Menagih Kasih

Aku Mariam. Umur aku 25 tahun dan sudah berkahwin selama 5 tahun. Aku nak buat satu confession tentang keadaan yang aku alami.

Kalau ikutkan sebenarnya aku memang dah tak nak dah berjuang dengan perkahwinan macam ni, tapi entahlah kenapa hati ni masih berharap ada sedikit keajaiban yang mengubah semua ni supaya jadi seperti sediakala.

Awal perkahwinan kami dikurniakan seorang zuriat. Memang waktu tu bunting pelamin orang cakap. Tahun kedua perkahwinan masa anak kami nak masuk setahun, kami diuji dari segi kewangan.

Masa tu rumah sewa yang kami sewa bulan-bulan yang kena bayar bawah harga market dalam 600 sebulan tu kena jual sebab ownernya dah bankrap. Jadi kami lagi bini terpaksa lah cari rumah lain.

Rumah yang kami dapat which is rumah sewa yang kami masih menetap sekarang ni bulanan dia dalam 1000-1500 cam tu. Tiap tahun naik 100 macam tu.

Tapi kami dah selesa dengan rumah yang sekarang, jadi pejam matalah pasal duit sewa. Lagipun sekarang masing-masing bekerja dan anak pun okay jer letak kan pengasuh.

Pada awalnya semua okay-okay. Tapi start aku ada outstation ni sikap suami aku and anak aku seakan berubah. Suami makin dingin, anak pulak kalau aku kat rumah dia mesti nak suruh aku hantar dia kerumah pengasuh siap bahaskan pengasuh tu as dia punya “Bonda”.

Pengasuh yang aku hantar anak aku dari umur dia 2 tahun ni adalah pengasuh yang mak mertua aku carikan. Alasan why pengasuh ni dipilih berbanding pengasuh-pengasuh yang aku and suami cari is because pengasuh ni agak “warak” dalam bab agama.

Aku ingat lagi sebelum decide nak hantar anak aku ke pengasuh tu, mak mertua siap temankan aku and suami untuk kenal-kenal family pengasuh tu, budak jagaan di, and tengok-tengok keadaan rumah adakah proper untuk anak aku ke tak macam tu.

Memang aku jujur, rumah pengasuh tu bersih, kemas jer, anak asuhan dia pulak cuma dua orang itu pun umur dalam 5-6 tahun.

Pengasuh ni perempuan muda umur sebaya aku jer, tapi aku tak tahu lah masa tu dia dah berkahwin ke belum sebab waktu tu bila aku nak tanya apa-apa, mak mertua aku ni sakan berborak, jadi tak manis lah untuk aku cut percakapan mereka.

Tahun berganti tahun, hari-hari aku makin tertekan. Anak aku sendiri macam tak anggap aku mak yang lahirkan dia. Asyik-asyik nak kan pengasuh.

Cuti hujung minggu bukannya aku tak gunakan untuk bagi perhatian kat anak atau beli hati dia dengan cara spent time jalan-jalan ke apa, tapi yang keluar dari mulut dia is “nak bonda” berkali-kali sampai aku tertinggikan suara dan dia akhirnya menangis.

Bukan aku nak terasa hati dengan budak-budak, tapi aku percaya ramai jer mak-mak yang akan terasa bila anak cakap macam tu kan.

Then, suami aku pulak dia berubah dengan agak drastik which is dia selalu ajak anak solat sama-sama tapi tak ajak aku pun, baca quran dengan anak aku, kemas rumah dengan anak aku, dan macam-macam lah.

Mungkin akan ada yang kata, okaylah tu suami berubah ke jalan yang lebih baik dari sebelum ni. Nak apa lagi kan? Tapi… setiap kali dia buat apa-apalah aktiviti dengan anak, mesti dia nak sindir aku dan anak aku tu pun 2 kali 5, ada jer nak bandingkan aku dengan bonda kesayangan dia.

Suami aku makin tak nak bercakap dengan aku walaupun aku cuba untuk berkomunikasi. Yelah, kita nak tahu apa masalah dia, kalau masalah tu datang dari kita, boleh fix lagi kan. Kalau tak cakap mana nak tahu.

Dan ermm.. jujurkan sejak dia berubah ni, dia dah tak layan aku sangat even aku punya gurauan ke, ataupun bab nafkah batin or zahir. Nafkah anak dia okay, tapi aku tak. Dia kata sebab aku dah ada duit sendiri.

Yang paling nampak drastik is bila dia bawak anak aku melawat pengasuh masa dia cuti tanpa bawak aku. Aku bersungguhlah nak ikut tapi dia boleh tinggalkan aku jer sedangkan aku dan bersiap-siap.

Alasan dia sebab anak aku nak sangat jumpa pengasuh dia. Time tu aku dah tak boleh husnuzon sah. Dan benda sebenar tu kantoi beberapa bulan lepas. Masa tu tah lah tergerak hati nak tido lambat.

Masa tu pulak suami aku ni temankan anak aku tido kat bilik anak aku tu, yelah masa tu anak aku tengah demam. Aku bukannya nak lepaskan everything kat dia, tapi anak aku bersungguh nak bapak di teman dia tido, jadi aku akurkan jer lah.

Tiba-tiba masa aku lepas solat isyak macam tu, aku terdengarlah telefon suami aku ni berbunyi, bungi chat whatsapp.

Sepanjang khawin aku memang tak pernah check pun phone dia sebab aku rasa benda tu privacy dia. Dia tak pernah check phone aku sebab dia kata dia percayakan aku, so aku buat benda yang sama tapi tak pada malam tu.

Aku memang terganggu dengan chat pada malam tu sebabnya suami aku ni jenis tegas. Kalau bab kerja pun kawan-kawan ke boss dia ke apa faham yang dia bukan jenis suka kalau family time dia terganggu lagi-lagi bukan waktu kerja. Kalau benda tu privacy dia akan suruh call dan bukan chat.

Mula-mula aku macam sabar lah tak nak nampak sangat yang aku ada prasangka bukan-bukan kat suami, tapi bila one of chat tu popup dia punya notification, aku terbacalah sikit dan one word yang buat aku terus buka chat phone suami tu si perkataan “sayang”. Siapa sayang dia kalau bukan aku?

Untuk stop aku punya overthinking aku terus buka chat dia nad yaaa… dia curang dengan aku. Aku tak sempat baca semua sebab lepas tu aku dengar dia cuba pulas pintu. Pintu bilik tu agak ketat sikit jadi kena pulas kuat sikit baru boleh bukak.

Time tu aku pun cepat-cepat tutup balik phone dia, letak balik kat tempat nya and pura-pura tidur. Masa tu aku rasa luluh yang teramat.

Apa yang kurang dengan aku sampai dia pilih untuk menduakan aku?

Nak kata aku tak faham dia, hari-hari aku yang tanya keadaan dia macam mana, aku cuba dengar every masalah dia, bagi dia semangat, bab duit pulak aku tak pernah berkira,

Bab kebajikan dia and anak memang aku jaga rapi even aku sibuk kerja, lepas balik kerja aku masak untuk dia and anak, kemas rumah and everything i do alone sebab nak mudahkan dia.

Apa lagi??? Apa lagi tak cukup?? Barang aku semua aku beli sendiri. Aku tak mintak pun satu sen dari dia and ini balasannya???

Bila dia nampak aku tidur tu, dia terus cepat-cepat ambik phone dia and keluar dari bilik. Lepas dia keluar tu aku terus nangis. Aku cuba istifar banyak-banyak tapi aku gagal. Dan aku betul-betul kecewa.

Setengah jam jugaklah aku nangis and dia duduk luar bilik tak tahu kemana and buat apa. Bila dia masuk semula kedalam bilik and nampak aku tengah menangis, dia tanya aku “sayang baca chat b ke?”.

Aku rasa masa tu aku nak jer tumbuk muka dia tapi aku pilih berdiam dan terus menangis. Dia tanya berkali-kali sampai perkataan sayang dan b tu bertukar kepada aku dan kau.

“Kau ni memanglah. Aku tak tahu masalah kau apa. Kan aku dah banyak kali pesan, jangan sentuh barang aku. Kau ni tak paham bahasa melayu ke apa” last ayat dia cakap kat aku yang sampai sekarang aku ingat, lepas tu dia baling telefon dia ke lantai sampai berkecai.

Dan waktu tulah aku teriak sekuat-kuat. Aku mintak dia ceraikan aku tapi dia tetap tak nak. Then aku tanya dia “b pilih sayang ke dia?”. Maka mulalah sesi berterus terang dia.

Dia bagitahu aku, pengasuh tu lah scandal dia and hubungan diorang bukan setakat scandal. Rupanya aku dimadukan dalam diam. Mak mertua aku and semua family suami aku tu pun tahu yang suami aku ni dah berbini dua.

Yang paling sakit is perempuan tu which is pengasuh tu bukan isteri kedua suami aku, tapi jsteri pertama. Bermakna aku ni bini kedua dia.

Dia kata dia tak mampu nak ceraikan bini pertama dia walaupun bini pertama dia tu pilihan keluarga sebab bini pertama dia ada kanser rahim dan tengah berjuang untuk hidup. Sebab dia khawin dengan aku pulak adalah sebab zuriat. Aku rasa ditipu bertubi-tubi.

Aku kenal dengan suami sebelum kami decide untuk berkhawin ni dari zaman sekolah menengah lagi. Tapi aku tak sangka bertahun-tahun bukannya masa yang cukup aku kenal suami aku betul-betul and family dia.

Sekarang ni pulak hidup aku ibarat jasad kosong. Menangih kasih anak dan suami tapi sering disisihkan. Bila bersuara pulak aku yang kena balik dengat ayat-ayat manusia terpaling Sempurna.

– Mariam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. perhh plot twist dia mmg sakit ekkk, tak sangka plk, so kiranya isteri pertama dia ni baik lah ehhh org nyaa

  2. suamai dan keluarga dia tipu awak, pelik betul, awak taktahu suami awak dah kawin,mcm mana isi borang nikah??
    apa pun terpulang kat awak, tiada gunanya berpura-pura, elok awak libatkan keluarga awak dlm masalah ni, isteri tetap ada maruah & harga diri, bukan bahan sindiran atau perlian, jgn takut sgt, awak ada kerjaya, klu takde suami pun, awak boleh go on, jadi boleh buat laporan kt pejabat agama yg awak ditipu oleh suami semasa nk nikah

  3. jahatnya suami sis.. dah dapat anak terus pulaukan sis.. mohon doa pada Allah kembalikan semula anak sis, sis jaga die tuntut.. cerai jelah sis.. menyampah ngan jantan tu

  4. Sis first nasihat saya pisahkan pengasuh tu dgn anak awk…Jangan stress dan tertekan…Awk kena bijak…jangan naif sangat…Tu anak kandung awk….Awk kena kuat dan pertahankn hak anak awk…Awk jangn takut…Blh saman suami awk

  5. This plan maybe crazy…Sis mohon pertukaran kerja dkt tempt kampung sis or dkt lah sikit dgn kampung sis..lpstu sis perlahan2 pindah barang sis ke kampung sis…Lpstu bila urusan selesai..masa ni bawak anak sis ke kampung..jgn berithu suami..sis blh je saman suami sis sbb menipu sis pasal bini pertama….and sis blh juga report suami sis sbb mengganggu mental sis….Kena ad bukti video dan rakam suara..and sis bawak peguam sekali baru polis tu amik tindakan…Then,mohon cerai dan tuntut hak anak

  6. Keajaiban akn dtg bila sis kena bertindak…Jangan menagih kasih sayang suami but kena fikir pasal anak…Sis please sayang diri sendiri…sayang diri sendiri….Anak sis tu bukan anak org lain…pleaselah sis..jngn jerit2 dan marah2..anak pon takut..please cuba sayang anak dgn lembut..buat video amik gambar dlm ig..and tiktok..baru org tahu tu anak sis….and lagi satu cuba sis up status…Ni satu2 anak aq seorang….Sis layan anak dgn penuh kasih sayang…Anak sis umur dh 4 tahun lebih..Sis xpernh ke serang isteri pertama tu…Hmmmm..Sis luangkn masa dgn anak sis pergi kampung sis

  7. Sis nasihat saya sis try bincang dgn madu awk…Awk jumpa madu awk depan2..ni pandang saya..blh x kita buat jadual untuk anak..ni anak saya..klu sis xblh mengandung sekli pon jangan sesekali rampas anak saya..klu nk kongsi blh saya bagi…But bagi masa saya utk ada me time dgn ank saya..and awk tnye suami awk…saya redha bermadu….Awk kena buat macm ni sis..bkn tengking2..emosi..mengis…tertekan..awk kena kawal emosi..awk kena bijak..awk buat jadualah utk anak awk..tolonglah…Gitu..kena bincang…awk kena bertindak..and awk kena mengaku anak awk ada 2 ibu..jgnlah pisah anak saya…Jangan emosi..jangan emsoi…

  8. Bagi sayakn suami awk perli2…satu awk busy dgn kerja..kedua ada org hasut suami awk..ketiga awk jaga kebajikan suami but suami ada bagi nafkh dkt awk..awk wanita indepent but please minta nafkh dkt suami..suami tgk awk mesti stress sbb awk dh lama xada dkt rmh..awk outstation maybe 2 week…Awk kurangkn amik yg oustation…But sis kena bijaklh…Atur strategi..org xakn dgr luahan sis..sbb diorg xpernh kena….Lebih baik..klu sis stress…sis pergi buat umrah..minta izin suami..nk pergi umrah doa byr2 dkt sana..inshallah Allah bantu

  9. Sorry. Husband you jahat. Sama dgn mertua you and family you. Dorg orang jahat, tak jujur, kejam dan menzalimi you.

    You sila keluar dari circle orang jahat. Tu bukan setakat toxic tau. Tu mmg orang jahat. Lagi dahsyat dari toxic. Dia gunakan you utk zuriat just sebab 1st wife sakit.

    Sila fight for your right. Sila jadi perempuan kuat dan jgn lembik mcm ramai2 isteri teraniya dalam malaysia ni. Go!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *