Red Flags Pada Bakal Suami

Assalamualaikum pembaca semua, salam ramadhan, moga ibadah kita diterima Allah swt dan dikurniakan kehidupan yang berkah. Saya Jay, ibu tunggal anak tiga berumur 9, 7 dan 2 tahun.

Aku baru diceraikan suami pada Oktober tahun lepas dan habis iddah dalam bulan Januari tahun ini, setelah 10 tahun cuba bertahan.

Apa yang ingin aku luahkan adalah setiap wanita yang ingin berkahwin, mohon taaruf dahulu sebaiknya, dan sekiranya ada red flags yang kalian nampak pada bakal suami, tidak perlu kalian anggap mungkin nanti dia akan berubah.

Perkara yang ingin aku sampaikan ini adalah melalui pengalaman aku. Perlu ingat suami bukan milik kita sepenuhnya, aku redha dia pergi.

Red flag 1: Dia cuba buat dan ikut apa yang kita minat sebelum berkahwin namun setelah berkahwin, dia akan ignore apa yang kita gemar. Perkara ini lebih pada nak impress sahaja. Semak minatnya, kerana dia akan kembali menjadi diri dia selepas kahwin.

Aku berjumpa dengan bekas suami ketika aktiviti hiking. Bagi aku ini adalah salah satu hobi aku.

Aku suka travel backpacking dan menjelajah ke mana sahaja yang mampu aku jejak. Aku sudah daki beberapa gunung tidak hanya di Malaysia, dan aku juga telah jejak ke beberapa negara.

Sejak berkenalan dengannya kami teruskan aktiviti hiking bersama-sama, kami juga sempat travel backpacking ke india. Pada tanggapan aku, dia juga mempunyai minat yang sama.

Namun, setelah berkahwin, dia hanya suka duduk di rumah, aku ikut sahaja kerana dia suamiku. Aku lepaskan semua minat ku kerana dia.

Red flag 2: Berkaitan red flag pertama, dia akan lakukan apa sahaja yang kita suka untuk impress kita. Termasuk cuba menjadi seperti kita. Pastikan apa yang dia lakukan bukan echo pada apa yang kita buat atau suka.

Aku sejujurnya tidak sukakan perokok dan aku suka sekiranya bakal suamiku selalu solat di masjid seperti mana ayah ku lakukan.

Yer, dia berhenti merokok dan selalu maghrib berjemaah di masjid sehingga selepas lahirnya anak pertama kami, dia berhenti ke masjid sehingga ke hari dia menceraikan aku.

Kadang-kala solat jumaat pun dia ada di rumah, macam-macam alasannya. Dan setelah beberapa tahun perkahwinan dia start vaping pula.

Red Flag 3: Semak pengetahuan agamanya dan juga amalannya. Ini perkara sangat penting kerana sekiranya dia punya iman, insyAllah dia akan jaga rumahtangga sebaiknya.

Awal perkenalan, sekiranya keluar bersama, sentiasa ingat waktu solat dan cari tempat solat.

Setelah berkahwin, ada beberapa kali aku perhati, sekiranya waktu zohor dan asar, ada sahaja dia duduk depan tv atau main game tak bergerak.

Katanya dah solat, tapi sejadah pun tak gerak. Sebab aku sengaja ubah kedudukan sejadahnya, sungguh sejadah tu ada je di tempat asal dan gaya asal yang aku letak, hehe.

Red Flag 4: Kenal rakan-rakannya.

Bekas suami aku ni tiada kawan-kawan yang bff. Kebanyakan kawan nya adalah yang baru dikenal. Dan kenduri kami juga tidak ramai kawannya yang hadir.

Ini penting, sebab terjadinya satu kejadian sebelum berkahwin, di mana terjadinya salah faham dengan rakan hiking kami.

Pada saya perkara begini boleh berbincang dan tak perlu berdendam kerana hal nya kecil saja. Apa yang dia lakukan adalah terus ignore rakan tadi tu dan tidak bertegur langsung. Kiranya pada dia siapa yang salah pada dia, tak akan dia maafkan sampai bila-bila.

Mungkin inilah sebabnya dia tiada kawan-kawan yang lama, kawannya semua yang baru dia kenal. Dalam proses JKP di mahkamah juga, dia membawa rakannya yang baru dia kenal dalam setahun.

Aku pun tak kenal rakannya itu. Dan yang paling aku takuti adalah, kalau dia terasa dengan aku dan buang aku. Akhirnya itu juga yang terjadi.

Red Flag 5: Semak pekerjaan nya. Suka lompat kerja atau boleh bertahan lama di satu tempat.

Masa aku kenal dia, dia bekerja sendiri, lebih pada trading saham IPO bersama rakannya. Dia pernah bekerja bahagian sales di sebuah bank tapi bergaduh dengan boss, jadi berhenti.

Aku nasihatkan dia kalau nak berkahwin carilah kerja yang stabil.

Akhirnya dia bekerja semula dalam bahagian sales di sebuah bank secara kontrak. Sekejap sahaja dalam setahun lebih bergaduh lagi dengan boss. Jobless buat kali pertama. Susah hati aku, ada anak kecil masa tu.

Aku usaha carikan dia kerja, aku betulkan cv dia sampai mantap, aku hantar cv dan resume dia merata. Dapat panggilan interview dia taknak pergi. Aku tak nampak langsung usaha dia untuk cari kerja.

Sudahnya aku merayu kawan baik ku yang kebetulan ayahnya ada business, untuk ambil bekas suami bekerja. Tak sampai setahun gaduh lagi dengan boss, jobless untuk kali kedua.

Setelah jobless untik kali kedua, kebetulan parents aku ada project dan mungkin dia boleh bantu, dapatlah gaji sikit masa tu.

Guess what guys…. dia gaduh dengan parents aku pulak. Ini antara titik mula yang dijadikan isu penceraian kami. Parents aku marahkan dia, dia pulak dendam. Makanya, jobless untuk kali ketiga.

Aku tahu fasa macam ni akan ramai isteri yang tawar hati dan decide untuk tinggalkan suami yang bermasalah macam ni. Tapi aku masih usaha untuk dia.

Apa yang aku buat? Savings kami memang macam tak ada pun masa tu, kebetulan aku memang bekerja. Jadi aku buat personal loan untuk hantar dia buat kursus kompetensi. Mungkin boleh tukar bidang dan cari peluang pekerjaan yang lebih menjamin.

Aku hantar dua kursus. Satu kursus dia yang nak tapi gagal dalam ujian. Kursus kedua, aku bayar tanpa dia tahu sebab aku dh buat kajian tentang peluang pekerjaan.

Dia tak nak tapi terpaksa pergi sebab aku paksa. Dan kebetulan, dia terus dapat pekerjaan tanpa perlu cari, habis kursus terus dapat offer. Dan dia masih dalam pekerjaan ini sehingga dia menceraikan aku. Setelah dia stabil.

Red Flag 6: Semak hutangnya dan kedudukan kewangannya.

Ini bukan sebab kita materialistik tapi lebih pada untuk tidak susahkan kita dan anak-anak kemudian hari. Apa yang terjadi, setelah berkahwin, baru aku tahu dia blacklisted. Hutang kereta tidak berbayar, hutang ptptn tertunggak.

Dan baru-baru sebelum bercerai aku dapati dia ada hutang shoppee la pulak.

Macam mana aku tahu? Nak beli rumah nama aku, dia tak boleh join. Nak beli kereta pun juga nama aku. Sehingga sekecil-kecil perkara seperti register family plan di maxis pun dia tak boleh, ini termasuk unifi.

Rupanya dia blacklisted habis. Jadi, semuanya atas nama aku. Tapi aku syukur, bila dia buang aku, aku tak kehilangan sangat sebab semua nya under nama aku. Cuma aku perlu cari pendapatan tambahan untuk cukupkan semua bayaran.

Red Flag 6: Sebelum berkahwin kalau dia cuba pegang anda, lari dan carilah yang lebih baik.

Aku sangat positif dengan dia. Kenapa? Aku ada beberapa pilihan dan dia adalah salah satunya. Aku pilih dia sebab dia asal dari kampung. Aku lahir dan dibesarkan di KL.

Aku suka bakal suami aku ada kampung, rumah kampung authentic. Jadi anak-anak aku akan merasa pengalaman balik kampung yang authentic. Kejar ayam, tengok lembu, jalan-jalan di sawah.

Jadi pada aku, aku pilih dia walau kehidupannya sederhana, dia tidak stabil tak mengapa aku akan bantu.

Tapi bila makin hampir pada hari pernikahan kami, dia sudah mula ringan tangan nak meraba. Silap aku masih terima dia. Ingat kawan, ini antara perkara yang menunjukkan sekuat mana iman dan nafsu dia.

Dia berkahwin dengan ku mungkin hanya kerana nafsu. Yang lama kelamaan akan hilang dan bosan dengan diri aku yang semakin tua dan tidak menarik lagi. Jadi, dia buang aku.

Ada banyak lagi tapi cukup ini sahaja dahulu. Kerana perkara-perkara ini aku terlepas pandang.

Yer aku naif dan sekarang aku trauma, rasa macam kena scammed pun ada. Apa yang kita nampak pada awalnya adalah lakonan semata. Setelah aku terima baik buruknya, dia tinggalkan aku dan anak-anak. Anak-anak juga tidak di jenguk nya.

Sampai sekarang aku tidak faham apa yang dia benci sangat dengan aku. Yer dia ada masalah dengan parents aku, tapi kami tidak tinggal bersama keluarga, aku ada rumah sendiri. Jadi jumpa pun tidak selalu. Aku masih tidak faham sehingga sekarang.

Lagi pulak, aku cuba bertahan dengan dia dan tak pernah niat untuk tinggalkan dia. Pada aku, setiap masalah ada penyelesaian sebagaimana dia ada masalah aku akan bantu.

Mungkin ada salah aku yang aku sendiri tidak sedar, tapi aku dah cuba sehabis baik, maafkan aku Ya Allah kerana tidak mampu menjaga suami ku dan tidak menjadi isteri yang baik. Aku sudah cuba tapi tetap dia pergi.

– Jay (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Assalam confessor. Awak mak berkawan dengan saya tak? Need to pick your brain,sebab saya dah kama cati kerja tapi tak sangkut2 juga. Mungkin saya kene berkawan dgn org mcm awak.

  2. Same to Alice…sy pun minat nak kawan dgn confessor. Confessor ni +..mungkin confessor boleh reply msj kami

  3. It’s okay not your fault. It his lose.
    Orang mcm ni sis lupakan jer. Nanti merangkak laa tuu carik balik. masa tuu kasi ajar. Trust me u tak salah sis. Kita bukan boleh kawal manusia untuk sayang untuk hormat untuk hargai kita. Terutama kalau orang tuu jenis bangsat. Tolong laa pedulikan manusia durjana tersebut dan sayangi diri sis. U dah tahu dia adalah kesalahan why u nak fikir kesalahan tuu. waste time sis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *