Salam semua. Aku tak pasti aku terlalu sensitive atau perasaan je. Tapi kalau terlalu sensitive benda ni sebenarnya dah lama. Aku berani nak meluah lepas terbaca kisah keluarga narsistik.
Aku kenalkan diri sebagai Deeja. Ada 3 abang dan 2 adik perempuan. Hubungan aku dengan adik perempuan nama Alia ni tak ngam sebab dia selalu berpura2 depan semua orang. Seolah olah kalau apa2 berlaku dia lah mangsa.
Apa yang buat aku terasa lagi2 dengan ibu dan ayah aku adalah mereka selalu cakap dekat aku jangan beza beza kan adik beradik. Masalahnya adik aku tu asyik buat hal menyakitkan hati aku berbanding adik beradik lain.
Mak ayah aku bukan nak nasihatkan adik aku tapi selalu suruh aku yang mengalah suruh aku layan elok2. Padahal aku tak de buat apa2 just tak bercakap je dengan dia sebab kalau aku bercakap ada je benda yang dia buat aku sakit hati.
Adik aku ni pernah mencuri duit ayah aku, duit mak aku, rantai mak aku smpai tergadai la. Tapi mak aku tetap maafkan dan tantang sepenuh hati. Time adik aku kawin macam2 mak aku sediakan tapi time aku kawin semua atas aku 100%.
Sampaikan duit salam pengantin pun mak aku ambik bahagian dia dulu (mula2 dia cakap dia nak uruskn bahagian makanan tapi last2 aku kena bayar jugak padahal yang mak aku cari tu mahal nak mampus tapi sebab dia nak bagi kat member dia kan). Bab ni takpe la. Aku redha jela.
Yang paling aku terasa layanan mak aku, bila aku balik rumah mak ayah aku dengan harapan dapat berbuka sama2, tapi dorang pergi berbuka di surau. Tapi kalau adik atau anak2 lain balik, beria masak itu ini. Sedih aku.
Masa makan di kedai, aku n suami n anak sampai lambat sikit. Maksudnya mak aku dah order siap2 dah apa nak di makan bersama. Time ni abang aku dan family dia ada. Bila makanan smpai kami tunggu azan dulu. Buka sekadar alas perut dan pergi solat. Lepas tu smbung makan.
Apa yang sedihnya mak aku ambik lauk siap2 untuk anak buah aku dan abang aku. Yang tinggal dalam pinggan lauk tu sikit je. Dah seolah olah sisa je. Sedih aku padahal aku depan mata.
Anak sedara aku dah menjerit2 cakap cukup nenek cukup nenek. Tak mau dah (sebab pinggan penuh dengan lauk). Tapi yang tinggal kat aku dan suami tulang n isinya yang sisa sisa sahaja.
Bab bilik rumah pulak, semua adik beradik aku dh kawin kecuali si bongsu. Dan aku ada bilik sendiri (dari kecik aku tak pernah ada bilik sendiri tapi lepas pindah ada la peluang dapat bilik sendiri).
Bila semua berkumpul mak aku suruh aku share bilik dengan abang aku sebab kak ipar akan nak selesa padahal sebelum ni dorang menumpang dekat bilik adik bongsu aku yang perempuan tu.
Padahal bilik aku tu siang hari dah dijadikan bilik perempuan untuk sedara2 perempuan aku tumpang solat baring apa semua. So malam aku nak la privacy aku anak dan suami sebab aku masih lagi menyusu anak. Sedih aku asyik aku je kena mengalah.
Untuk pengetahuan semua mak ayah aku dah pencen. Jadi masanya banyak terluang. Mak aku suka sangat ke rumah abang aku di pahang, terengganu, perak, melaka. Tapi rumah aku di negeri sembilan tak pernah sekali pun jejak padahal aku dah dua tahun pindah sini.
Jarak shah alam ke rumah aku sejam sahaja. Tapi sekali pun tak pernah datang. Masa aku pindah dulu aku peknen. Angkat barang dengan suami sahaja walapun jenuh aku cakap aku nak pindah sekian hari sekian tempat. Sikit pun tak de rasa nak tolong.
Tapi abang aku nak pindah, kalut tolong carikan rumah sewa. Sanggup ke melaka ulang alik sebab nak pergi view rumah sewa. Tu baru view, masa pindah 3 4 kali pergi sana. Padahal otw ke sana lalu depan rumah aku je. Tapi tak singgah. Sedih kan.
Aku ajar anak aku jgn rampas barang dekat tangan orang (anak buah aku yang lain). Alhamdulliah anak aku faham. Kalau nak apa2 mintak.
Ada suatu hari adik aku bagi mainan dekat anak aku. Elok je dalam pastik tapi mak aku rampas pergi letak dekat tempat tinggi. Katanya nanti sepah.
Ya Allah terasa sungguh aku. Padahal anak sedara aku yang lain buat sepah 1 rumah tak pernah pun mak aku buat mcm tu. Anak aku kalau main 1 mainan, yang lain dia tak kan sentuh. Sedih kan
Ada sekali tu aku sakit sangat2. Mak aku tahu tapi takde pun datang ziarah aku. Ada sekali aku nak ke hospital jadi terpaksa tinggal kan ank kejap dekat rumah mak aku sebab rumah mak aku paling dekat dengan hospital tu.
Kalau nak tinggal rumah pengasuh aku jadi kasian sebab sampai lewat malam nanti. Kalau dengan family sendiri aku lega la. Lepas tu aku dapat balik awal jam 12 tengahari.
Masa sampai rumah mak terus mak cakap penat nak jaga anak aku itu ini. Padahal anak aku paling senang dijaga antara anak2 sedara aku. Ni apa yang adik beradik aku cakap sebenarnya. Kat sini aku dah terasa. Aku dengan keadaan lemah terus ambik anak masuk bilik.
Ada sekali tu adik aku kat johor sakit perut sampai masuk. Mak aku dengan ayah aku subuh2 terus gerak ke sana. Apa perasaan korang? Time aku yang mmg betul2 sakit teruk takde pulak mak ayah aku nak datang. Sampaikan aku pergi hospital n uruskn anak sendri.
Tapi adik aku tu, mak ayah aku siap bawak balik anaknya yang dah 5 tahun tu ke shah alam. Padahal anak nya takde la perlukan perhatian sangat dah berbanding anak aku yang umurnya 10 bulan.
Alsan nak bagi adik aku rehat tenang. Bila anak sedara aku tu buat sepah n kencing merata, mak aku tak pernah bersungut kat adik aku. Dia bagitahu aku je untuk melepaskan perasaan. Tapi depan adik beradik aku tetap manjakan sebab nak jaga hati dorang.
Bila adik beradik aku balik rumah mak aku, semua dapat layanan baik, dimasak masakan sedap2. Kalau aku balik, mak aku cakap mak tak masak ni. Pandai2 la aku dengan laki aku cari makanan.
Ada sekali tu aku cakap otw nak balik, time tu abang aku pun otw balik jugak. Tapi tak bagitahu mak aku. Dorang sampai dulu. Aku sampai dalam 30minit kemudian. Lepasvtu aku smpai tengok dorang tengah makan tapi lauk dah habis.
Mak aku cakap la ingatkan main2. Lauk habis dah la. Ni tinggal sikit ni mak nak ratah. Aku pun cakap takpela nanti keluar beli. Tetiba anak sedara aku cakap nak makan lagi nak tambah lagi. Terus mak aku cakap kejap ye nenek masak. Apa perasaan korang?
Ni semua adik beradik aku berpakat nak berbuka hari ahad sebab aku keje hari sbtu. Tapi mak aku tetap nak buat makan2 hari sbtu. Sedihkan.
Bila abang aku ajak pergi mana2 laju je boleh siap sponsor lagi. Bila aku ajak pergi air terjun je, terus cakap nanti semua datang la kita pergi. Bila aku bagi idea untuk buat family day, mak aku terus cakap nak collect duit.
Padahal kalau abang atau adik aku caakp, atau ajak ke mana2 sikit pun dorang tak keluarkan duit sendiri. Pergi sunway lagoon pun sponsor semua. Padahal tahu aku ada dekat area berdekatan tapi takde ajak. Sedih kan.
Haritu pun pergi kebun buah mak aku belikan ticket tuk family abang dan adik aku. Aku kena beli sendiri. Padahal kitaorang sampai sama2.
Dulu mak aku selalu cakap dekat adik beradik dia yang dia tak suka arwah nenek n atuk layan dorang adik beradik tak adil. Siap keluarkan ayat, tak sedar ke dalam diam atuk n nenek aku tu derhaka dekat anak2. Tapi sekarang mak aku pulak buat benda yang sama kat aku.
Doakan aku kuat ye..
– Deeja Khalid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit