Hi semua. Panggil aku Tembikai. Di sini saya sekadar nak share perspektif kenapa aku memilih untuk remain single buat sementara waktu walaupun telah berumur di pertengahan 30an.
Sejujurnya aku rasa terdapat banyak kekurangan yang ada dalam diri aku ini baik dari aspek kestabilan kewangan, kerjaya dan agama.
Masa yang ada aku gunakan untuk cari peluang pekerjaan yang lebih baik (sama ada dari segi budaya kerja, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat).
Terus terang, gaji yang aku ada sekarang ini cukup-cukup untuk sara komitmen diri dan hulurkan dua tiga ratus kepada ibu. Sedih sebab tak dapat bawa ibu jalan-jalan dan makan di tempat yang mewah.
Bayangkan macam mana aku nak menanggung anak dara orang sedangkan nak sara diri pun ‘semput’.
Sebab itu aku sedang meneruskan pengajian di peringkat PhD dengan harapan supaya mendapat peluang untuk demand gaji dan memperbaiki kehidupan diri dan keluarga sedia ada sebelum mendirikan rumah tangga.
Memang betul ramai orang sekeliling kata belajar tinggi-tinggi tidak menjaminkan pekerjaan dengan pendapatan yang lumayan,
Tetapi sekurang-kurangnya ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang aku idamkan terutama sekali bila mahu berkecimpung dalam dunia pendidikan di institusi pengajian tinggi ketiga.
Pada masa yang sama, aku gunakan masa selebihnya mencari ilmu agama yang telah tercicir dari kehidupan aku.
Aku berasal dari keluarga yang bercerai. Sepanjang hidup dari kecil hingga ke hujung 20an, pendidikan agama di dalam keluarga kami memang longgar dan disebabkan penceraian, aku sedikit terbiar daripada perhatian dari mereka.
Beberapa tahun lepas aku sedar, aku tidak boleh terus menerus menyalahkan ibu bapa kerana aku telah dewasa dan tanggungjawab menuntut ilmu agama terletak dalam genggaman aku sendiri.
Doakan semoga aku beristiqamah dalam proses pencarian ini.
Antara perkara yang membuat aku masih single juga ialah aku tidak mahu terburu-buru memilih pasangan dan mengikut trend berkahwin hanya kerana kebanyakan rakan sebaya telah mendirikan rumah tangga.
Bukannya tidak kepingin mahupun tidak sunyi. Tetapi lebih baik lambat berkahwin berbanding memiliki pasangan yang tidak sekufu atau toksik (mohon dijauhkan diri perkara ini).
Pada masa yang sama, harga sebuah cinta pada masa kini sangat ‘murah’.
Tidak serasi terus minta cerai tetapi natijah dari penceraian tersebut bukan sahaja memberi kesan terhadap diri sendiri, tetapi juga terhadap pasangan dan orang sekeliling.
Yang terakhir, aku telah menerima hakikat bahawa perkahwinan ini bukanlah untuk semua orang.
Sejujurnya aku mendapat ketenangan diri walaupun masih struggle dengan tuntutan hidup. Yang aku maksudkan di sini ialah ketenangan dari segi menentukan hala tuju kehidupan tanpa disusahkan mahupun menyusahkan orang lain.
Rasa nak berehat lepas penat bekerja aku rehat. Rasa nak luangkan masa dengan family aku boleh ambil cuti dan fokus kepada ibu, adik-adik terutamanya dua anak saudara yang aku sayangi maca manak sendiri.
Kalau atuk sakit aku boleh hantarkan ke KK untuk check up. Nak menulis tesis ketika waktu malam juga tidak akan diganggu. Aku tak nafikan maybe aku terlalu ‘self-investing’. Tetapi aku tenang seperti ini.
Buat masa ini aku ada juga cuba mencari prospek. Tetapi aku tidak mahu rasa terdesak seperti apa yang aku pernah rasa ketika berumur sekitar penghujung 20 tahun dulu.
Kalau ada jodoh, adalah. Sebab kita hidup di zon yang berbeza. Jadi layarilah kehidupan dengan rentak langkah masing-masing.
Saya doakan semoga kita semua dalam rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T. Aamiin.
– Tembikai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit