Perempuan Itu Aku

Aku berkenalan dengan lelaki melalui dating app. Yes aku memang dah biasa dengan datings apps ni, sampai kawan aku pun gelarkan aku Buaya Betina. Yaa, ni memang perangai buruk aku.

Tapi aku dah deleted apps tu. Masa tu aku just nak for fun. Aku pandai jaga diri (masa tu lah) aku senang berkenalan dan aku senang tinggalkan mereka.

Kalau tak suka aku tinggalkan je, ataupun mereka yang tinggalkan aku. Bergantung pada keadaan dan tujuan bekenalan tu. Lagi lagi kalau aku tahu lelaki itu suami orang.

Aku akan date untuk sekali je, kemudian kami akan berkawan melalui handphone je. Hati aku ibarat tak ada rasa.

Aku ada boyfriend tapi boyfriend aku dengan dunia dia dan kawan kawan dia. Kami dah 10 tahun berkawan. InsyaAllah october tahun ni bakal bernikah. Korang doakan aku ya.

Okey, dalam ramai ramai lelaki yang aku berkenalan, aku memang dah tersangkut dengan seorang lelaki bernama Lemon (bukan nama sebenar).

Ntahlah, dengan lelaki sebelum ni pun ada juga yang lagi manis, tapi Lemon ni lain. Dia betul betul buat aku selesa. Ada rupa dan ada kerja yang bagus. Kali pertama dating pun dah buat aku jatuh suka.

Sepanjang kami sembang memang best. Ada spark. Sembang sampai lupa dah lewat. Tak ada apa yang berlaku cuma sesi perkenalan.

Body dan cara memang nampak orang bujang. Tapi yelaaa melalui pengalaman dating aku sebelum ni, aku tahu dia sudah berkahwin. Balik rumah, macam biasa aku memulakan kerja aku sebagai detective. Yes. Dah kahwin dan ada anak orang dalam lingkungan 3 tahun.

Muda lagi si Lemon ni, baru awal 30 an. Kami sebaya. Kahwin pun baru 5 tahun. Isteri cantik, suri rumah.

Keesokan harinya, kami keluar lagi dan aku tanya dia, status dia. Masih mengaku bujang. Sampailah akhirnya dia mengaku yang dia tipu aku dan dia ialah suami orang.

Disebabkan aku suka dia, aku pun cakap aku tak kisah tentang status dia. Dan aku janji aku takkan cari dia bila dia dengan wife dia. Aku still nak berkawan dengan dia. Hubungan kami berlanjutan sampailah bulan ke lapan.

Ya masuk bulan ni dah 8 bulan kami bersama. Dia akan hubungi aku setiap pagi dan malam. Mesej aku seperti biasa. Dating macam biasa, pergi makan tengok wayang. Dia belikan aku baju, orderkan makanan.

Kami memang buat tak tahu je mengenai status dia. Ibarat bujang. Pernahlah jugak dia ajak aku kahwin dekat thailand. Dasar pengecut.

Bagi pengetahuan semua, Lemon ni tak tinggal daerah yang sama dengan aku. Lebih kurang sejam baru sampai tempat aku. Aku tak tahu dia cakap apa dengan isteri dia bila dia bersama aku. Aku pernah tanya dia.

“Macam mana kalau wife you tahu pasal kita?”

Lemon : “Jangan risau dia takkan tahu. Dia percaya I 100%”

Aku : “You datang jumpa I ni, you cakap apa dengan wife you. I risau la.”

Lemon “You jangan risau ok, I tahu manage.”

So, aku pun dah tak tanya and aku rasa bahagia je kerana hampir setiap hari dia akan cari aku, kecuali kalau dia cuti. Bila dia bersama wife dia memang dia takkan hubungi aku.

Hubungan aku dan dia bukan biasa biasa, memang macam pasangan bercinta “normal” zaman sekarang (korang tahu sendiri lah ye) lagi lagi masa dia bermalam di tempat aku. Huh.

Seminggu sebelum puasa baru ni, aku tak tahu lah, aku nekad nak tinggalkan dia. Aku block semua berkaitan dengan dia. No hp aku deleted. Aku nekad nak berubah. Aku menyesal dengan apa yang dah aku buat. Termasuk menyakiti hati perempuan lain.

Kalaulah isteri dia tahu apa yang dah Lemon buat, hancurnyaaa hati dia. Lagipun aku dah nak kahwin, mungkin ini balasan kenapa perjalanan menuju pernikahan aku dan boyfriend aku susah, kerana dosa dosa yang aku buat.

Kasihan bakal suami aku, dia percayakan aku. Tapi aku khianati. Aku menyesal, aku solat taubat. Aku doakan semoga aku kuat. Lemon ada beberapa kali cari aku guna no lain, tapi aku block je terus. Dia belum cari aku kat rumah je.

Sepanjang hampir 2 minggu ni, aku tenang. Aku tak rasa nak cari dia. Cuma sometimes rasa teringat, aku cepat cepat berdoa agar aku dijauhkan dari lelaki yang sia sia.

Doakan aku ditetapkan iman. Aku mahu jadi wanita baik, bagi wanita disana betullah apa Puteri Balqish cakap “kalau lelaki tu tak boleh setia, jangan lah kita jadi perempuan yang mengkhianati perempuan lain“

Oh, bila kes Bella dan AA tengah hot di media social ni, lagilaah aku terasa motivasi untuk melupakan Lemon, dan perasaan aku rasa sakit sangat bila tengok si isteri dikhianati.

Tak tahu lah apa yang aku fikirkan masa aku bersama Lemon dulu. Aku dah taknak ulang lagi. Aku nak mulakan hidup baru aku.

Lemon, dia seorang suami yang menjaga baik rumahtangga dia, dia manjakan isteri dia, dia buat kerja rumah. Dia sangat bertanggungjawab. Dia masak, dia kemas rumah. Lembut dengan isteri dia, dalam sebulan tu mesti akan bawa anak dan isteri dia berjalan bercuti.

Dekat Facebook pun wife dia pun nampak bahagia je post gambar aktiviti dengan suami dia. Sedihnyaaa aku bila mengenangkan perasaan isteri dia.

Mungkin kot ini salah satu sebab kenapa si isteri percaya kan Lemon 100%. Sebab dia nampak suami dia sangat sempurna walhal lelaki itu lah yang sangat kejam. Dia khianati isteri dia dan juga perasaan aku.

Dan, aku rasa ini bukan kali pertama dia curang. Apalaah yang aku dah buat ni, huh. Maafkan saya isteri Lemon.

Untuk lelaki, kalau tak puas enjoy lagi, janganlah kahwin. Enjoy dulu. Ingat kifarah. Kau bakal ada anak perempuan dan juga ada adik beradik perempuan. Selamat berpuasa.

– ANIS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Nasihat last tu “kalau tak puas enjoy lagi, jgnlah kawin. Enjoy dulu”

    Ko biar betul nasihat gini? Ko ingat hidup ni utk “enjoy” je ke? Bwk2 beringat, kita kat dunia ni SINGGAH je. Matlamat kita hidup kt kehidupan sana. Tak pyh nak “enjoy” sgt. 😏

    Semoga mendapat hidayah Allah.

  2. Anis, aku nak cakap bagus usaha ko utk block lemon dr hidup ko tu. Teruskan usaha tu dan jangan sesekali patah balik (aku cakap nie dr pengalam orang2 sekeliling aku, dr pemerhatian aku). Tetapi ko pasti ke yg isteri dia betul2 xtau tentang hubungan anis dgn lemon?? Kadang kadang isteri nie sedar je ape yang suami dia buat cuma dia play along with situation and wait for the right time. Hati hati main dengan api sebab api x selamanya jd kawan✌️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *