Godaan Suami Orang

Assalamualaikum semua, hampir setiap hari aku mengikuti perkongsian IIUM Confession dan terpanggil untuk berkongsi kisah hidup berkaitan dengan godaan suami orang.

Nak dijadikan cerita suatu ketika dahulu, sewaktu zaman muda remaja aku pernah terjebak dengan cinta suami orang.

Di mana masa tu aku baru lepas frust dengan bekas teman lelakiku yang mengabaikan aku lantas hadirnya lelaki yang ku kenalkan sebagai BABA.

Pelbagai dugaan demi dugaan kami lalui, bertahun-tahun sehingga kami berkahwin di Thailand.

Nak diringkaskan cerita selepas diketahui isteri pertama beliau, perkahwinan kami tidak seindah yang disangka. Suami yang ku kira seorang yang penyayang akhirnya berubah sikap menjadi seorang yang pemarah, pendesak serta baran.

Akhirnya aku terpaksa memfailkan perceraian di mahkamah (sebelum tu aku dah memang daftar perkahwinan di Malaysia).

Setelah hampir setahun proses ding dong di mahkamah, akhirnya aku bercerai jua secara hakam atas sebab-sebab yang munasabah dan yang dibenarkan.

Aku terpaksa mengalah dan berundur diri walaupun dah terlambat bagi aku tidak mengapa daripada aku terus bertahan sebagai isteri kedua yang terseksa dan menyakiti hati kaum aku sendiri.

Aku mula menyesal atas perbuatan aku dan mendekatkan diri dengan Allah.

Aku langsung tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini dan terdetik simpati yang menggunung pada anak isteri dia.

Kenapa la dulu aku tergamak buat macam tu kat diaorang, mungkin terlalu ikutkan darah muda barangkali.

Akhirnya aku berjaya move on dan berjaya melepaskan diri dari gangguan bekas suami kerana dia tidak berputus asa mencari aku.

Aku membawa diri dengan pindah tempat kediaman dan pindah tempat kerja dengan harapan untuk memulakan kehidupan yang baru.

Namun kehidupan setelah bergelar miss j tiada anak adakala tidak terlepas diuji dengan pelbagai ujian.

Yang paling aku terkesan adalah masuk ini sudah 4 suami orang yang offer aku untuk menjadi isteri kedua mereka.

Aku penasaran dan pelik kenapa hidup aku sering diuji dengan kehadiran suami orang?

Disebabkan aku sudah melalui kenangan yang pahit bergelar isteri kedua, aku menolak dengan cara yang baik sebab aku sudah tidak sanggup lagi lalui benda yang sama.

Kadang aku berfikir sudah pupuskah yang bujang dalam dunia ini?

Itu persoalan aku, bukanlah aku tidak pernah menjalinkan hubungan dengan yang bujang, namun yang ku jumpa si bujang yang tidak stabil dan sering meminjam duit aku.

Bukan aku jenis berkira, masalahnya aku sendiri pun tersepit dengan masalah kewangan atas bebanan komitmen yang tinggi. Bukannya aku tak boleh nak hidup susah tapi aku nampak ada red flag pada dia, terus aku angkat kaki.

Yang bergelar duda pun aku pernah berkenalan, namun sayang si duda tersebut terlalu memilih dan mengganggap aku sebagai kawan semata-mata.

Aku tabahkan diri untuk hidup lone ranger, kadang datang rasa sunyi dan teringat pada si duda bergelar anak satu, dalam hati aku masih mengharapkan dia tapi aku sedar aku mungkin bukan sesiapa pada dia.

Walaupun perit aku terpaksa move on sekali lagi.

Kadang bila datang sedih aku menangis sorang-sorang tak siapa yang tahu, akhirnya lepas menangis aku akan ok dengan sendiri sebab aku dapat rasa kekuatan datang dari allah yang memujuk aku dalam diam untuk terus bertahan.

Dibulan puasa ini, mohon korang semua doakan aku agar terus cekal bersemangat, positif harungi kehidupan seharian,

Yea memang aku enjoy hidup bujang, cuma terdetik perasaan sunyi dan keinginan untuk berkeluarga begitu membuak-buak dalam diri,

Pernah aku mengalir air mata tengok orang pangku bayi, bersama dengan family masing-masing. Diluar mungkin nampak aku ceria tapi di hati ak selalu menangis sendirian.

Namun aku kena bersangka baik dan husnuzon dengan takdir aku.

Mungkin takdir aku belum sampai lagi dan allah nak didik aku supaya belajar bersabar dan reda berlapang dada, berdamai dengan takdir atas dengan apa yang berlaku. Iyea masa yang tepat belum sampai lagi.

Harap dapat menjadi iktibar pada kalian diluar sana semoga tidak tersalah langkah seperti aku.

Setakat ini sahaja la perkongsian aku, nanti di lain masa aku akan sambung kenapa tarikan suami orang itu begitu berbeza dengan orang bujang dan sering menjadi idaman para wanita di luar sana.

Sangat menakutkan kehidupan zaman sekarang, tapi itulah kenyataannya.

– Putri Pepaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Tak salah confessor nak jadi isteri kedua, ketiga, keempat. Bukan dosa. Kena faham. Hukum Islam benarkan poligami. Laki tak boleh kawen sesama lelaki

  2. masalahnya sekarang dia dah pernah lalui keperitan hidup bermadu, takkan nak suruh dia lalui sekali lagi. lagipun ada ramai lagi lelaki bujang diluar sana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *