Apa Salah Kami?

Salam Ramadan. Terima kasih admin sudi siarkan cerita ni. Aku M. Seorang anak.

Cukuplah intro ringkas macam ni nak ulas banyak nanti orang lain tahu pula. Sebab banyak ahli keluarga follow page ni. Aku putuskan nak confess sebab selama ni hanya one sided story.

Macam ni, parent aku ni jenis yang tak pandai jaga mulut. Kalau dia marah dia sembur ja. Tak kisah lah ayah dia, mak dia, adik beradik or lagi teruk anak2 dia.

Satu ketika dia tak puas hati dengan siblings dia. Jadi keluarlah benda yang buruk daripada dia sampai siblings tu sakit hati & tawar hati dengan dia.

Dah berbuih kitorang anak2 ni cuba nasihatkan dia tapi tu lah. Dah macam tu acuannya, ego tu masih sama.

Dah masuk raya tahun lepas baru minta maaf dengan sibling tu. Tapi tula, kita pun faham perasaan sebelah sana siapa yang tak sakit hati kan.

Tapikan, ikut logik tu pergaduhan antara orang tua kan. Aku tak boleh brain, yang anak2 ni terpalit sekali. Yang sebelah tu dia tarik muka dengan kitorang sekali even kitorang sangat sangat sangat nak pulihkan keadaan ni.

Kitorang faham tu pergaduhan antara orang tua kenapa nak drag dengan anak2 sekali. Dihasut pula anak2 dia supaya tak bergaul dengan kitorang.

Tak pernah sekali kita cuba nak menyebelahi parent kitorang tu apa lagi ikut nak bermusuh dengan dorang.

Dah banyak kali anak2 ni cuba minta maaf dengan mereka, but no avail. Apa salah kami? Dosa kami ni sebab anak parent kami kot.

Tahun lepas balik raya jumpa saudara2 dekat kampung. Ada makcik sorang ni sebelum ni manis muka sambut kitorang. Tapi kali ni tak ya, dia buat kumpulan dia sendiri. Tegur pun takda.

Dah agak cerita ni sampai kampung, kami ni anak2 terpalit sekali. Pedih. Tersepit. Masih ingat riak muka makcik-makcik tu dan anak2. Pakcik2 pun apa kurangnya.

Tapi takpa, Allah tu ada. Dorang tak dengar side cerita anak2 yang tersakiti ni. Ni impak dan kesan parent kami tu kepada dia kepada anak2. Kami terima dan faham sangat keadaan tu.

Roda tu berputar. Yang buat dosa tu parent kita seorang saja. Dosa sebelah tu memutuskan ikatan persaudaraan melalui perbuatan Allah saja yang tahu.

Aku akan ingat muka2 yang tarik muka, menjebik dan pulaukan anak2 ni. Dosa korang dekat kami ni kamu pura2 tak nampak. Tak apa, kami maafkan.

Teringat ceramah ustaz wadi annuar, dosa tarik muka walau sesaat atau 1 perkataan yang menyakiti, perbuatan or apa2 boleh menghempap atau menghumbankan tuan 1 perkataan tu ke dalam neraka.

Untuk yang sebelah yang tersakiti tu, kami dah banyak kali minta maaf sebagai anak saudara.

Dosa sendiri yang tarik muka tu, putuskan ikatan saudara dengan perbuatan, belum lagi selesai sampai sekarang. Luah lah dekat Allah hari kiamat, Allah tu adil. Kami pun tersakiti juga.

Sekarang ni dah cukup luahan, rasa tenang banyak beban emosi terkurang. Harap saudara-mara yang agak2 mungkin ada kaitan dengan cerita ni, this is our story. Harap komen semua yang membina.

Terima kasih kerana luangkan masa membaca. Selamat menjalani ibadat bulan Ramadan dengan tenang dan diterima segala amalan kita.

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *