Ijazah Yang Tidak Menyeronokkan

Saya Orked, belajar di salah satu institusi pendidikan di negeri sendiri. Saya menyambung ijazah dengan rakan-rakan yang 2 tahun lebih muda dari saya disebabkan sesetengah masalah yang saya hadapi.

Pada minggu orientasi, saya bertemu dengan seorang rakan yang sama kos kebetulan tinggal di blok asrama yang saya dengan saya. Saya namakan dia Ros. Kemana-mana acara akan saya pergi bersama dengan dia.

Kebetulan dia ada seorang kawan (Red) yang dia telah kenal sebelum masuk ke institusi ini melalui online platform. Jadi, kami melalui mingguan orientasi bertiga.

Saya perasan Red tidak suka saya bersama Ros. Setiap kali saya ada, dia akan bermasam muka dan layan saya acuh tak acuh. Tapi saya abaikan dengan berfikiran mungkin masih awal untuk serasi.

Setelah tamat minggu orientasi, kelas pertama kami bermula dengan baik. Bertemu dengan lebih ramai kawan. Bertambah rakan-rakan baru dalam kumpulan kami iaitu Sya dan Green. Kemana-mana kami akan pergi bersama. Buat assignment pun tidak pernah berpisah.

Kami akan cukupkan ahli kami dan kalau memerlukan lebih ahli, kami campurkan dengan kumpulan lain asalkan kami tak berpecah.

Sya sangat cerdik dan berkemahiran dalam memberi pendapat, memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan assignment kami,

Manakala Green tiada apa-apa sumbangan selain berasal dari negeri yang sama dengan Red, bergaya dan memakai barangan branded. Ros pula sejenis yang random dan tidak peka terhadap sekeliling.

Setelah berbulan berkawan, Red rapat dengan semua orang tetapi tidak rapat dengan saya. Saya faham dia boleh rapat dengan semua orang, bermesra dengan semua orang disebabkan saya tiada apa-apa sumbangan atau jasa dengan diorang semua.

Saya bukan tidak berusaha, tapi berkali-kali saya cuba untuk rapat dengan semua orang. Setiap bulan saya akan pulang ke rumah disebabkan rumah saya hanya berjarak 2 jam berbanding mereka semua.

Setiap kali itulah saya akan bawak buah tangan kepada mereka untuk meraih perhatian mereka, tapi saya perasan takde apa-apa perubahan pun yang berlaku. Setiap usaha saya tidak dipandang.

Setiap kali idea yang saya bagi semasa perbincangan tentang assignment langsung tidak diambil peduli.

Mereka hanya memandang idea dari orang yang cerdik, yang berpenampilan seperti seorang ustazah, dan seorang yang random, peramah sedangkan idea dari orang tua yang tidak terlalu kaya ini tidak dipandang sama sekali.

Hari-hari makan hati. Saya bukanlah seorang yang pendiam, tetapi buat kali pertama saya tidak menjadi diri saya sendiri. Saya pendam setiap idea yang muncul dalam fikiran saya, saya menangis setiap hari sorang-sorang dan sebagainya.

Saya sebenarnya sukakan situasi dan persekitaran yang ceria ketika membuat apa-apa perkara. Tetapi disebabkan saya berada dalam circle yang toxic dan tidak ceria, saya tak merasa seronok ketika belajar.

Saya terpaksa kekal dalam circle tersebut disebabkan orang lain jugak hidup berpuak dan sepertinya tidak bersedia untuk menerima orang baru seperti saya. Yang faham je faham apa yang hendak saya sampaikan sekarang ni.

Sekarang dah mula semester baru. Tiba-tiba Ros membawa 2 orang lagi ahli yang sentiasa berdua sebelum ni iaitu ain dan aina. Mulalah pembahagian group assignment baru bagi setiap subjek.

Setiap subjek memerlukan bilangan yang berbeza. Jika group yang diperlukan melebihi 7 orang, kami tidak mengalami masalah tapi apabila group memerlukan 5 orang, kami tidak dapat membuat keputusan.

Saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari mereka disebabkan saya sepertinya orang yang tidak diperlukan dalam kumpulan tersebut.

Saya cuma terfikir apa salah saya sehingga hanya saya yang diperlakukan sedemikian sedangkan orang baru boleh beraktiviti dalam kumpulan tersebut dengan seronok. Saya tiada pun mereka tak perasan seolah-olah saya tak wujud. Nak merajuk ke apa, takkan ada yang perasan.

Setiap kali nak bercerita, muka menyampah yang ditayangkan. Saya tak tahu dimana silap saya sehingga tak mendapat keseronokan dalam berkawan dengan mereka,

Sehinggakan apabila saya cuba berkomunikasi dengan orang lain dan orang lain itu membalas chat tidak seperti yang saya bayangkan membuatkan saya tersentap dan terasa sedangkan tiada apa-apa pun yang salah.

Saya jadi mudah terasa dan sensitif dengan pandangan orang terhadap saya.

Saya tersekat untuk menghabiskan sisa ijazah saya disini. Tolong doakan supaya hati mereka lembut untuk menerima dan melayan saya dengan baik. Saya sedaya upaya untuk baiki diri saya dari hari ke hari tetapi tetap diperlakukan sama dengan sebelum ni.

Doakan saya dapat menempuh ujian ini dengan baik sekiranya ini dah takdir saya.

Banyak kali saya terfikir jika hanya saya yang dilayan tidak elok, lebih baik saya sahaja yang undur diri. Tapi saya tak boleh hidup berseorangan disebabkan tugasan setiap subjek dan untuk menyewa rumah.

Sekian sahaja cerita saya.

By the way, nama² real yang saya bagi merupakan orang yang tak memberi apa-apa kesan sangat dekat saya.

Tapi nama warna yang saya gunakan memberi kesan yang sangat-sangat teruk dari segi layanan, percakapan, mimik muka dan sebagainya.

Banyak lagi sebenarnya kejadian yang berlaku, tapi saya tak mampu nak menaip dengan lebih baik.

– Orked (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. you know what, just be yourself. awak ada keunikan awak yg tersendiri. you’ve done your best untuk pleased kan orang sekeliling awak, but they still don’t see your uniqueness. untuk belajar and tamatkan pengajian awak dengan tenang & berjaya, awak perlu keluar dari kepompong tersebut. ya sukar sbb perlu cari ahli group baru, tapi kesukaran tu sekejap je. kita kena try and error masuk kumpulan lain2, baru kita boleh tahu and jumpa orang yg kita boleh ngam dalam apa2 tugasan. trust me, it works. semoga dipermudahkan segala urusan awak sepanjang tempoh pengajian disana dan semoga awak juga dikelilingi dengan rakan2 yang baik aamiin ya rabb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *