Ugly Privilege

Asyik² pretty privilege je kan.. Aku tak pasti pernah tak orang tulis pasal ni di IIUM Confession. Kalau dah pernah, tak pe la, ni cerita dari POV aku..

Aku gemuk dari sekolah rendah. Kuat makan sampai sekarang. Aku ni takde la huduh sangat, tapi sebabkan gemuk, aku jatuh dalam kategori huduh di mata dunia. Paling rendah berat aku semasa dewasa ialah 85kg (habis diet la ni).

Sekarang berat aku lingkungan 140kg. Memang gemuk sangat, aku sendiri tengok cermin bila nak betulkan tudung atau nak picit jerawat ja. Lol.

Ni apa yang aku “nikmati” menjadi orang gemuk.

1) Boleh dikatakan hampir tak pernah diganggu orang. Cat call ke omputih cakap. Cuma pernah la ada sekali pak cik fat fetish ni tetiba bisik kat aku, dia suka cutting badan macam aku. OMG, ada juga orang gila macam tu.

2) Aku selamat kalau keluar malam². Tak de siapa nak kidnap aku, ligan aku ka. Of course aku pun baca doa.. mungkin doa tu sama yang lindung aku

3) Aku tak pernah ada boyfriend. Sebab dari kecik aku gemuk, aku mmg rendah diri sangat. Tak pernah nak berkenalan dengan sesiapa. Jadi aku tak terlibat dengan zina.

Aku kenal diri aku, aku rasa kalau aku ni kurus, mesti aku gedik merenyam macam budak² lain. So, gemuk jauhkan diri aku dari zina (dan jodoh)

4) Jarang orang nak cari gaduh dengan aku. Dulu aku kerja customer service, selalunya orang fikir 2,3 kali nak jerkah aku (walau salah kompeni).

Aku perasan, bila gemuk terlampau ni, orang jarang dah nak kutuk kau depan², tak macam masa aku gemuk sikit² dulu. Orang lagi suka usik masa tu.

Sekarang bila dah terlampau gemuk, depa jadi takut nak usik. Namun, ada je sebilangan kecik yang masih mengusik, aku buat dono ja. Faktor umur agaknya.

Takde dah kot.. Itu je la “manfaat” menjadi gemuk. Kalau korang ada “manfaat” lain cuba tulis di ruangan komen.

P/s – sebenarnya lebih banyak keburukan menjadi gemuk. Kalau aku senaraikan mau menangis pula nanti. Pengajaran, jagalah berat badan korang..

– mokmok (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hodoh tu macam mana? Jangan fikir macam tu. Setiap ciptaan Allah adalah ciptaan yang terindah. “Beauty is on the eye of the beholder.” Always believe yang you cantik and akan nampak cantik di mata orang yang tepat. Jangan rendah diri. Jangan kutuk diri sendiri juga. Takut menjadi satu doa.
    At least kita masih sempurna anggota badan. Chin up and love yourself.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *