Bagai Tinggal Bersama Housemate Saja II

Terima kasih kepada mereka yang memberi nasihat kepada saya seperti dalam part 1 (https://iiumc.com/bagai-tinggal-bersama-housemate-saja/).

Saya sangat menghargai nasihat-nasihat yang diberikan dan semestinya sudah menjangka outcome atau jawapan daripada pembaca semua.

Ramai yang berkata, kerja semula sahaja sebab terlalu banyak masa untuk berfikir bukan-bukan.

Saya tak nafikan kebenaran dalam cadangan ni. Alasan berhenti sebelum ni pun sebab tak dapat fokus menjaga suami 100% kerana faktor kerja lama.

Saya sebelum ini bekerja mengikut syif 24 jam. Ada masa bekerja syif malam, ada masa syif pagi dan saya sentiasa on the phone kerana bekerja di bawah syarikat international.

Jadi bila masa saja la agaknya dapat betul-betul berbual dengan suami kan?

Kiranya ingat berhenti kerja macam tu,selamat la. Tepuk dahi bila fikirkan balik betapa innocent and bodohnya pengorbanan itu sekarang.

Tapi kelakarnya bila saya cakap saya nak bekerja semula, suami jadi gelabah dan huru-hara.

Nanti asyiklah dikatakan bukan tujuan asalnya nak suruh bekerja semula,tapi nak suruh fahamkan yang dia sibuk bekerja. Sibuk apa? Entahlah.

Tapi iyelah, bukan mudahkan nak terus dapat bekerja semula dalam ekonomi sekarang. Tapi takpelah, kita cuba juga walaupun belum berhasil.

Nak buat kerja baking atau menjahit, tak ada skill pulak. Belajar sampai peringkat Sarjana pun terasa seperti tak ada gunanya.

Ingatkan ilmu yang ada tu boleh lah nak salur mendidik anak kat rumah. Orang kata, biar jadi domestic engineer yang berpendidikan, tak gitu?

Malangnya kaki dah naik sampai kepala pulak.. Waduh waduhh pening kepala! Mood nak mendidik pun dah tawar kalau perangai terus-terusan macam ni.

Bak kata pembaca semua, buat apalah bersusah-payah. Maknya kan masih hidup. Betullah tu, setuju.

Dalam hal batin pula, masihlah begitu saja. Terbaru bila saya kata rindu nak bermanja, suami boleh berkata, “Eh, aku fu¢k kau tu kira bermanja dahlah tu!”

Terkedu kita awak! Macam mana pula urusan bermanja, bergurau-senda suami isteri tu disamakan dengan berjimak saja? Kat mana kurangnya kita ni lagi kalau dah cakap macam tu?

Mampu lari masuk bilik nangis kat bucu katil je menangis semalaman tanpa dipujuk ke apa ke. Pandai-pandailah urus perasaan sendiri esok lusa.

Truth to be told, saya sekarang ni bertahan dengan berdoa pada Allah swt saja. Luahkan perasaan pada Dia.

Ada harinya saya menangis sebelum berselang-seli ketawa sendirian. Ada masa saya termenung saja ke luar rumah dari tingkat 17 ni. Ada masa bergaduh sebelum saya tiba-tiba tergelak sendiri tanpa sebab.

Saya tak tau nak buat apa dah. Takkan nak keluar bersosial sepanjang masa demi ubatkan hati tiap kali di rumah. Saya isteri orang, bukan bujang.

Tau ada yang nak lastik dahi ni geram membaca, tapi takpe. Saya terima segala kritikan, pandangan dan nasihat diberikan.

Cuma mohon doakanlah saya mampu bertahan hadapi dugaan ni. Dan semoga saya tidak dikurniakan anak sendiri lagi buat masa ini, bukan menidakkan rezeki tapi keadaan belum sesuai.

– Kejora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *