Semalam aku bukak titktok, lepastu aku ada terbaca sebuah kisah di tiktok tentang pengalaman hidup 10 beradik. Cerita dia pasal biasalah kalau kita miskin, anak ramai semua orang benci.
Aku tertarik dengan jalan cerita kisah dia sebab aku pun ada 10 adik beradik. Korang boleh baca kisah beliau sangat menyentuh hati tentang pengorbanan mak ayah dia. Tapi bukan aku ye. Hahaha.
Aku pun ada 10 adik beradik. Tapi adik beradik aku semua jenis lepaskan tekak masing².. Haha.
Aku ingat lagi masa ayah aku disahkan ada penyakit jantung serius sampai kalau ikutkan waktu tu perlu buat pembedahan segera. Tapi arwah ayah tak nak, sebab dia kata tak nak susahkan anak². Kos pun mahal. Kami hanya buat rawatan susulan, chckup dan ubat kampung sahaja.
Ingat lagi masa nak bawa mak ayah pergi IJN, aku call la akak² abang minta tolong hantarkan ayah ke IJN. Tapi masing² sibuk. Ayah aku takde kereta ada pun moto kapcai 2 ketul. Satu aku bawak, satu lagi ayah aku bawak. Mak aku tak pandai bawa moto.
Aku minta tolong ketua kampung kawan baik ayah la, hantarkan pergi IJN, haritu kitorang keluar awal pukul 2 pagi dah gerak dari kampung sebab tok ketua kata hari biasa sibuk. Takut jem. Lagipun kami mana ada rumah nak tumpang semalam.
Walaupun ada akak dengan abang stay kl, diorang tak pernah ajak pun. Hahaha. Masa kat IJN sorang adik beradik aku pun takde. Aku dengan mak aku lah yang hadap doktor, antara faham dengan tak faham tapi buat2 faham. Hahaha.
Selama setahun lebih kami ulang alik IJN dengan tok ketua. Ayah pun makan ubat ontime. Kalau sebelum ni ayah aku kerap semput tapi bila dah buat checkup jarang nampak ayah aku semput, pergi kebun pun dah boleh.
Dipendekkan cerita, ayah aku pergi IJN semula. Appointment la. Semua kos perbelanjaan kami pergi IJN, kami 3 beranak ni usaha sendiri. Adik beradik aku 9 orang tu langsung tak pernah tanya khabar, ada pun sekali dua je lah, tak hulur duit. Memang aku mengharap masa tu.
Tapi mak kata, jangan kacau abg akak. Diorang sibuk kerja. Sampai IJN, doctor sahkan jantung ayah semakin memburuk dan perlu buat pembedahan segera. Mengenai kos, kami disarankan membuat permohonan bantuan daripada zakat.
Tapi ayah aku tolak mentah mentah cadangan doktor, ayah aku hanya nak teruskan on ubat je dan buat ubat kampung. Doktor mana tak marah kalau pesakit dia dah hampir kritikal tapi masih nak berdegil tak nak buat pembedahan.
Ayah aku cakap kat doktor, dia dah bersedia ambil risiko sebab dia tak nak susahkan aku dengan mak jaga dia. Ayah kata kat doktor, kalau dia kena buat pembedahan, macam mana nak jaga aku dengan mak. Nampak muka doktor tu sebak tapi ayah aku masih boleh melawak.
Kami ni guna satu phone je, jenis yang takde camera Nokia apa entah. Hahaa, aku call abg kakak suruh balik jenguk mak ayah, beriya la aku call sorang sorang. Urmm, jawapan dia nanti abang balik.. Nanti akak balik. Sibuk ni.
Selang beberapa hari, ayah teringin nak makan siput sedut. Puas lah aku cari satu kampung semua takde jual. Aku pergi pekan dengan mak aku nak cari siput. Ada satu kedai cina ni jual, tapi masa tu aku ada RM5.
Mak aku ada RM4. Siput dia pulak takde yang jual timbang2 kilo. Semua jual dah siap packing. Sekilo masa tu dalam RM12 kalau tak silap. Timbang punya timbang semua mahal. Tak jadi beli, konon nya esok kami meniaga dulu, ada duit kami terus pi beli lah. Tapi tak sempat.
Sebab masa kami balik dari pekan, ayah dah meninggal dunia. Ayah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Ayah meninggal atas katil. Adik beradik aku balik macam biasa. Menangis meraung. Mak aku? Diam kaku membisu. Sebutir air mata tak jatuh.
Daripada 9 orang abg akak aku, sorang umat pun tak peluk mak aku suruh sabar. Seorang umat pun tak tanya mak aku ” mak okay”. Takde. Masing2 sibuk update sana sini.
Lepas tahlil semua 9 beradik balik. Alasan kerja. Ada meeting. Anak pergi rombongan. Pada aku, rumah ni kecil tak selesa, takde kipas.
Bulan demi bulan, hidup kami 2 beranak makin okay. Mak ambil tempahan baju, aku sambung perniagaan mak aku jual nasi lemak. Alhamdulillah, semua okay. Cuma mak aku, semakin lama semakin tak sihat. Kurang bercakap, kurang makan.
Kadang pergi kubur pagi pagi tanpa perlu tunggu aku balik. Aku balik je tahu² mak aku takde kat rumah, tahu dah mana mak pergi. Mak jumpa ayah. Masa mak sakit, adalah beberapa orang dari 9 beradik tu balik ziarah mak. Tak lama pun kejap je. Tapi tu pun aku dah happy.
Masa dengar 9 beradik nak balik. Mak aku bangun masak sedap². Tapi tulah, diorang tak makan pulak. Sebab diorang kata diorang dah kenyang makan kfc. Hahaha. Mak? Bungkuskan lauk² tu bagi anak2 dia. Ada yang terima ada yang tak terima.
Yang tak terima tu, dia letak lauk tu dalam celah pasu bunga. Ingat aku tak nampak ke? Hahaha, hanya mak aku je yang tak nampak, tapi aku rasa mak aku tahu sebab lepas 9 beradik tu balik, mak tiba² suruh aku kemas pasu² bunga tu.
Lauk tu? Lauk tu aku ambil la makan sorok2 dari mak kau. Ratah macam tu je.. Mmm sedappp ooo mak aku masak.
Dipendekkan cerita, mak aku jatuh sakit. Tak boleh bangun, aku masa tu dah bijak lah. Dah umur dekat 19 masa tu. Aku call ambulans. Bawak pergi hospital. Doktor sahkan mak ada jangkitan kuman pada paru².
Macam biasalah call 9 beradik tu. Ada yang datang teman aku masa kat kecemasan, ada yang datang esoknya tu waktu melawat. Masa ni mak dah tak sedarkan diri dan doktor bagitahu mak perlu ditidurkan.
Adik beradik aku tanya la doktor macam², tapi aku yang kat depan mak ni perlu setuju ke untuk mak ditidurkan. Along aku kata kat doktor, dia setuju mak ditidurkan. Meraung la aku masa tu tak bagi. Angah aku tampar aku masa tu hahaha.
Doktor minta aku dibawa keluar untuk mengelakkan gangguan pada pesakit lain. Haha. Tapi doktor tak sempat pun nak tidurkan mak aku, sebab mak aku dah tidur dulu selamanya. Oksigen mak tiba tiba drop, selepas doktor bertungkus lumus akhirnya mak disahkan meninggal dunia.
Aku? Lutut longgar bila masuk je dalam ward, dah nampak mak ditutupi kain putih. Yes, 9 beradik menangis tapi semua tunggu kat luar. Hanya aku yang ada dengan mak. Aku peluk mak dengan erat berkali kali minta maaf kat mak. Harap mak maafkan adik.
Aku call tok imam bagitahu mak dah meninggal. Tok imam kata kejap lagi dia sampai bersama van jenazah masjid kampung. Sebab itu adalah tanggungjawab masjid. (khairat kematian) fuhhh.. Lap air mata jap.
Seperti biasa, kena tunggu beberapa procedure. Seorang staff masuk menuju kat mak bersama tempat yang nak bawak jenazah tu. Tak tahu apa nama dia.
Aku dengan staff tu yang angkat mak dari atas katil, letak dekat tempat tu. Tolak dalam lift. Bawak turun ke bilik mayat sambil menunggu sijil kematian dan tunggu van jenazah. 9 beradik mungkin dah beransur ansur balik kampung. Tinggal aku sorang kat situ.
Lebih kurang nak dekat isyak, van jenazah dari kampung sampai. Pindahkan jasad mak dekat dalam keranda kemudian bawak pulang ke rumah. Sampai kampung, orang kampung dah tunggu semua tapi satu kelibat 9 beradik tak nampak. Hanya ada sedara mara yang terdekat je sampai dulu.
Aku call 9 beradik sorang demi sorang, ada yang tak angkat, ada yang otw dan paling kelakar, ada yang kata tengah makan kat restoran, bos belanja. Haha. Hati bos lagi penting dari mak.
Aku bagitahu tok imam, nak segerakan mak. Tak nak lambat². Nak malam ni jugak dikuburkan. Hati aku tak nak bagi seorang anak mak pun jenguk mak. Tak nak bagi. Tapi tok imam kata tak baik dendam.
Tapi aku nak disegerakan, aku tunggu sampai pukul 11 malam lebih kurang. Daripada 9 beradik hanya ada 3 beradik yang sampai masa tu. Nak atau tak, perlu kami segerakan.
Alhamdulillah, semua selamat. Semua dipermudahkan. Adik beradik aku yang lain aku tak nampak rasa terkilan diorang pun tak dapat tengok mak buat kali terakhir.
Urusan mak dengan ayah dah selesai, kini dengan adik beradik. Nasib la mereka tak bergaduh soal harta mak ayah.. Moto kapcai tu. Hahaa. Rumah pusaka ni. Sebab masing2 dah kaya.
Aku? Ingatkan adalah 9 beradik ni nak pelawa aku stay rumah dorang ke, carikan aku kerja kat bandar ke. Takde. Hahaa. Tahun lepas puasa raya, masing2 tak balik kampung, ada yang beraya kat luar negara. Aku raya sorang diri, puasa pun sama.
Tapi aku harap tahun ni balik la semua. Adik rindu. Rindu sangat² pada semua kenangan. Rindu nak buka sama, sahur sama.. Malam raya riuh. Pagi raya salam². Harap tahun ni dapat cipta walaupun sekejap. Tapi tulah, semua tu mimpi sebab masing² tak dapat dihubungi.
Wassap group, fb tiktok.. Semua cari tak jumpa. Ada pun sorang dua, tapi bila minta no phone. Tak bagi pun. Huhu. Tapi takpela. Janji adik dapat tengok family adik happy… Ok dah.
Mak pesan jangan mengharap pada manusia. Rumah pusaka ni sentiasa menunggu kehadiran 9 beradik. Demi mak ayah, adik takkan putuskan silaturrahim ni. Tak akan. Dan adik tak akan berdendam sampai mati.
Semoga kebahagian dan kesenangan milik kalian dunia akhirat. (9 beradik)
– Adik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kesiannya dgr cerita kau ni bro.. bertuah dpt bersama mak ayah sehingga nafas terakhir dia org. lagi pilu bila kau teringin nak beraya bersama dgn adik beradik.. hmmm semoga kau tabah je dik.. be strong.
Banjir aku baca kisah kau dik..ya Allah semoga kau terus kuat, sabar & tabah. Semoga kau temui kebahagiaan kau dik..kalau tak kat dunia, kat akhirat nnt..Allah sentiasa ada..stay strong!
dtg dri tt dj shaz , sedih wey . semoga tabah ye . slmt berpuasa .
boleh buat cerita movie…bertabahlah..memang kita tak boleh mengharap pada manusia..moga depermudahkan segala urusan adik
sedih baca. 9 beradik tu tak guna. sampai masa nanti, kena kat diri sendiri baru sedar diri.
betul, Paling x puas hati masa nak kebumikan mak sempat gi makan, tak jenguk pun orang yang dh lahirkan kau kat dunia, Org yang dah jaga kau penat lelah, bodoh ke!
aku baca ni masa rehat dekat tempat kerja, menitik wei air mata. Ada adik beradik ramai pun, sorang juga ye yang boleh harap? ingatkan lagi sikit adik beradik, lagi sikit tempat bergantung. apa apa pun tahniah sebab dah berjaya jadi anak yang baik sampir akhir hayat parents kau. tolong doakan aku berjaya juga, aku anak sulung, dan aku je yang plan duduk jaga parents sampai akhir usia diorg sebab adik beradik lain sudah berkeluarga, sibuk. tipu kalau tak pernah terfikir penat, cuma paksa hati redha semoga ada syurga untuk aku. aku doakan semoga kau bahagia sampai akhir hayat kau.