Anak Mentaliti A

Assalamualaikum semua pembaca sekalian.

Cikgu tergerak hati hari ni untuk meluahkan sedikit rasa yang terbuku di dalam hati ini.

Cikgu bekerja di sekolah kebangsaan di daerah pantai timur yang letaknya di kawasan boleh di kira kampung lah. Tapi fasilitinya lengkap semua ada tak perlu ke bandar.

Ada dua pasaraya besar di daerah ini. Boleh kata semua lengkap ada di daerah ini, tak kena keluar ke bandar.

Apa yang ingin cikgu luahkan ini mungkin tidak belaku di tempat lain. Mungkin hanya di daerah ini sahaja.

Cikgu ingin meluahkan kekecewaan cikgu terutama sepanjang bulan Ramadhan ini. Cikgu lebih kecewa untuk ibu bapa kepada anak anak murid.

Sekolah cikgu memang pembahagian kelas mengikut tahap kecemerlangan akademik.

Kelas pertama memang untuk pelajar yang paling cemerlang, kedua dan yang terakhir untuk kelas ketiga.

Selama cikgu memerhatikan, betullah anak yang cemerlang ini datang dari hasil didikan ibu bapa yang juga mempunyai mentaliti cemerlang. Tak perlu datang dari ibu bapa yang kaya.

Sepanjang ramadhan ni kelas cikgu mengajar darjah 1-5. Kelas ketiga, memang pelajarnya selalu lewat ke sekolah, tidak datang ke sekolah, dan tidak berpuasa hampir kesemua pelajarnya.

Kalau darjah 1 sampai darjah 3, cikgu masih boleh menerima.

Kadang lebih mengejutkan semua anak2 ni seperti bulan tidak puasa, bebas makan sesuka hati. Takda sedikit usaha ke dari ibu bapa mereka nak mengajar mereka berpuasa?

Dan lagi cikgu kecewa, ramai yang langsung tidak hadir kelas KAFA sebelah petang atas alasan panas.

Iya mungkin benar alasan panas, tapi kelas pertama dan kedua (separuh) boleh je hadir penuh tanpa ponteng walau sehari. Cikgu sebenarnya tak rugi apa apa pun, cuma cikgu sedih.

Lebih cikgu sedih, ada pelajar lelaki berkumpulan ponteng puasa sorok sorok makan dalam semak berdekatan masa balik sekolah. Macam sudah jadi kebiasaan pulak. Alasan tetap sama, panas tak larat. Sudah darjah 5 dan 6.

Kes pelajar tak ke sekolah, bila kita panggil ibu bapa datang sekolah, ibu bapa pun tak bagi kerjasama, tak datang.

Bila kami cikgu pergi ke rumah, ibubapa seakan tidak menghalang untuk ponteng sekolah. Macam sokong pun ada.

Tapi bila ada hari bantuan untuk pelajar, memang ibu bapa pelajar ni yang terawal datang ke sekolah.

Cikgu meluahkan ni sebenarnya sebab cikgu mengenangkan nasib anak anak di bawah didikan ibu bapa sebegini.

Bagaimana anak anak ingin berubah kalau ibu bapa sendiri tidak berusaha untuk mengubah anak anak sendiri.

Untuk melahirkan anak anak yang cemerlang haruslah dari ibu bapa itu sendiri yang menitikberatkan semua aspek dalam diri anak anak. Nak memanjakan anak biarlah bertempat.

– Cikgu sayang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *