Muhasabah Buat Suami Yang Tersakiti

Assalamualaikum semua.. Apa khabar Ibadahmu…

Alhamdulillah, terima kasih Admin kerana sudi siarkan karangan ana sebelum ni. Boleh baca di sini, (https://iiumc.com/muhasabah-buat-isteri-yang-tersakiti/).

Admin sangat pemurah dan bijak orangnya sebab mencari ayat paling sentap sebagai sinopsis ringkas.

Aku tak pandai mengarang dengan tips yang sahih dan fakta, sekadar meluahkan sesuatu yang terlintas di hati untuk dikongsi barangkali ada memberi sedikit cetusan ulasan.

Korang yang komen baca separuh tu, rugilah aku ada selitkan muhasabah lagi di hujung tu. Mungkin bosan, jadi aku tulis lagi sebab rindu komen korang. Tajuk kali ni yang betulnya, Maafkan Suami Curang.

Setiap kita pastinya ada terbuat salah dan dosa. Masakan mulia sangat tak pernah terpalit kejahatan, kerana kita hamba yang lemah Allah SWT memberikan ruang untuk bertaubat dan keampunan yang besar.

Di dalam Al-Quran ada disebutkan antara zikir Nabi yang pernah terbuat salah seperti Nabi Adam dan Nabi Yunus, sedangkan mereka Nabi yang soleh tetaplah rasa tersangat berdosa melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT dan bersungguh memohon keampunanNya.

Yang tak mahu bertaubat, Iblis. Siapa yang rasa dirinya tak ada salah dalam hidup dan menilai orang yang bertaubat tu hina, semak balik hatimu… Ikut siapa.

Aku pernah berhadapan dengan orang yang banyak kali berzina dan mahu berkahwin, kerana dia bertaubat aku tak layak menilai dirinya yang dulu..

Kerana dirinya yang kini sangat dekat dengan Allah SWT seperti menjadi ahli masjid, ahli Al-Quran. Aku doakan dia ketemu bahagia.

Aku tahu berzina tu dosa besar yang bagiku jika dinilai dari sudut hukum hudud, jika yang berzina itu belum berkahwin hukumannya sebat 100 kali.

Jika dah berkahwin hukumannya rejam sampai mati. Adakah ruang keampunan untuk dosa sebegini, hanya Allah SWT yang tahu.

Bukankah keampunan Allah itu sangat luas, seandainya berzikir dengan nisbah tertentu akan diampunkan dosa sebanyak buih di laut. Taubat yang benar lahir dari hati, bukan sekadar konten trending meraih puji..

Mungkin dah ada yang skip baca bila berkhutbah ni. Bye jumpa lagi..

Bagi suami yang tersakiti sebab pernah menyakiti kemudian mendapat kifarah berganda disakiti menjadi tersakiti… Kasihan mereka ni. Bagi mereka yang dah insaf..

Aku nak ambil dua situasi suami selebriti yang terpalit isu pernah disondol. Haaa, bila ada topik mengumpat nak pasang mata la ye. Ni muhasabah, bukan nak mengata mereka. Aku nak kita cuba pandang dari sudut kanan..

Betul, mereka pernah terlupa isteri di rumah… Isteri pun sibuk berlakon. Perangai masing-masing pandai berlakon senang suami nak sembunyi. Rupanya sepandai tupai melompat akhirnya jatuh pokok juga. Banyak paparazi yang nak buat kerja korek aib orang.

Bila dah kantoi.. Mungkin ada tu dah beberapa kali diberi peluang kedua juta, selamat tinggal. Pergilah dengan perempuan yang kau gilakan tu, tak guna hidup dengan orang gila.

Kau tahu apa perasaan seorang suami terpaksa menceraikan isteri yang pernah hidup bersama dan mempunyai anak bersusun… Hatinya bersepai dan pedih.

Dia sayangkan keluarga tu tapi dia lemah dengan godaan wanita lain.. Dia terpaksa lepaskan kerana sedar itu kehendak pihak sana dan dia sedar dia bersalah.

Bila dia sedar, dia insaf dan taubat. Mahu kembali menjadi lelaki soleh, ayah terhebat. Masih sayangkan bekas tapi begitulah, mencintai belum tentu berhak memiliki.

Kasihankan bekas suami tersakiti ni. Buat baik macam mana pun kisah silam tetap bakal diungkit dan berdarah kembali.

Ya, pastinya yang menjadi mangsa dalam kes pasangan curang ni sangatlah parah jiwanya mengenang, tapi hati ini milik Allah. Allah yang berikan ilham dan ketenangan…

Sampai masa kau akan nampak hikmahnya bila rupanya ada jodoh lain yang menanti, yang lebih baik dan serasi. Bagaimana mereka yang bujang masih tiada jodoh, yang janda pula laku..

Bukan semua janda mahu mencari pengganti, ramai saja ibu tunggal yang sanggup bersendiri namun merasa cukup sempurna hidup ini bila ada anak di sisi.

Bagi yang sedang diuji dengan pasangan atau tiada pasangan.. Teruskan doa. Allah Maha Mendengar. Kesabaranmu tidak sia-sia. Takdir hidup kita berbeza jadi tak perlu fikir apa orang kata, renung kalam Allah.

Ujian tanda Allah sayang.. Tanpa ujian, apa yang mahu diukur tahap sabarmu, erti taubatmu. Berdamailah.. Maafkan keterlanjurannya kerana peritnya menanggung dosa itu seperti dihempap planet.

Jangan kata jumpa di mahsyar, kerana kalau boleh kita nak masuk Syurga tanpa hisab.

Akhir kata, mohon maaf andai ada yang terguris hati, sekadar menjernihkan situasi.. Semoga hati kita bersih untuk mendapat cahaya dari Ilahi. Selamat berpuasa.

Syukran, wassalam.

– Kuntum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Memang sifat memaafkan itu suatu sifat yg mulia, tetapi di satu sisi yg lain, Allah dah suruh supaya ‘menundukkan pandangan’, utk mengelakkan kecurangan dan perkara2 yg x diingini berlaku.. dan sekiranya dah berkali2 suami curang, dan berkali2 juga isteri ‘memaafkan’, dapatkah cik kuntum atau org lain juga mnyelami betapa “hancur & luluh”nya hati isteri itu juga, dan masih lagi bersedia untuk memaafkan, sekiranya kecurangan bakal berlaku lagi, atau ambil saja tindakan agar kecurangan dan situasi ‘memaafkan’ tidak perlu berlaku lagi.. cuba lah masukkn diri kita dlm keadaan ini, itulah yg dikatakan “empati”, bkn hanya “simpati”.. wallahu a’lam bissawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *