Bapa Dan Ibu Tiriku

Assalamualaikum, aku nak cerita sikit pasal kisah hidup aku dengan ibu tiri aku.

Nak mulakan ceritanya ibu dengan ayah aku dah bercerai waktu aku darjah lima dan aku ada 5 orang adik beradik. Hak penjagaan anak dapat semua dekat ayah aku.

Selepas bercerai memang ayah aku ni single lama jugak lah dekat 5 tahun dan yang jaga masak kemas rumah semua aku dengan kakak aku sebab kitaorang perempuan.

Walaupun kitaorang sibuk manapun dengan kemas rumah, masak, sekolah lagi pun masih happy lagi sebab walaupun bercerai hubungan dengan parents masih okay sebab ayah aku pun masih support, tapi tu semua hancur lepas ayah aku kahwin baru.

Waktu mula-mula dengar berita dia nak kahwin tu semua macam terkejut sebab takda khabar angin ke apa katanya minggu depan dah nak nikah.

Sebenarnya aku okay je sebab ayah aku dah lama single jadi bila dah kahwin adalah yang boleh jaga makan minum ayah aku dengan adik-adik sebab waktu tu kakak aku dah pergi belajar tinggal aku je perempuan tengah spm waktu tu.

Ayah aku cakap ibu tiri aku ni ustazah jadi legalah hati aku sebab takut dulu dulu banyak kisah ibu tiri jahat.

Mula-mula kahwin sebab mak tiri aku ni duduk dekat kg pantai timur jadi takut jugalah sebab mungkin janggal atau lifestyle yang lain jadi aku cubalah untuk adapt dengan gaya hidup dia,

Mula- mula bukan main pukul 8 tu kalau boleh dah masak lambat sikit pun dah minta maaf, kitaorang ni memang tak biasa makan pagi selalu makan tengah hari dengan malam sebab waktu tu balik sekolah pon pukul 1:40 tengah hari jadi pukul 2 baru boleh masak dan makan,

Tapi benda tu tak tahan lama lepas je kakak aku balik cuti lepas habis belajar jadi semua tanggungjawab dia macam dah lupa. Semua rumah tu jadi macam milik dia kena ikut apa yang dia nak.

Itu aku faham lagi mungkin sebab dah biasa dekat kampung tapi yang tak boleh bila dia makin kedekut barang dapur semua dia sorok dah lah tak nak masak harapkan aku dengan kakak aku pastu lauk barang dapur semua dia sorok.

Dulu waktu dengan ayah aku je memang barang dapur atau apa yang takda kita orang boleh kirim nanti ayah aku belikan tapi dengan dia barang semua dia yang pilih.

Dalam bilik air pon shampoo sabun ubat gigi takde beli dekat kedai RM2 je punyalah kedekut dia barang dapur, makanan, lauk semua tu harapkan abang dan kakak aku je sebab dah kerja.

Tambah lagi teruk bila aku dah start belajar tak duduk rumah tu adik-adik aku yang duduk rumah tu dengan abang aku memang hari-hari makan maggi sebab makanan dia sediakan untuk ayah aku je sbb abang aku kerja boleh beli.

Bukannya gaji abang aku tu banyak RM1800 je lepas tu nak bayar duit ptptn lagi. Rumah pon memang tak kemas kena tunggu aku balik cuti baru kemas sebab memang tak dijaga.

Sebenarnya mak tiri aku ni berniaga tapi yang tak faham kalau sebelum ke kedai tinggal lah dulu makanan untuk makan tapi tidak habis balik tu bagi sisa yang tinggal je kadang kadang bagi nasi je takde lauk lepas tu kalau tak makan kata memilih.

Ini yang paling aku geram sekali adik aku dapat duit sekolah pon kat sekolah sanggup tak makan simpan duit untuk beli keperluan dia contoh macam pencuci muka dll sebab selain duit sekolah memang ayah aku dah tak bagi dah.

Aku ni pun tak pernah sekali pon ayah aku belikan atau bagi duit untuk beli baju dalam atau skincare, semua mak aku support. Waktu belajar pon dia bagi duit belanja RM100 je sebulan cukup-cukup untuk duit makan je.

Bila aku dah habis belajar terus kerja lagi teruk sebab aku dah ada duit sendiri makin kedekut lah jawabnya aku ni kerja 12 jam lepastu balik nak uruskan rumah masak tapi barang semua beli guna duit aku sendiri sebab barang dapur takda kena sorok,

Tapi kalau beli luar atau makan maggi marah tanya kenapa tak masak je, aku ni dah lah balik penat lepas tu gaji pon takdalah banyak,

Tapi kesian kadang-kadang tengok orang lain makan sedap tapi adik-adik aku ni makan macam tu je memang kalau tanggung makan dekat RM300 sebab beli barang dapur sekali.

Tapi yang tak boleh tahan kalau depan orang baik dia tu macam orang lain. Tanya nak makan apa, bwk nak pergi jalan-jalan hipokrit betul, kalau kat rumah nak tawar makanan pun susah.

Ni waktu bulan puasa, anak mak tiri aku tinggal sekali tapi makanan berbuka ngan sahur dia masak untuk anak dia dengan ayah aku je. Ayah aku pon harapkan aku kena masak yang balik pukul 6.30.

Ni kejap lagi kalau aku ot petang memang makanan tak masaklah harapkn abang aku beli bazar. Kalau barang dapur ada tkpa ini peti pon dia kunci bawang garam semua dia sorok tak tahu kat mana.

Memang kalau nak jimat duit memang aku masak je makanan lauk fishcake atau telur. Kadang-kadang terfikir tak takut dosa ke dia ni bukan nya tak cukup ilmu ustazah kot tapi makin lama perangai dia macam syaitooonirojim….

Ayah aku pon termakan macam percaya sangat kat perempuan tu. Ikut jelah cakap perempuan tu.

Bukannya takda duit boleh je beli gelang emas untuk mak tiri aku tu, motor baru untuk anak tiri dia, bawak keluar makan untuk anak-anak tiri dia tapi kalau bab kemas mengemas buat kerja cari anak kandung dia.

Kadang-kadang macam terasa kita pulak macam anak kutip je.

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita tapi tulah sampai sinilah luahan aku. Terima kasih membaca luahan aku….

– Aini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *