Kahwin Dan Tiroid

Assalamualaikum. Aku perempuan umur pertengahan 20-an. Belum berkahwin. Kerja di bandaraya dengan pekerjaan tetap. Dan aku adalah pesakit Hyperthyroidism.

Tahun 2021 aku telah di diagnose dengan penyakit tiroid. Sehingga sekarang aku perlu memakan ubat carbimazole mengikut dose yang ditetapkan oleh Dr.

Sepanjang tahun itu juga, rawatan yang aku dapat adalah makan ubat, ambil darah untuk kenal pasti bacaan tiroid dalam darah dan berjumpa Dr. untuk consultation.

Untuk pengetahuan korang, Dr. yang consult aku ni adalah Dr. yang berbeza-beza. Jadi penerangan mereka pada pesakit pun berbeza-beza. 3 bulan lepas sebelum Ramadan, aku ada appointment dengan hospital pakar.

Pada masa itu Dr. Perempuan yang consults aku. Dr. Perempuan ni mencadangkan untuk ambil iodin disebabkan aku ni tak compliance makan ubat. Punca aku tak compliance tu sebab aku dah bosan makan ubat dan dah penat nak kena jalani rutin pergi ke hospital.

Dr. Perempuan ni bagi tahu bila aku dah minum iodine, aku tak perlu makan ubat lagi dan rawatan dengan Dr. boleh dikurangkan kepada 2 kali setahun untuk monitor penyakit ni.

Tapi ada pantang selepas minum iodine, yang mana aku perlu kuarantin seminggu. Tak boleh dekat dengan manusia dan haiwan disebabkan radiasi dari iodine tu. Dan satu lagi tidak boleh merancang untuk mengadung selama setahun.

Part tak boleh merancang mengadung ni jadi satu masalah dekat aku disebabkan aku ada perancangan untuk kahwin pada hujung atau awal tahun.

Aku pulak tak bagi tahu pasal penyakit ni dekat bakal suami sebab takut kena reject. Progress hubungan kami ni pulak dah bawak jumpa kedua-dua family.

Berbalik semula dekat Dr. Perempuan tu, aku mintak diberikan masa untuk aku bagi jawapan berkenaan rawatan iodine tu. Dalam tempoh 3 bulan selepas consultation dengan Dr. Perempuan tu, aku tanya pendapat mak.

Mak aku mintak aku sambung buat rawatan dekat hospital swasta. Mungkin Mak aku ni rasa dekat hospital swasta boleh bagi aku cepat sembuh sebelum aku kahwin.

Mak aku ni pulak memang berharap sangat aku kawin dengan lelaki ni. Tapi aku pulak tak berharap dekat lelaki ni tapi aku follow the flow je. Sebab aku sedar yang aku ada penyakit tiroid dan penyakit tiroid ni pulak adalah masalah pada perempuan mengandung.

Aku tak nak disebabkan penyakit aku, boleh jadi punca masalah rumah tangga. Keputusan aku pulak pada masa ni, aku nak ambil iodine tu dan nak bagi tahu dekat lelaki ni pasal penyakit ni tapi aku tak berani lagi nak confess kat dia.

3 bulan kemudian aku datang untuk jumpa dengan Dr. untuk rawatan susulan. Kali ni Dr. Lelaki pulak yang consult aku.

Dari penerangan dia pulak, selepas ambil iodine, aku kena ambil ubat replacement selama-lamanya. Ubat replacement ini untuk meningkatkan hormon disebabkan iodine tu telah menghapuskan semua sel tiroid. Dalam kes ni sakit ni berubah menjadi Hypothyroid.

Dr. Lelaki ni cadangakan dekat aku untuk teruskan ambil ubat carbimazol sebab ubat ni boleh kawal tiroid aku dan tiada kesan atau tidak balas kepada sel darah putih dan fungsi hati.

Dia pun bagi tahu aku perempuan yang ada penyakit ini masih boleh mengandung dengan pengawasan Dr. dan rawatan. At the end, aku tak bagi tahu keputusan untuk rawatan iodine sebab macam lagi worst dari yang sekarang ini.

Habis consultation dengan Dr. Aku pergi ke farmasi pulak untuk ambil ubat. Sambil tunggu giliran, aku menangis kenangkan nasib aku macam ni. Dalam masa yang sama aku nekad nak membujang je. Tapi aku takut nak bagi tahu mak aku.

Aku pun harap yang bakal tunang pun tak nak teruskan juga hubungan ni. Aku ni orangnya mudah sebak pasal kahwin lambat tapi nak tak nak kena terima sebab aku ada penyakit tiroid.

Aku tak nak susahkan bakal tunang bila dah kahwin nanti. Lagi pun aku rasa aku boleh teruskan hidup dengan status bujang tanpa pasangan. Keutamaan aku sekarang adalah kerja, baru keluarga.

Aku ni introvert dan tertutup dengan keluarga sendiri tapi character aku boleh extrovert dengan orang luar selain keluarga sendiri.

Aku jenis yang open dan banyak cakap dengan orang luar. Tapi aku tidaklah selesa kongsi masalah kat mereka sebab tu aku luahkan dekat sini.

Harapnya adalah pembaca luahkan aku ni memberi kata-kata positif. Dan kalau ada bekas pesakit tiroid yang dah sembuh dari penyakit ini, harap dapatlah kongsi rawatan korang untuk aku dan pesakit lain ikhtiar.

Semoga kita semua ditakdirkan dengan yang baik-baik sahaja InsyaAllah.. Aamiin.

– Atma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. hi sis, saya pun pesakit hyperthyroidism tp bukan baru lg dh lama dari tahun 2011 berlarutan sbb on off makan ubat. umur sekarang baru masuk 3 series, berkahwin 2021 dan dh dikurniakan sorg anak. sis jgn sedih saya pon mcm sis awal2 dulu memilih utk membujang atas faktor penyakit ni yg tk pernah sembuh tp perancangan Allah tu adalah yg terbaik, saya berkenalan dgn seorang lelaki dan saya berterus terang je dgn dia yg saya ada penyakit dia terima atau tak itu belakang cerita. Alhamdulillah suami sangatlah seorang yg memahami dan menyokong saya. masa awal pon doktor tk galakkan mengandung bukan tk boleh tp masa mengandung kene follow strict nasihat doktor. Alhamdulillah anak lahir sihat sahaja. sekarang pun saya masih ada penyakit hyperthyroid ni dan sedang follow up treatment dgn doktor pakar. percayalah sis, ada yg mengandung baru detect dia ada hyperthyroid. masa saya mengandung dulu boleh dikatakan ramai ibu2 yg berjumpa doktor pakar atas sbb ada hyperthyroid semasa mengandung. saya pun ada kenalan yg hyperthyroid dan mengandung kembar Alhamdulillah sihat ibu dan kembar hanya perlu follow je naihat doktor dan jgn tinggal ubat. saya pun plan utk ambil iodine dan betul perlu ambil ubat utk replace hormon. Inshaallah sis ada hikmah dan ada manisnya ujian ni. bagi saya, manisnya ujian saya ada thyroid ni adalah saya dapat lihat kasih sayang suami saya yg tk berbelah bagi. Inshaallah sis semuanya akan baik2, sis jujur shj pada bakal pasangan inshaallah dia akan faham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *