Kifarah Atau Ujian

Aku perempuan berumur 40 an, sudah berkahwin selama 13 tahun dan belum dikurniakan anak. Aku nak ceritakan tentang sesuatu hari ini, tidak tahu jika ini kifarah untuk aku atau ujian buat perkahwinan aku dan pasangan.

Aku pernah bersahabat rapat dengan rakan sekerja perempuan di awal perkahwinan ku. Ya, memang ibarat sahabat sejati cuma nya kami ini berbeza perwatakan.

Aku seorang yang lebih lembut perwatakan, manakala sahabatku seorang yang agak lincah dan lebih berani juga seorang yang lantang bersuara. Jika ada apa yang kurang puas hati dan tidak kena atau tidak adil di matanya tidak kira tentang dia atau tentang orang lain di sekitar nya.

Dia berani bersuara, di mana bagi aku sebagai seorang sahabat aku kadang rasa itu kesempatan yang baik untuk aku memiliki sahabat sebegitu rupa. Dia memiliki kelebihan yang lebih menonjol berikutan sikap nya yang lebih outstanding, dan mudah didekati banyak pihak juga diberi pengiktirafan yang agak baik di dalam kerja.

Kami bekerja di sebuah syarikat swasta yang sangat menghargai tenaga kerja walau kadang ada masanya terasa seperti satu persaingan bila ada pengiktirafan sebegini.

Maka, sahabat ku M ini tidak ketinggalan mendapat pengiktirafan oleh pihak syarikat berikutan kerjanya yang sangat baik. Dan aku jenis yang agak lambat (bukan tidak buat kerja) dan kurang bergaul dengan ramai kerana aku agak selective dalam berkawan.

Tanpa aku sedar, dalam persahabatan itu, aku menjadi seorang yang sangat toksik, aku mula menaruh rasa meluat terhadap sahabatku M yang kalau pergi mana mana, orang pertama yang akan disapa adalah dia.

Aku bukanlah orang yang dipulau juga, aku juga dilayan seperti biasa, orang lain juga mengenali aku sebagai seorang yang lemah lembut juga. Tapi, yang lebih outstanding adalah M berikutan sikap nya yang lincah, ramah dan berkebolehan tinggi.

Dalam diam aku rasa aku kurang dipandang kerana dia yang begitu overshadow di sisi ku. M dapat semua perhatian, sapaan setiap kali keluar bersama, penyelia atasan juga begitu mudah bergaul dengan M berikutan sikap nya yang mudah diajak bergaul.

Aku jika dengan atasan jadi kaku beku. Aku anggap apa yang M buat sebagai meluat dan bagi aku dia membodek atasan.

Namun ketika itu, ia hanyalah dalam fikiran sahaja. Tidak aku ekspresikan dalam kata mahupun perbuatan, kerana dalam aku merasakan demikian, aku tetap anggap M adalah kawan yang baik. Tidak dapat dinafikan.

Untuk pengetahuan, M masih bujang dan rupanya pun juga tidak lah buruk. Tapi dikategorikan sebagai sedap mata memandang. M ada beberapa peminat tapi M masih bujang kerana M baru sahaja putus cinta dengan rakan sekerja kami,

Tidak lama, Tanpa disangka hadir nya seorang rakan sekerja baru di syarikat kami bekerja, seorang yang berjawatan tinggi juga dalam syarikat menaruh perasaan pada M.

Saat aku mengetahui, entah mana syaitan yang merasuk aku. Aku rasa ini tidak adil. Rakan sekerja yang baru itu seorang lelaki 30 an, putih, handsome dan berjawatan seorang jurutera berkelulusan ijazah dari universiti yang terkenal juga.

Aku menjadi semakin rasa lain dan mula membanding, kerana husband aku hanyalah seorang kerani di sebuah syarikat firma guaman. Aku mula merasakan kenapa M begitu bertuah dan aku tidak. Kenapa dia dapat semua yang begitu bagus sedangkan aku tidak.

Aku pun bukan lah jahat mana, mcm kebanyakan orang seperti M juga tapi semua itu aku tiada peluang untuk dapat. Ketika itu aku tidak berfikir panjang, kalah dengan emosi sendiri. Jika dikenang kembali, alangkah bodohnya aku.

Aku melakukan sesuatu yang kemudian nya sampai kini aku tertanya adakah kerana itu aku dibalas dengan ujian tiada anak sehingga kini. Kerana aku memperlekehkan sahabat aku sendiri, aku tahu dia seorang yang baik dan menjaga diri dengan baik tapi dek kerana aku tidak mahu dia dapat laki yang sebegitu perfect.

Aku telah melakukan sesuatu hal yang besar iaitu fitnah demi untuk menjatuhkan maruahnya. Aku membiarkan rakan sekerja yang lain berfikir dia bukan lah perempuan yang baik demi untuk aku memastikan dia tidak dapat semua yang baik.

Ya, aku berjaya. Aku menggunakan perwatakan sopan aku untuk mengaburi orang sekeliling seolah perkataan ku benar. Malah, M telah terasa dengan aku dan menjauhi aku sejak dari itu. Aku juga tidak mahu kalah, aku teruskan fitnah aku sehingga M yang dulu nya cemerlang di mata semua orang hampir dipulau semua orang.

Semua orang menganggap M sombong dan meninggalkan aku begitu sahaja sebagai kawan. Aku yang tadi nya takut perbuatan ku diketahui, berpura dengan dalil dalil ku dan aku berjaya.

Kerana aku percaya, setiap tempat kerja akan menyokong orang yang sikap nya sopan lembut dan jarang marah berbanding M yang beremosi dek perbuatanku, tapi rakan sepejabat menganggap sikap emosi M keterlaluan dan tidak perlu.

Jadi aku sengaja mengawal emosi ku biar tampak tenang dan terjaga demi untuk mengaburi, malah aku memberitahu yang aku tidak tahu menahu kenapa M memarahiku secara tiba tiba, M tahu apa yang cuba aku lakukan kerana itu M sangat terkilan.

Tapi tak siapa percaya yang reaksi M adalah kerana perbuatanku. Aku telah memfitnah M perempuan yang suka bertukar lelaki sebab itu tidak pernah berjaya dalam hubungan cinta. Malah aku memberi gambaran yang M bukan lah perempuan baik dalam menjaga maruah diri.walau aku sendiri tidak pasti.

Ya Allah, bila diingat kembali, jahatnya aku. Aku block status whatsapp, unfollow FB dan IG M supaya M tidak tahu apa pun tentang ku tetapi aku memberitahu yang M block aku kpd rakan sepejabat.

Sekali lagi kecaman buat M kerana seperti terlalu berlebihan dalam beremosi dan seolah tidak mengenang nilai persahabatan yang telah terjalin..

Aku happy kerana masa itu pertama kali nya aku dapat mengalahkan M. Aku mendapat sokongan. Semua memuji aku yang selama ini bgitu sabar dengan M dek sikap aku yang lembut, dan M dilihat sebagai cepat emosi.

Fast forward, M pindah ke tempat kerja baru , negeri lain ke negeri bawah bayu dan menghilang dari radarku. M stop setiap komunikasi denganku. M tidak cakap banyak, M ignore aku sepenuhnya selepas itu.

Bertahun berlalu, tiada siapa tahu cerita sebenar atau pun aku tidak pernah diberitahu kebenaran yang mereka sudah tahu. Aku yakin tiada siapa tahu kebenaran yang sebenar. Tapi, sebalik nya juga, Tuhan bukak mata aku untuk melihat kebenaran sebenar tentang M yang aku sakiti.

Jurutera yang suka M bukan lah pilihan M, M tidak pernah bercinta pun dengan M tapi jurutera itu memang ada usaha untuk mendapatkan M. Tapi M tidak beri respon positif berikutan M tidak yakin bagaimana seorang yang sebegitu perfect boleh menyukai nya.

M jadi sedar diri. M tidak yakin jika jurutera itu benar suka kan M atau hanya sekadar test market. M tidak sanggup ambil risiko jika disia – siakan.

Ini kerana M pernah melalui hubungan cinta yang hampir ke jinjang pelamin tapi musnah di saat akhir iaitu sehari sebelum hari perkahwinan, M jadi sangat berhati hati.

Kisah pelamin angan musnah M ini berlaku sebelum M bertemu dan bersahabat dengan ku. Tapi M tidak pernah menceritakan pada ku hal ini.

Kerana menurut rakan lain, sejak itu juga M melihat sendiri kebaikan perempuan harus menjaga diri, kerana kata M, pendirian menjaga diri lah menyelamatkan M dari bertindak gila bila pelamin angan nya musnah.

Kecewa dan trauma itu ada tapi M bersyukur kerana menjaga maruah diri, saat perkahwinan tidak jadi, M masih ada kekuatan untuk move on kerana tiada aib diri yang lebih teruk terkorban. Manakala, Jurutera itu telah berkahwin kemudian nya dengan orang kampung nya sendiri, seorang cikgu.

M juga telah berkahwin dengan seorang rakan sekerjanya di tempat baru nya, seorang pekerja biasa dalam syarikat dan memiliki 2 orang anak malah akan menimang cahaya mata ketiga 1 bulan lagi.

Aku mengetahui tentang nya melalui bualan rakan di depan ku. Aku ingat aku happy bila mengetahui jodoh nya orang biasa.

Namun, saat aku curi melihat status instagram nya sewaktu duduk bersama dengan rakan sepejabat ku yang lain, mereka menunjukkan post M yang berkongsi khabar tidak sabar menunggu kelahiran bayinya dalam masa terdekat, dia kelihatan begitu happy.

IG nya dipenuhi dengan life update seperti video masak, anak anak, percutian bersama keluarga kecil juga post kereta baru. Malah aku mendengar, M juga sudah membeli dua buah rumah, M yang aku kenal memang sejenis pandai manage kewangan.

Entah kenapa tiba tiba aku tersentak, aku berfikir aku puas hati menjatuhkan nya. Tapi dia seolah tidak pernah kisah akan aku, dia kemudian nya betul betul block aku dan tidak lagi peduli.

Aku ingat aku sudah berjaya tapi tanpa aku sedar, saat aku gembira aku dan ada banyak rakan bagi sokongan untuk menentang nya, kuberbangga kerana berjaya tunjukkan dengan semua orang dia bukan lah hebat mana, baik mana, berjaya mana, dia pilih tidak jelaskan apa apa.

Dia lupakan aku dan mencipta kegembiraan sendiri. Dia lalui hidup nya tetap gembira dan aku yang begitu bangga dengan apa yang telah aku buat, lupa, aku masih di tempat yang sama.

Meniti usia perkahwinan tanpa memiliki anak, hidup seperti orang bujang, malah aku sentap bila rakan sekerja bermulut celupar yang berani mengatakan tentang aku berkata, “kalau bujang tiada anak ok lagi, hidup bujang sah2 bujang, daripada kahwin belum ada anak terasa begitu stuck kehidupan”.

Aku terima sindiran seperti mana aku buat M dulu. Baru aku sedar sakit nya kesan fitnah. Aku lupa fokus akan benda yang lebih penting demi untuk gagalkan orang lain mendapatkan sesuatu yang lebih baik daripada aku. Aku terlalu ingin menang.

Tanpa aku sedar M ignore aku dan fokus terus dengan tujuan hidupnya. Berkahwin, memiliki anak, membeli rumah, tukar kereta baru, melanjutkan pelajaran.

Aku..? Aku juga punya sebuah rumah hasil perkongsian loan aku dengan suami. Kereta masih kereta lama. Ada plan untuk bertukar tapi tabung simpanan untuk deposit kereta selalu bocor.

Sejak aku tersedar hidup aku tidak bergerak seolah satu kifarah untuk aku kerana aku begitu beria untuk menjatuhkan M dulu.

Setiap malam aku tidak berhenti berfikir dan overthinking, aku mengenang soal memiliki anak yang sampai sekarang aku berharap, aku teringat kembali fitnah maruah yang aku tebarkan terhadap M.

Kini, Aku diuji dengan adik perempuan ku mengandung tanpa menikah, manakala, seorang sepupu rapatku yang juga sepejabat dengan aku ditangkap khalwat bersama dengan pasangan nya dan kemudian terpaksa bernikah demi menutup malu.

Semua ini ibarat memulangkan balik paku serpih iaitu fitnah yang aku sebarkan dulu di pejabat. Adakah ini kifarah untuk aku? Terasa malu sendiri.

Jadi, untuk semua, belajar lah dari kesilapan ku. Kita perempuan seharusnya saling menyokong dan meraikan kelebihan rakan kita secara baik.

Maruah adalah mahkota wanita, janganlah menjatuhkan mahkota wanita lain tanpa sahih. Berbangga lah punya sahabat yang menjaga mahkota diri kerana mereka juga mewakili kita untuk tetap mengangkat maruah wanita. Bukan menjadi wanita yang gembira seperti aku memfitnah maruah sesama wanita.

Tuhan memberikan aku merasai kesan fitnah juga selepas itu berikutan ku belum memiliki zuriat. Pelbagai tanggapan seperti aku hidup seperti bujang, tidak aktif bersenam, obes, mandul, tiada kehidupan kerana dengan hanya datang pejabat, balik pejabat,

Kualiti hidup aku tak menarik dan segala macam komen yang menyakitkan hati walhal aku juga manusia biasa yang telah lelah berusaha mendapatkan zuriat.

Kepada M, aku minta maaf sangat. Aku tak sepatut nya tuduh kau perempuan mudah menyerah tubuh dengan lelaki tanpa aku lihat diri aku yang lebih teruk. Orang tidak judge aku, kerana Tuhan tutup aib aku.

Aku lebih teruk, aku lah yang berzina sebelum berkahwin dengan suami ku ini (maaf bukan niat buka aib secara terbuka, tapi sini aku tak dikenali) tapi tetap aku fitnah kau demi kerana aku meluat melihat kau begitu bertuah dan bertemu peluang yang sentiasa bagus.

Aku tahu kau sangat menjaga diri jadi aku pilih untuk fitnah kau soal kehormatan diri, kerana aku tahu dan mahu ia untuk sangat2 menyakitkan kau. Maafkan aku. Aku tahu masa tidak dapat aku putar balik pun. Ampunilah aku M.

Kini aku terima apa yang aku lakukan. Aku tahu mungkin kita tidak akan bertemu lagi di media sosial kerana kau seboleh boleh nya akan menutup segala akses aku terhadap kau. Aku faham.

Jika terbaca ini, maafkan lah aku. Kini aku sedar. Aku terlalu malu untuk berhadapan dengan kau untuk mengungkapkan semua ini. Doakan suatu masa maafku ini, aku mampu panjangkan kepada kau secara berdepan.
Maafkan aku.

Yang play victim,

– Mrs BTS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. bagi saya benda paling teruk sekali di dunia ialah fitnah dan tikam belakang ni. akak minta maaf kt sini buat apa gi la minta maaf kt tuan badan yg akak fitnah tu. sepanjang saya hidup tk pernah lg tngok org yg fitnah org lain ni hidup dia happy sbb dia akan sentiasa hidup dalam ‘guilty-conscience’. boleh jadi dua2 kifarah dan ujian jugak utk akak, org yg teraniaya ni doa dia tkde hijab.

    • sy pun setuju jugak..pergi la rendahkan ego tu dan minta maaf sendri pada tuan badan..sy pn dah berkahwin 6 thun dan tiada zuriat tp pling pantang dlm hidup sy kalau tikam belakang apa lagi fitnah..dalam hidup kite apa yg kite nak tp xdpt pls balik pada diri..muhasabah diri knp semua tu xada pada kita. sy hrp awk cube la cri dan minta maaf pada tuan badan. fitnah yg awk buat pun tak tau betapa besarnya dosa selagi org tu percaya walaupun bnde tu da lama berlalu.

  2. Alhamdulillah, you’re recognising your
    own fault. Now, rectify your mistakes and apologies or make amends with M.
    Avoid hurting others because the pain you cause may come back to you in another form. Allāh is Just, The All Hearing, All Seeing and you’ll be held accountable for your actions.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *