Jangan Cepat Menilai Hidup Orang Lain

Dr Ramani said 1 in 6 people are Narcissist! Bila ada orang kata dia selalu jumpa orang toksik, mesti ada yang tuduh orang tu yang toksik sebab suka label orang.

Pada hakikatnya orang yang tuduh tu kenal tak sebenarnya ciri-ciri orang Narsis macam mana? Pernah experience? Berapa lama? Narsis ni bapa kepada segala perangai toksik

Ya, untuk orang yang dibesarkan atau hidup bersama orang Narsis, juga ada sikap toksik. Tapi, tu sikap yang dia tak sedar toksik lepas menjalani hidup dgn Narsis. Hujung-hujung dia mengasingkan diri.

Sedangkan orang Narsis, dia sedar dia menyakitkan orang tapi dia kira nak menang je walau terpaksa guna segala taktik manipulasi dia. Jadi, dia bermuka tebal yang sentiasa buat drama. Sama ada dia hero dalam drama tu atau terpaling mangsa.

Itu lah beza orang mental sakit vs hati sakit.

Tahu tak orang yang berdepan dengan Narsis ni ambil masa begitu panjang atau hak dinafikan di titik paling rendah untuk keluar dari game Narsis? Lagi-lagi kalau Narsis tu datang dari mak ayah. Sebab dia kenal Narsis dari seawal usia.

Once dia keluar dari environment toksik, jumpa dengan orang yang ada healthy relationship, baru lah dia sedar dan boleh beza mana toksik dan real love! Satu rasa lapang yang tak pernah dirasa

Pernah dengar atau baca ada anak sampai mental yang nk kena jumpa pakar psikologi, jumpa ustaz utk ruqyah hanya kerana mak bapa push utk anak tu dapat always A / CGPA 4.0 sahaja bila exam.

Bila dah sampai mental, keluar lah ayat mak bapa tak guna buat anak macam tu. Anak pun tak payah lah ikut kehendak mak tu sangat, bukan teruk sangat dapat pointer 3.95. cukup bijak dah tu.

Ingat senang nak keluar dari game dorang? Dia dah brainwashed baik punya. Nampak macam dengar cakap, dia akan push to the limit, ugut, bila refused dia akan mula love bombing, lepas tu dia treat kita dengan sangat tak layak kita terima.

Macam tu lah ulang-ulang. Hujung-hujung, anak tu lah mental. Sebab dia tak jelas game mak bapa dia, tak jelas hakikat dunia, tak tahu healthy boundary.

Pernah dengar atau baca kes mak ayah tak kerja tp anak sulung disuruh bekerja dan ambil semua duit gaji anak. Mak bapa duduk rumah buat anak baru.

Masa ni orang akan komen mak bapa tak guna. Kesian kat anak dibuat macam tu. Harap anak keluar dari rumah tu atau report hal ni!

Pernah dengar kes perkahwinan yang dah lama toksik. Contoh kes viral baru ni. Dah berulang kali buat hal sama. Bukan buat salah kecil nak tutup mata

Maka, netizen pun bersuara, jantan tak guna. Jenis jantan tak akan berubah. Kenapa lah bini dia baik sangat masih memaafkan dan bg peluang.

Ada tu orang kena gangguan seksual. Bila dia diam sebab takut, berulang-ulang lah dia jd mangsa sampai boleh mental. Orang pun pertikai kenapa tak report? Bila dia bersuara, orang tak percaya. Kena tuduh dia lah yang buka ruang. Haihh

Contoh lain drama Korban Kasih yang dok ulang banyak kali tu haha. Kemain lagi mak tu select². Tapi anak tetap buat baik. Bukan mak tu tak sedar perbuatan dia menyakitkan hati anak yang satu tu. Anak yang lain pun siap tegur perbuatan mak. Mak tetap ego melangit.

Orang kata selagi batu tak hempuk kepala, selagi tu dia nak buat apa yang buat dia puas hati walaupun menafikan hak orang, anak sendiri.

Kalau sekali dua, boleh faham. Anak ni hati dia bersih. Tapi kalau dah banyak kali akan ada satu titik yang anak tu sendiri hilang perasaan kasih sayang dah kat mak tu. Yang tinggal hanya taat perintah Allah, buat baik pada orang tua. Hanya hormat tanpa kasih.

Masa tu bila dah tak boleh control anak, mula lah drama air mata. Anak juga nampak jahat. Orang tak ada experience tak akan faham the real things.

Tapi dalam drama ni anak tu sampai besar naif. Tu yang mak tu tak insof-insof. Buat baik dengan mak ayah bukan bermaksud kita tak boleh tegur. Allah suruh buat baik dengan mak ayah, Allah juga suruh amar makruf nahi mungkar. Menzalimi hak anak tu mungkar lah

Kalau dalam iium ni kisah baru ni pasal ‘Ada isteri pun bala’. Teruk kena hentam bro tu sebab kata bangun 7:30. Tak semana-mena sangka buruk kat orang.

Sedangkan kita tak kenal penulis 360°. Hanya tahu kisah dia dari hanya sebuah artikal yang tak sampai 5% kisah keseluruhan hidup dia.

Sedia maklum maklumat tak akan lengkap. Akan ada terlupa tulis atau rasa tak perlu tulis. Anggap semua matang menilai

Ni ada sejenis yang macam tertunggu-tunggu point mana aku nak salahkan penulis ni.

Aku bagi contoh untuk kisah bro ni. Dia cerita dia bangun 7:30 pagi kan.

Yang sepatutnya ada dalam kepala otak pembaca, “eh kenapa ya dia bangun pukul 7:30? Tak solat ke? Boleh jadi tula problem dua. Tapi, boleh jadi dia dah solat lepastu tido. Atau kerja shift atau apa kemungkinan lagi?

Ini tak, macam dah sahih sangat untuk tuduh penulis tak solat sedangkan dia tak cakap dia tak solat. So ada banyak kemungkinan.

Bila penulis kata bini dia bala untuk dia sedangkan dia hidup 24/7 dengan bini dia untuk sampai ke konklusi macam tu, orang yang tuduh penulis yang problem sebab tak solat ni macam 24/7 hidup dengan penulis sampai boleh tuduh macam tu?

Patutnya komen mungkin boleh macam ni ‘kenapa bro bangun 7:30? Tak solat ke? Boleh jd tu punca masalah korang atau kalau bro sebenarnya solat cuma tido lepas subuh kot. Cuba bawa bincang semula dengan isteri, solat berjemaah selalu’

Kan nampak lebih berakal? Yang menuduh ni mestilah solat kan? Agak-agak macam mana kualiti solat tu? Sedangkan solat mencegah kemungkaran.

Tapi lepas solat, menuduh tanpa ada bukti atau kenyataan sahih. Benda ada banyak kemungkinan tak payah jump to conclusion.

Ni semua kes-kes orang yang tak keluar-keluar dari environment toksik walau serendah tu dilayan.

Bila once dorang dah sedar. ‘Yes. This is toksik! Aku patut keluar’ Haa mulalah kena tuduh toksik balik sebab label orang toksik. Sedangkan baru dengar sekali.

Orang tu dah hadap 24/7 orang Narsis/toksik untuk jump to that conclusion dengan hadap the same pattern tiap hari.

Takkan nak hidup dalam denial? Takkan nak biar maruah/ hak/ mental kita rosak hanya sebab nak ada berpemikiran positif? (Toxic positivity)

Bila kita dah jelas apa tengah jadi, barulah kita boleh bertindak. Cut off toksik/ Narsis ppl, not play their game & do self-healing process.

Jadi, jangan cepat hentam orang yang tengah meluah masalah dia. Orang nak keluar dari masalah, kita jangan tambah masalah

Ada orang dia dah jelas apa yang berlaku setelah hidup dia macam roller coaster hadap permainan orang Narsis/toksik. Cuma dia perlu sedikit sokongan. Jadi, jagalah kata-kata masing²

Ya, ada orang yang suka buat drama. Tapi berlaku adil la dengan orang yang sebenarnya mangsa atau acah-acah mangsa.

Kalau hadap in reality, orang acah-acah ni kau boleh hidu modus operandi dia lagi-lagi kalau ada experience hidup dengan Narsis. Kau 10 langkah ke hadapan tahu apa kemungkinan dia cuba rancang.

Tapi kalau orang perangai toksik tak ganggu hidup kau, kau lantakkan je dia kat situ. Jangan dari big supporter untuk segala drama dia.

– Teratai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Dari cara penulisan, ada kemungkinan dia adalah penulis yang sama untuk beberapa confession. Mula – mula buat confession, lepas tu menilai setiap ulasan yang diberi kalau salah dipandangannya dia akan buat lagi confession yang lain untuk membenarkan pendapatnya dan menyalahkan pendapat orang lain.

    Dia nak pembaca faham dia adalah yang terpaling baik dimuka bumi ini. Kalau manis dan menyedapkan hati, dia akan gembira walaupun untuk sesuatu yang salah.

    Mohon Ibu Bapa, jangan bagi anak – anak kamu masuk baca confession ni. Takut akan ada nasihat yang akan mengelirukan mereka. Pantau setiap bahan bacaan mereka, kalau tak nanti anak terpengaruh untuk menjadi toksik seperti sesetengah penulis dalam IIUMC ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *