Dilema Perkahwinan

Asalamualaikum semua,. Nama saya Amri. Saya berkahwin di usia yang muda dan dikurniakan seorang anak.

Kampung isteri saya dekat dengan rumah yang kami tinggal sekarang dalam 30 minit dah boleh sampai.

Pada awal perkahwinan semuanya sangat indah. Saya jenis lelaki yang tidak suka lepak, balik kerja hanya dirumah. Banyak menghabiskan masa bersama family sahaja.

Masalah yang saya hadapi sekarang ialah hampir setiap minggu isteri saya suruh balik kampung dia.

Kami berdua bekerja 6 hari seminggu, hanya ada hari ahad untuk kami luang masa bersama, kemas rumah, basuh baju, potong rumput dan sebagainya.

Tapi sekarang hampir tiap minggu pada malam sabtu saya dipaksa untuk balik ke kampung halamannya. Dan balik ke rumah semula pada ahad petang.

Apa je yang saya mampu buat dari petang ke malam hari ahad tu? Sangat rushing and penat.

Kalau saya bagi cadangan untuk tidak balik kampung pada weekend, isteri akan tarik muka. Masak sambil hempas barang, tak nak bercakap, tak nak bersama and badmood sepanjang hari.

Hampir tiap minggu saya makan hati dengan perbuatan mcam ni. Isteri macam tak boleh settle down dengan dia punya family.

Hari-hari macam nak balik rumah family sedangkan dia sudah berumah tangga dan ada anak.

Kalau tak di ikut kehendaknya, memang malang la weekend saya minggu tersebut.

Kadang-kadang rasa nak suruh je isteri tu duduk dengan family, tak payah balik rumah lagi.

Boleh tak tuan, puan bagi cadangan penyelesaian untuk masalah saya?

Saya masih muda dan perlukan nasihat.

Terima kasih.

– Amri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mcm sy, jarak sy dgn rumah parent 30min manakala dgn rumah fil 1jam lebih. Maybe kalau tt berkemampuan, boleh suh isteri tt jd surirumah n seminggu sekali boleh bg keizinan pada isteri tt unt balik sendiri ke rumah parent dn bkn ketika waktu tt cuti.. sbb sy mcm tu, seminggu sekali nk kena balik rumah parent unt recharge emosi dn kekuatan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *