Puisi Untuk Bos

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…

Aku tengah hadapi situasi demotivate disebabkan bos aku tak fully function…

Pernah sampai gaduh dalam family sendiri sebab kena cover kerja bos & kacau program family.

My bos ada traits as follows:-

1) Sukar fokus

– Too distracted with less important things. Always respond fast to aktiviti luar tapi bila mesej pasal kerja baca pun tidak.

– Selalu tak fokus dalam mesyuarat.

– Too lazy to take note dalam mesyuarat then tahu-tahu anak buah dapat call daripada siapa-siapa yang berkenaan sebab due date dah tamat.

2) Suka ‘lipat’ staff

– Always bagi alasan tak attend important meetings (alasan mesyuarat yang less important bertembung, alasan selain kerja pun ada)…

Semua ini dah ada bukti kantoi tapi anak buah terlalu malas nak confront. Last-last anak buah pergi important meetings yang pihak atasan arahkan.

3) Giving INSTRUCTIONS without DIRECTIONS

– Semuanya “Untuk Tindakan”. Pandai-pandailah anak buah fikir sendiri.

4) No FOLLOW UP & FOLLOW THROUGH

– Always give us INSTRUCTIONS then leave us without follow up/ follow through. Staff in AUTOPILOT MODE.

5) No Value Added kepada staff

– No good suggestions kepada staff untuk tugas harian. Pandai-pandai anak buah kaji sendiri dan cari dekat tempat lain.

6) OPPORTUNIST- Bila nampak staff-staff perform, semua benda longgok kat staff-staff. Beliau? Tunggu status: Telah selesai.

7) Tidak boleh dijadikan contoh

– Sikap sambil lewa dan tidak memberi inspirasi kepada staff untuk menambah ilmu pengetahuan. Staf pula dijadikan tempat untuk bantu dia dapatkan accreditation.

8) TIDAK SUKA MEMBACA

– Tidak membantu untuk memastikan staff laksanakan kerja ikut Arahan Perbendaharaan/ Pekeliling/ Garis Panduan terkini. Anak buah terlupa, dengan dia dia terlupa.

9) BRAGGING

– Need i explain more??? Of course lah bragging pasal kejayaan-kejayaan dia dulu2 & betapa functionnye beliau kat office lain… Hasil siasatan? Hmm nothing outstanding actually.

PUISI UNTUKMU BOS

Wahai manusia yang diberikan amanah,

Kamu adalah pemimpin,

Kamu adalah ketua,

Maka di akhirat kelak,

Tuhan akan menilai amanah itu…

Wahai manusia yang diberikan amanah,

Janganlah kamu mengambil hak orang lain,

Sehingga bawahanmu menanggung bebanmu,

Sampai mereka hilang masa dengan keluarga,

Hilang rasa gembira,

Sehabis masa dan kudrat digunakan untuk menjalankan tanggungjawabmu,

Sedarlah,

Apabila bawahanmu tidak redha,

Maka apakah kesucian pendapatanmu buat keluargamu…

Wahai manusia yang diberikan amanah,

Sedarlah,

Bahawa setiap dari kita telah ada bahagian masing-masing,

Maka laksanakanlah sebaiknya,

Agar tidak mengambil hak orang lain…

PUISI UNTUK STAFF YANG DEMOTIVATE

“Allah does not burden a soul beyond that it can bear” – Quran 2:286

“So verily, with the hardship, there is a relief. Verily, with the hardship, there is relief” – Quran 94:5-6

“And whoever relies upon Allah – the He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a (decreed) extent” – Quran 65:3

“And Allah is with the doers of good.” – Quran 29:69

p/s:

Tenanglah wahai jiwa. Semoga Allah membantu kita menghadapi setiap ujian yang kita hadapi.

Harap mana-mana yang jadi bos tu sedarlah, function korang banyak actually…

– Tembikai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *