haha. dan aku pun blah dengan kawan aku tu dari situ. Tak lama lepas aku balik dr café tu aku terfikir balik, mybe dia nk bg hint suruh budak2 tu blah sbb dia nk dok kat meja tu. Dan aku pun tak tau sister berbaju kurung berbunga dan berkasut tumit tinggi tu sape, mai dari mana.
*mybe korang yang mkn kat situ dah biasa kot.huu. kelainan yang kawan aku tu cari aku jmpe kat situ.huhu..
dan korang, sebelum selepas makan tu bacalah doaa. kita tak tau hikmahnya tapi tu lah adabnya.
*dan sis, klu betul tu hint, lain kali jgn buat lagi ye.
– abdullah