Aku Perempuan Bodoh

Cerita bermula masa aku intern kat satu tempat ni. Aku kenal dia masa aku intern kat tempat yang sama dia kerja.

Pada mulanya, aku serious tak suka dengan dia. Yelah siapa je suka lelaki tua yang dah berkahwin kan.

Dia tak hensem mana tapi ada aura yang buatkan perempuan suka kat dia. Dia dalam 40 series.

Ceritanya, selepas beberapa bulan aku intern kat tempat tu pertama kalinya aku dipairkan dengan mamat ni.

Pernah je aku nampak dia sebelum ni cuma tak pernah bertegur dan nak dijadikan cerita, haritu first time kitorang bertegur sapa.

Macam biasa, mesti lah perkenalkan diri kan. Masa tu aku ada kawan lagi sorang tapi dia kahwin muda dan dah ada anak umur setahun.

Aku memang tak banyak borak dengan mamat tu sebabnya aku tau dia dah kahwin. Aku tak suka nak ada hubungan dengan laki orang.

Lepas pada tu, keesokannya aku takde lah kena pair dengan dia. So aku macam tak bertegur sangat kan.

Aku rapat dengan staff yang lain kat situ kecuali dia. Masa tu aku sembang dengan Irsyad (staff) then tiba tiba dia tegur aku dari belakang.

Jarak aku dengan dia rapat sangat. Aku terkejut dan just senyum.

Sempat lah aku pandang sekilas muka dia, muka tak puas hati. Beberapa minggu lepas tu, aku sakit pulak so kena ambik mc dua minggu.

Masa ni lah dia ambik peluang. Alangkah terkejutnya aku bila ada nombor tak kenal chat aku siap dengan panggilan ‘sayang’.

Aku menyampah gila. Aku balas chat tu sebab aku tau dah itu dia.

Mana aku tak menyampah, dia tu suami orang. Dapat je chat tu serious cakap aku benci gila.

Aku pun tunjuk lah dekat kawan kawan aku chat tu. Siapa je suka kan bila suami orang nak try kita.

Kawan kawan aku nasihat supaya tak balas chat mamat tu so aku pun biarkan jelah chat tu tak berbalas. Lepas je sihat, aku kerja semula macam biasa.

Mamat tu datang kat aku. Tanya khabar, aku jawab endah tak endah je.

Dia bagitau yang dia dah nak pindah tempat lain aku pun iyakan saja. Malas nak layan sebenarnya.

Aku tak nak orang bercakap aku ni gatal. Lagipun aku dah ada boyfriend masa tu.

Fast forward, masa keluar dating dengan boyfriend aku, aku mengamuk. Masa tu jugak aku break sebab dia kantoi yang dia tu dah ada tunang.

Aku kecewa gila masa tu. Aku mintak dia hantar aku balik rumah sewa, dia pun ikut je tak cakap banyak.

Keesokannya dia cuba pujuk lagi, aku tipu kata aku nak kerja padahal masa tu aku cuti. Dia pujuk kata nak hantar so aku pun okay je.

Sampai je tempat kerja, aku terus blah dari kereta dia dan block nombor ex aku tu. Sebelum block memang aku maki dia kaukau.

Dengan takde duitnya masa tu, aku lepak je dekat ruang menunggu office tu sambil main telefon. Siapa je tak sedih kan, aku dengan ex aku tu dah setahun.

Aku buka whatsapp dan tengok chat chat yang aku archive. Bila tengok satu satu, ada pulak chat mamat laki orang tu.

Entah kenapa masa tu aku tiba tiba rasa nak balas chat dia. Aku pun balas la chat dia dan bagitau yang aku ada kat ruang menunggu office.

Dia terkejut sebab aku ada kat office. Dia suruh aku tunggu, aku dengan bodohnya pun tunggu dia.

Kat sini la start macam mana aku boleh sangkut dengan dia. Lepas tunggu dalam sejam setengah, dia sampai kat aku.

“Buat apa kat sini?”, dia tanya dan duduk sebelah aku.

Aku just jawab saja datang sebab bosan dekat rumah. Dia hanya gelak and senyum dekat aku.

Dia offer nak hantar aku balik, sebabkan takde duit so aku terima je. Aku ikut dia pergi kereta dan masuk dalam kereta.

Masatu aku tak fikir apa dah sebenarnya sebab aku kecewa gila dengan ex aku, kecewa kena tipu. Entah macam mana aku boleh terlelap, sedar sedar je dah sampai kat sungai.

“Kat mana ni? “, soal aku, then dia jawab kat sungai saja nak bawak jalan.

Tak tau macam mana dia boleh tau aku ada masalah. Nampak sangat kot kat muka.

Aku pun mula la bercerita pasal ex aku tipu aku. Masa cerita tu, masa tu jugak aku nangis kat dia.

Makin lama, aku mula suka dekat mamat dia sebab dia ambik berat pasal aku, jaga makan minum aku. Kitorang pun mula keluar sama sama beberapa kali.

Lepas dua minggu dia pindah, aku sorang sorang lah tapi kami still contact. Masani tak declare lagi dengan mamat ni.

Ex aku pun datang balik jumpa aku, punya la aku nak mengelak tapi dia tunggu sampai aku balik kerja. Masa ni mamat tu taktau yang ex aku datang balik dan aku pun takde rasa nak bagitau.

Mamat tu masani kena outstation tempat jauh. Aku tipu kata aku naik dengan kawan padahal dengan ex aku.

Alangkah terkejut bila aku tengok kereta mamat tu parking depan rumah. Masa ni aku cuak dah tapi aku buat bodoh.

Dan itu lah pertama kali aku tengok dia marah gila kat aku. Dia siap jerkan dan tengking aku.

Macam macam benda tak elok keluar dari mulut dia. Dia paksa aku masuk dalam kereta, dan masa tu dia sambung tengking aku.

Aku nangis gila masa tu. Bukan nangis sebab apa, sebab aku takut.

Tak pernah orang naik hantu sampai macam tu sekali. Lepas beberapa jam dia drive, dan aku pun dah cool down sikit dia ajak aku gi rumah dia.

Pada mulanya aku tolak yela nanti apa bini dia cakap tapi dia reassure aku yang bini dia okey. Aku pun ikut jela

Apa yang aku tak sangka, bini dia baik gila kat aku. Dan anak anak dia pun layan aku okay.

Masani aku lagi rasa bersalah. Lepas pada tu, tiap hujung minggu aku akan balik rumah dia.

Aku dah terfikir masani, nak dia jadi ayah angkat aku je tapi dia tolak. Dia tak nak, dia nak lebih dari tu.

Masa bermalam kat rumah dia, dia bagitau kat bini dia yang dia nak kahwin dengan aku tapi aku buat buat tak dengar. Aku dah cuak masa tu, nanti tak pasal pasal kena.

Bini dia pun macam okay je dengan keputusan dia. Lagipun sebelum ni mamat tu memang banyak kenal perempuan tapi asyik tak jadi je dan tak pernah jumpa bini dia langsung.

Kiranya aku perempuan pertama yang jumpa bini dia. Fast forward, aku dengan bini dia macam kawan kawan tapi mesti lah aku rasa bersalah.

Perempuan mana je tak sayang laki dia kan. Aku pernah nak putus, tapi mamat tu tak nak lepaskan aku.

Banyak kali aku mintak dan tiap kali tu mamat tu marah aku. Banyak benda aku buat dengan mamat ni.

Semua benda termasuk xxx sampai aku pregnant. Aku pregnant masa ni hubungan aku dengan dia dah nak masuk empat tahun.

Tahun pertama takde apa, tak gaduh sangat. Masuk tahun kedua ketiga dan seterusnya kami banyak gaduh lebih lebih lagi bila aku dah berkerja.

24 jam dia akan chat dan call aku untuk pastikan aku takde jantan lain. Sekarang ni, bila aku cek telefon dia.

Mamat ni kantoi ada betina lain belakang aku. Aku sakit hati gila masa ni.

Sebelum ni dia kantoi save nama manja betina lain, tapi dia nafikan cakap tu dari google contacts. Aku tak percaya tapi mengiyakan.

Punya lah sakit hati aku masa kantoi chat chat dia dengan betina lain. Siap nak ikut betina tu mandi, nak video call, mintak gambar bukan bukan.

Aku sakit hati gila sebab aku dah sayang mamat ni, dah percaya dan paling penting rasa tak adil rupanya selama ni dia yang gatal chat betina lain. Aku fikir masa tu memang aku nak tinggal je mamat ni.

Aku buat bodoh sampai lah dia hantar aku balik, masuk je rumah aku terus chat dan maki dia sebab sakit hati sangat. Mamat tu terkejut sebab kantoi.

Aku tak peduli apa then aku block dia. Dia text aku kata dia tak boleh takde aku, aku abaikan je.

Dia merayu dan ugut nak buat benda bukan bukan, aku pun lupakan niat dan tak jadi tinggalkan dia. Telefon dia dah letak password, whatsapp dia pun dah letak fingerprint.

Tapi dia tak tau yang aku tau whatsapp dia ada fingerprint. Masa mula mula tu aku sakit hati dan kecewa sebab dia macam sembunyikan dan aku rasa dia masih chat betina betina tu.

Mula mula aku tak boleh nak accept sebab aku dah sayang mamat ni, tapi lama kelamaan aku dah malas nak kesah. Aku busykan diri aku untuk lupakan dia.

Ada satu masa tu, aku do not disturb telefon aku. Aku archived chat dia dan balas bila aku rasa nak balas.

Takde beria macam dulu sebab kepercayaan aku pada dia dah hilang. Aku pupuk dalam hati aku rasa tak kesah walaupun pada mulanya agak susah bagi aku yang nakkan perhatian ni.

Lama kelamaan aku okay dan lebih selesa buat hal sendiri. Ada masa aku rasa malas nak tengok chat dia.

Aku lebih fokus pada diri aku. So pengajaran daripada cerita panjang lebar ni, as perempuan kalau kau tengah kecewa tak payah lah gatal nak keluar.

For me, baik duduk diam je kat rumah atau keluar dengan kawan kawan instead of keluar sorang sorang. Bila emosi ni kita dah tak fikir apa dah.

Aku tak nak korang jadi macam aku. Dah sia sia.

Aku harap sangat kalau dapat diundurkan masa, aku tak nak kenal mana mana lelaki sampai lah aku dah berkerjaya. Walaupun panjang, terima kasih sebab baca cerita ni.

Ni untuk pengajaran korang jugak. By the way, aku (seroja) dengan mamat tu masih lagi ada hubungan sampai sekarang.

Aku terjerat budi dia. Perasaan? Dah lama hilang.

– Seroja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ya. Saya setuju dengan tajuk atas tu. tapi apa boleh buat. nasi dah jadi bubur. Cuma saya sebagai perempuan ni, nak buat permintaan, putus la hubungan dengan mamat tu. Dia bukan lelaki yang baik. Dan takkan jadi suami yang baik. Yang berlalu biar lah. mula hidup baru. Tak mati pun kalau takda lelaki dalam hidup

  2. sekali curang selamanya akan curang . kalau awak tinggalkan dia , dia tak kisah pun . dia boleh curang lagi . tinggalkan lah dia . dia bukan lelaki yang baik .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *