Untuk part I, (https://iiumc.com/ayah-bukan-ayah/).
Assalamualaikum dan salam ramadhan semua.. Semoga ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya insya Allah aamiin.
Berbalik kepada confession aku in previous part kan… Aku ade baca komen-komen uolls.. Mix reaction overall.. Yelahh setiap judgment tu berbeza dan tu hak individu tersebut.
Ade yang negatif ade yang bagi motivation.. Thank you so much untuk semuanya.
Izinkan aku flashback ramadan yang penah aku jalani dalam hidupku suatu ketika dahulu.. Zaman kitaorang struggle sebab ayah dah angkat kaki dari rumah tuu..
Just for cebisan memori yang terpahat dalam jiwa..
Untuk menyara kehidupan kami emak aku decide nak keje since kami masih minor dan bersekolah…
Akhirnya rezeki miliknya sebab dapat kerja dgn restaurant department dapur. On that time the salary was RM30 per day.
Dapat gaji harian.. Tak pergi kerja tak de duit.. Dan tiada incomelah for the day, (emak penah jatuh motor time nak pergi kerje.. But she was strong.. Bangkit pergi kerja) ya Allah kau kurniakan syurga buat ibukuu aaminn…
Ramadan terpahat dalam memori ialah…
Kami hanya mampu beli sejenis lauk sahaja iaitu gulai daging kawah untuk kami sekeluarga termasuk adik beradik yang berharga lebih kurang RM5-7.
Cuba korang bayang kami 4 beradik makan macam mana.. Ya Allah sungguh lazat nikmat makanan tuuu.
Pernah jugak emak mintak lauk untuk tapau untuk berbuka dekat owner restaurant tuu sebab sebelum nie waktu biasa..
Memang lunch was provided namun disebabkan sebab-sebab tertentu tiada makanan yang boleh dibawa pulang.
Kini ramadan telah kembali menjelma dan kami alhamdulillah sudah tiada di noktah yang sama. Aku sudah tamat belajar..
Dan adik beradik yang lain sudah berkerja berbaki si bongsu di dalam pengajiannya.. Emak pun sudah tidak berkerja
Ayah? Muncul di saat kesusahannya.. Mintak emak mengirim doa untuk kesulitan yang dihadapi contoh kenderaan rosak di tengah larut malam, tiada job untuknya..
Mengirim wang purata lebih kurang RM200 sebulan untuk kami.. Itupun setelah puas emak merayu untuk anak-anak sekolah.
Berbalik kepada komen seorang hamba Allah di ruangan komen di bahagian satu yang aku rase aku perlu ulasan sedikit..
Ya betul aku bersyukur aku mempunyai ayah disaat ade yang lahir tiada ayah.. Ataupun tidak ketahui nasabnya tapi percayalah pernah suatu ketika..
Terlintasnya di benak fikiranku..
Ya Allah ya tuhan jika sebegininya perangainyaaa biarlah ku tidak berbapa kerna hadir sekadar menambah luka dan parut sahaja buat kami kerna sapa ke saat ini dia tidak berubah dan hanya Allah tahu pengakhirannya bagaimana buat kami semua
Dia ade ke tidak dalam kehidupan kami, life goes onn.
Kami struggle je sendiri aku dgn adik-adik kerja dari zaman sekolah lg cari duit poket nk belanja sekolah bagai (kalau emak aku nie jenis lemah semangat dan lama dah dia ajak kami semua minum racun tauuu alhamdulillah Allah jaga kami)
For those yang bagi statement kurang menyenangkan about my confession kamu tidak pernah akan memahami kehidupan aku, kamu tidak menghadap ape yang aku hadap.
Hanya Allah sahaja yang tahu and aku hanya bercerita certain part sahaja disebabkan penceritaan hidupku yang kompleks
Ayah masih dalam dunianya mencari yang tidak pasti dan terbaru dia ingin menjadikan adik beradikku untuk bekerja dengannya mencari rezeki bersama namun dibantahkan oleh emakku.
Untuk informasi semuanya, berkerja dengan ayah sama sahaja ibarat seperti hamba abdi tidak dibayar upah setimpal tidak lupa kepada barannya.. Sumpah seranahnya
Aku tahu aku tiada daya untuk membuat perhitungan dgnnya disebabkan dia ayah dan aku anaknya.
Percayalah akan aku tuntut semua di mahsyar kelak.. Dan ketika itu aku percaya Allah sebaik-baik hakim untuk tiap² percaturan manusia.
Salam akhir dari Cik Kentang.
– Cik Kentang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit