Saya cuma nak berkongsi.
Sistem pendidikan/persekolahan anak-anak ni memang terbeban. Saya ayah yang tengok pun rasa hati sudah libang libu. Resah. Kesian.
Semoga asbab bulan ramadan ni, Allah bantu kita semua agar perubahan dapat dibuat walaupun sedikit dalam sistem yang menjerat ni.
Ceritanya jadual persekolahan yang padat.
6.30pm saya hantar anak ke sekolah. Sampai sekitar 7am. 7.30am anak perlu ada dalam kelas. Jadual sekolah kebangsaan sehingga 1.40pm.
Waktu rehat bulan puasa anak-anak tidak dibenarkan rehat. Malah tidak boleh bercakap dengan kawan.
Sepanjang bulan ramadan ni waktu rehat (9.40am-10.10am) digantikan dengan wajib semua tadarus Al-Quran dalam kelas. Walaupun jika ada anak perempuan yang period/uzur perlu duduk dan mendengar.
Saya kasihan anak. Duduk macam robot dari 7.40am-1.40pm. Sudahlah itu je rehat yang ada. Anak tak dapat re-charge energy. Dah macam dalam penjara rupa depa ni!
Bayangkan kena fokus begitu lama dalam kelas tanpa rehat? Waktu belajar mestilah kena belajar. Waktu rehat pun tak boleh rehat!
Cuba buat kat orang dewasa peraturan ni tahan tak? Tak bercakap dengan kawan. Tak boleh ambik masa calm down diri.
Nak tadarus tu tak salah. Pilih la masa lain. Korban masa belajar setiap 5 minit kot ye nak sangat tadarus. Atau buat sekali/dua kali seminggu. Ini setiap hari di bulan ramadan. Jadi 1 bulan ni anak-anak tak boleh rehat.
Anak cakap letih sangat sebab seakan-akan mendera fizikal mental anak. Sepatutnya kan ramadan bulan rahmah? Mereka cuma mahu sedikit waktu untuk rehat.
Anak saya ni kira antara anak yang baik. Biasanya memang mendapat top 3 terbaik dalam kelas. Orangnya suka belajar. Introvert.
Tapi keadaan seperti ini kadang kala buat dia rasa “geram”. Boleh bantu apa nasihat saya boleh beri pada anak? Supaya dia bersabar dan positif?
Selepas waktu sekolah kebangsaan 1.40pm, terkejar-kejar solat untuk berada dalam kelas kafa pada 2pm. Bersambung sesi pembelajaran sehingga 4.30pm.
Balik sekolah lembik! Walaupun dia tak mengadu apa-apa, tapi dari raut wajah dia kelihatan tidak gembira.
Anak beritahu dia mahu sangat istiqamah berbuka dan solat maghrib, isyak dan terawih di masjid.
Tetapi kerana tekanan waktu siang begini, buatkan sisa tenaga dia habis sewaktu pulang sekolah. Lepas buka dia dah tak boleh buat apa.
Jadi kami bawa dia ke masjid setiap jumaat dan sabtu untuk pengalaman ramadan di masjid. Hari sekolah memang dia sudah tidak berdaya.
Nak kata anak-anak kita tak kuat? Anak saya ini orangnya sangat konsisten. Rajin bangun 10 minit awal sebelum subuh untuk tahajud walaupun masih bersekolah rendah.
Saya cuma prihatin tentang jadual yang terlalu padat. Anak tidak gembira. Mereka tidak belajar pada suasana yang kondusif dan sihat.
Apa akan jadi pada mereka dalam 10 tahun akan datang kesan dari perkara ini? Dimanakah letaknya manusiawi pada anak-anak?
– Ayah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit