Berkahwin Dengan Perogol

Hi semua aku cuma nak luahkan sedikit bebanan yang akhir akhir ni menyapa aku dan keluarga,

Dan aku harap pembaca boleh bagi pendapat sebab otak aku dan keluarga boleh dikatakan sedang tepu dan hati sedang rapuh. Terutamanya mak aku. 

Aku ada kakak yang sekarang ni berumur 21 tahun, kakak aku ni seorang perempuan yang baik tahu dan faham tentang agama serta laksanakan apa yang wajib. 

Kakak aku ni dalam hidup dia tak banyak love story. Dia perempuan yang bijak dari UPSR sampai diploma cemerlang ja keputusan. 

Bulan 1 tahun ni kakak aku intern dekat sebuah negeri ni.

Kat sini lah bermulanya masalah. 

Ada seorang lelaki ni dia suka dekat kakak aku buat effort gila gila tunjuk sangat tergilakan kakak aku dia punya effort tu memang A++++

Bagi perempuan yang kurang pengalaman dalam percintaan macam kakak aku memang akan terpikat tanpa pikir panjang dekat laki tu. 

Kakak aku pun terima dia, bila topik perbualan kami tentang laki tu memang kakak aku puji kaw kaw, selalu update status laki tu tiap hari bagi makanan. Btw diorang sama tempat kerja.

One day kakak aku call tiba tiba bagitau nak kahwin dengan laki tu sebelum dia ambil degree bulan 9 ni…

That time I was in shock shack shock sangat terkejut! Takda angin takda ribut ya!

Bersungguh aku tanya kenapa kenapa kenapa jawapan yang aku dapat hanya sebab laki tu ajak kahwin awal sebab tak nak LDR nanti. Pastu sebab sayang. Kakak aku ni polos tau. 

Haih. Aku tak syak something bad pun sebab kakak aku baik ja. Aku tau aku kenal kakak aku. 

Esoknya pulak dia call aku lagi bagitau hal sebenar. 

Yang sebenarnya dia kena rape sebanyak 3 kali oleh boyfriend dia yang sama umur dengan dia!!

Aku sangat percaya tu rape sebab kakak aku takkan buat benda macam tu.. Dia bertahan sampai kena 3 kali tu sebab sayang dan itu bodoh. Aku memang takleh terima. 

Aku senyap senyap bagitau mak dan abah diorang contact HR tempat kerja kakak aku untuk panggil polis datang tolong kakak aku. 

Tapi semuanya sia sia lah. Kakak aku tak nak buat report pun dia nak kahwin. 

Dia cakap laki tu baik nak bertanggungjawab.

Tapi bagi aku dia lelaki tak baik sebab dia buat benda camtu kat kakak aku. 

Kakak aku cakap dia baik tapi tak reti kawal nafsu.. Bila aku dengar ni rasa darah mengalir laju jaaa wehhh apa jadi kalau diorang kawin nanti? Kalau awal awal okay kut, dah lama sikit?

Plus laki tu muda lagi… Bagi aku dia tak finish lagi dengan masa muda dia.. Nak berjimba jimba.. Fun fun sana sini.. 

Mak dan family aku sekarang ni kami tak tau dah macam mana nak nasihat kakak..

Aku kesian pada mak, aku nampak mata mak tak ready lepaskan anak sulung perempuan dia pergi.. Plus mak aku tengah sakit sekarang ni sakit jantung…

Mak aku ada cakap kalau segala nasihat tak jalan.. Mak aku setuju ja kalau dikahwinkan haihh aku ni pening kepala pikir ambil berat sebab adik beradik.. Kami ni rapat sangat… 

Tolong bagi pendapat anda anda sekalian.. Atau solusi yang sebenar? Mana tahu boleh permudahkan urusan kami jadi semoga Allah permudahkan urusan kalian semua, aamiin.

– Rahsia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Kalau betul kakak ko kena rogol, jgn kahwinkan. Try la pujuk lagi.

    Tapi kemungkinan besar memang sama suka. Takkan dia nk mengaku, tambah2 kt adik dia yg masuh muda. So dalam kes ni rasanya better kahwinkan je..

  2. dari cerita benda ni benda terlanjur, bukannya rape. sebab kakak relakan dan mungkin tanpa kekerasan pun. mungkin dia malu nak mengaku dengan adik

  3. Assalamualaikum, bg sy utk kes akk awak ni ..minta mak buat solat istikarah utk kakak bg petnjuk..tp kalau tny pendapat sy jgn bg kwen dgn lelaki mcm tu melainkn suka sama suka. sbb klau da kne sekali knp masih contact. dlm apa2 masalah minta jumpa 4 mata dgn lelaki tu sekali. tgk mcm mne cara dia.betanggungjwb ke x..sbb akak awk mude lg..jgn sia2 kan masa depan..apa2 pun minta petnjuk dr Allah .sy doakan semoga urusan cik sekeluarga dipermudahkan.

    • Assalamualaikum.. Bagi kes kakak awak, bawa pegi berubat dulu. Takutnya kakak awk tu terkena ‘guna2’ dek budak laki tu. Skrg mcm2 boleh jadi.. Kan? Dan 1 keluarga awk buat solat istikharah minta petunjuk dari Allah.. Semoga keluarga awk dilindungi dari segala musibah dan dipermudahkan segala urusan. InshaaAllah.. Semoga segala doa2 awk dimakbulkan dlm puasa ini. Aamiin..

  4. Kalau kena rogol , kakak kau mesti akan benci laki tu. So kawen kan je la diorg.
    Baik dan nafsu tu dia boleh ada sekali adik. So dari mengandung nanti halalkan je la. Dah laki tu nak tanggungjawab

  5. Betul jgk tu…xkan dia nak mengaku kalau suka sama suka…jatuh la air muka dia mcm dia pon nak jugak sedap tu

  6. Paksa kakak awak dengan bantuan keluarga lain spt ayah, cek betul ke dia kena rogol/zina. Kadang2 saje acah2 kata kena rogol or terlanjur supaya mak ayah cepat2 kawin kan diorang.

    Hmm bijak akademik tak semestinya bijak benda lain. Takut nnt kakak awak menyesal, kawin dgn jantan tak guna tu. Nak ke awak beriparkan org mcm tu? Kalau sy jd mak ayah awak pon x hingin sy bermenantukan dgn laki jahat tu

  7. Suruh kakak awak buat solat istikhorah, minta petunjuk dari Allah SWT.. lg satu, instinct atau naluri seorang ibu tu selalu nya benar.. klau ibu rse berat nk lepaskn kakak awk kpd org tu, baik jgn diteruskn, tp klaw ibu n ayah boleh ‘redha’ dgn kputusan kakak awk, mungkin juga org itu akn berubah jd baik.. wallahu a’lam..

  8. kalau betul kena rogol, buat medical checkup. ada beza ya kesan rogol atau rela hati sebab sayang. kalau suka sama suka kawin kan jelah, nasib akan datang baik/buruk kita sebagai ahli keluarga mampu tengok&nasihat je sebab itu masalah mereka laki bini.

  9. Lelaki yang baik tak akan rogol orang lain.

    Lelaki yang baik akan berusaha mengawal nafsunya.

    Lelaki yang kakak rogol kakak saudari bukanlah lelaki yang baik.

    Jangan kahwin.

  10. Buat solat istikharah, takut ada kemungkinan kakak awak kena sihir/pukau untuk suka lelaki tak guna tu.

    Mungkin juga kakak awak kena Stockholm Syndrome selepas kena rogol.

    Jangan kahwinkan mereka. Selamatkan dulu kakak awak. Ada banyak lagi lelaki yang lain yang lebih baik daripada perogol itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *