Oh Abah Mentuaku

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi post luahan hati saya.

Nama saya Teratai. Berusia 30 tahun. Sudah berkahwin dengan Limau hampir 5 tahun dan mempunyai 2 orang anak lelaki dan perempuan yang sangat comel.

Alhamdulillah Limau datang dari keluarga yang agak senang dibandingkan dengan saya. Semua keperluan Limau disediakan oleh ibu bapanya.

Berbeza dengan saya.. Saya telah dididik dari kecil jika mahukan apa-apa perlu usaha sendiri dan memang saya juga jenis yang tidak suka menyusahkan orang lain lagi-lagi ibu bapa saya.

Sebagai contoh, kereta. Saya memiliki kereta pada usia 24 tahun semua hasil dari duit saya sendiri termasuk downpayment. Limau pula dapat kereta cash dari abahnya.

Pada awal perkahwinan, kami duduk bergilir. 1 bulan di rumah ibubapa saya. 1 bulan di rumah ibubapa Limau. (Jarak rumah dalam 20 minit sahaja).

Sebelum berkahwin lagi saya sudah berbincang dengan Limau untuk beli rumah kediaman kami di kawasan yang berdekatan dengan kedua ibubapa kami. Saya mencadangkan untuk joint loan.

Namun, Limau maklumkan.. Abah dah belikan rumah untuk kami duduk. Tapi rumah tersebut nama Abah dan dibeli secara cash. Siapa yang tak seronok..dapat duduk rumah free kan?

Tapi itu bukan saya. Sebab saya rasa ibarat menumpang di rumah orang. Saya ajak Limau beli rumah lain..letak nama bersama. Namun cadangan saya ditolak. Kenapa perlu ada komitmen jika dah ada yang memudahkan. Saya pon akur.

Ditakdirkan pada 2019 ibu mertua saya meninggal dunia. Tinggal lah abah bersama kakak dan adik ipar sahaja di rumah mereka.

Kakak ipar pada mulanya menyuruh kami pindah duduk bersama mereka di rumah Abah. Namun suami enggan kerana kesiankan saya dari segi aurat dan juga inginkan privasi bersama.

Namun, bermula dari situ, setiap minggu hari Sabtu dan Ahad abah dan adik akan datang ke rumah kami. Kadang-kadang datang mengejut tanpa beritahu. Kadang-kadang jika pagi kami dah berkunjung ke rumah abah.

Lepas asar kami pulang.. dalam jam 5.30pm abah datang pula ke rumah kami. Setiap minggu. Makin lama saya makin annoying sebab hari minggu lah untuk saya mengemas rumah, berehat, luangkan masa bersama keluarga,

Tambahan pula anak-anak saya masih kecil dan sedang uas orang kata..memang rumah bersepah(bersih tapi bersepah dengan mainan).. kain baju tak berlipat.. hari bekerja jam 7am kami dah keluar, balik sampai rumah dah 7pm.

Malam nak settle anak2 makan lagi.. urus kain baju untuk esok lagi.. sampai lah jumaat jadual yang sama.

Pernah satu hari, hari sabtu pagi2 ye dalam jam 9 am dah tercegat depan pagar tekan loceng berkali-kali. Ya Allah tekanan perasaan sangat saya masa tu. Tapi apa saya boleh buat.. ni rumah dia. Bukan rumah saya. Terpaksa akur.

Saya jujur dengan suami. Saya letih macam ni. Tiap pagi Sabtu saya akan anxiety nak mengemas rumah sebab takot Abah datang.

Oh ye.. Abah kalau datang memang macam warden ye.. dia akan tinjau setiap ruang. Tapi dia tak cakap apa-apa. Tu yang saya risau. Risau dia bercerita kat adik beradik ipar kalau rumah saya bersepah.. saya tak basuh pinggan, baju tak sempat lipat. Risau.

Bukan saya tak buat semua tu.. tapi memang kebetulan masa dia terjah tu saya tak sempat nak mengemas lagi.. dengan anak kecil lagi. Stress sangat rasa.

Saya dah decide nak beli rumah lain.. atas nama saya sorang.. loan saya sorang..

Saya cakap kat Limau.. risau kalau awak mati dulu.. saya dan anak-anak kene duduk kat lain.. sebab ni bukan rumah awak.. ni rumah abah.. apa-apa yang akan datang kita tak tahu.. awak tak nak beli takpe.. biar saya beli.. saya dah submit loan..

Alhamdulillah dah lulus tapi Limau pula company dia kene MSS.. jadi komitmen akan sedikit terbeban jika saya beli rumah tersebut…

Jadinya saya cuba berlapang dada.. redha.. layankan je lah sikap abah tu.. duduk je lah rumah abah.. jaga macam rumah sendiri.. doakan supaya suami panjang umur..

Tapi.. baru-baru ni.. kami ada buat renovation sedikit dari segi interior design.. saya masukkan dalam status… mungkin kakak ipar ada tunjuk kat abah.. kami ingat nak suprise kat abah bila dia datang nanti..

Namun… masa abah datang ke rumah minggu lepas.. reaksi abah macam biasa.. tak terkejut.. saya syak oh mungkin sebab kakak ipar dah tunjuk kat abah melalui status saya..

Tapi abah terlepas cakap yang.. ‘Abah datang tengok dah masa kamu berdua takde kat rumah’… betapa terkejutnya kami berdua…

Dalam hati saya sangat sedih.. tekanan pon ada.. ya.. saya tahu.. ni rumah abah.. bukan rumah kami.. rumah ni nama abah.. tapi takkan takde sikit pon rasa common sense untuk jaga privacy anak dan menantu?

Datang ke rumah yang kami duduk senyap-senyap tanpa bagitahu.. dah lah datang dengan suami kakak ipar.. datang masa hari kami bekerja.. dengan rumah tak berapa nak kemas.. baju bertimbun.. malunya saya…

Entah lah… kadang-kadang saya kesian kat Limau sebab saya banyak mengeluh pasal perangai abah dia.. bukannya saya tak bersyukur dapat duduk rumah free… saya sangat bersyukur..

Cuma saya harap bagi lah kami sedikit ruang untuk bernafas di hari minggu… sebab hari biasa memang hari-hari akan singgah rumah abang dulu sebelum balik kerja..

Sampaikan terdetik kat hati saya untuk berpisah.. biarlah dia sorang je layan karenah abah dia.. saya nak beli rumah sendiri tak perlu nak minta izin sesiapa.. tapi kasihan pula kat anak-anak…

MOHON JANGAN LAH KECAM SAYA..BERILAH KATA-KATA SEMANGAT UNTUK LUAHAN SAYA NI.

Terima kasih.

– Teratai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Sewa rumah lain je puan kalau ada kemampuan…yg dekat kawasan tu.. puan duk ngan anak kat rumah sewa.. balik hujung minggu sahaja kat rumah milik abah tu..jangan la sampai bercerai ngan suami yg baik tu.. kalau sy pon xselesa duk ngan keluarga mertua.. hubungan baik harus kekalkan, tp kena ada jarak dan privacy sendiri.

  2. Allahu..mmg jd anxiety klu mcm tu peel mentua..puan pilihlah kesihatan mental puan..buat keputusan yg puan rasa terbaik untuk mental puan..jgn fikir perasaan org lain dah.

  3. Pernah lalui perkara yg sama. Tp bukan mertua je mcmtu dengan abang ipar pon sama. Pernah sekali dia masuk rumah kami masa kami berkerja dia tengok pakaian tak basuh dia TOLONG basuh & sidaikan. Paling saya geram pakaian dalam saya semua dia basuh dan sidai sekali. Malunya ya Allah. Dan pernah juga dia canangkan pada saudara mara suami kt kg peti ais kami penuh makanan lama disebabkan kesibukkan berkerja saya selalu simpan lebihan makanan dalam peti ais mudah balik keje untuk panaskan balik. Sumpah saya sakit hati sangat masa tu. sekarang Allhamdulillah kami dah selamat berpindah rumah sendiri yang jauh dari family suami. Saya rasa berganda-ganda bahagia & gembira

  4. Awak kta dah submit utk buat loan rumah, ke x jadi.. tinggal kat tempat lain, w/pon mnyewa.. biarla susah ckit, tp hati senang, n x susahkn org ln.. duit bole dicari, kebhagiaan n kesihatan fizikal & mental juga kna ambilkira.. lg pon, klau takdir ayah mertua tu meninggal, rumah yg awk dduk sekarang akn jd ‘harta faraid’, kecuali klau ayah tu buat ‘hibah’ n tukar ke nama suami awak.. wallahu a’lam..

  5. Saya faham rasa puan sebab cerita kita lebih kurang sama. Satu je saya fikir, jika diteruskan dgn keadaan macam ni adakah mental emosi kita lebih sihat ? Tidak kan. Lebih baik puan ada rumah sendiri, apa2 kedepan dah tak bergantung dengan sesiapa. Banyak kan dia puan. Moga Allah bagi jalan . Saya pun hampir berkali2 nak berpisah. Doakan saya. Moga ada sinar buat puan dan anak2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *