Kesan Aku Baca Novel China

Hai kenalkan untuk confession kali ini aku ingin berkongsi kesan akibat membaca banyak novel China. Ya, novel cina China bukan cina malaysia.

Melalui pembacaan aku ini, aku bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia walaupun bangsa indonesia. Kerana aku memegang pegangan tauhid yang kukuh kepada Allah.

Kebanyakan bangsa indonesia lahir di sini dan memiliki kewarganegaraan malaysia, merasakan mereka adalah orang melayu asal Malaysia. Aku lah itu walaupun budaya dari segi pemakanan dan pakaian agak berbeza.

Ok balik kepada penyataan aku di atas,

Aku banyak belajar bestnya jadi orang malaysia berbanding cina di China melalui novel, disini aku simpulkan:~

1. Kaum wanita lebih dihargai.

Di China, mereka ada satu ayat yang selalu digunakan yaitu ayam betina yang tak boleh bertelur (hen that cannot egg).

Maksudnya, jika perempuan beranak banyak kali tapi tak dapat anak lelaki. Mereka akan beri gelaran ini, kerana bagi mereka 10 anak perempuan tak sama dengan 1 orang anak lelaki.

Ini sebabnya

A. Lelaki boleh sambung nama keluarga contohnya WONG, LEE

Tapi kalau perempuan tak dapat nak sambung, melainkan kalau perempuan tersebut kaya dan bayar orang miskin untuk kahwin dengan keluarga dia.

B. Kalau berlaku pergaduhan, keluarga akan bertumbuk dengan keluarga.

Kalau tak ada adik beradik lelaki, memang kalahlah yang keluarga perempuan ni.

Sebab itu dalam bacaan aku, ada perempuan kena abuse tapi terpaksa diam je kerana kalau melawan akan kalah dan abuse akan menjadi semakin teruk.

Nak minta tolong ahli keluarga pun tak boleh, ayah seorang tak mampu melawan ramai lelaki.

C. Ada satu lagi istilah “suami mana yang tak pukul isteri?”

Ya agak terkejut bila baca, kalau suami pukul itu perkara biasa kerana susah sangat nak cari suami yang tak pukul isteri. Sampai muncul perkataan di atas yang pukul isteri itu normal bagi lelaki China.

D. Orang akan biar kalau lelaki pukul perempuan dekat tempat awam.

Ini aku ada research banyak juga klip wanita kena pukul dengan lelaki tapi dibiarkan je. Mereka anggap ini masalah keluarga.

Ada satu klip mat salleh nampak wanita ni kena belasah dengan suami dia. Dia bangun dia pertahankan wanita yang kena pukul itu, dalam klip tersebut orang cina lelaki jadi bingung, muka dia berubah seolah olah mengatakan,

“Eh kenapa mamat ni pertahankan bini aku. Ini masalah keluarga aku”

Kalau sesiapa pernah tengok youtube channel serpentza dia akan bongkarkan perangai lelaki abuse di China.

Satu lagi kisah yang perempuan kena belasah sebab tak nak minum arak ditawarkan oleh lelaki, tak ada sesiapa bantu mereka lihat je.

Ok sampai sini lah, aku nak kongsikan lagi hasil research aku tapi takut kena reject pula. Sebelum ini pernah buat confession sini last2 kena reject. So cuba post, kalau admin publish mungkin ada part 2.

Btw research aku kebanyakannya dari novel, kita boleh tahu budaya seseorang bangsa melalui novel tulisan mereka. Macam novel Malaysia lah, apa yang ditulis melambangkan budaya kita.

Contoh kisah rebut harta anak yatim, anak derhaka nak minta maaf lepas ayah dah meninggal. Walaupun itu fantasi tapi tetap boleh relate dengan sesetengah orang di Malaysia.

Aku baca banyak nak dekat beratus buku novel mereka dalam english. Kalau dalam cerita mereka hampir semua author tulis pasal ni maksudnya ini lah yang berlaku dalam masyarakat di China.

Disclaimer: ini China ya, bangsa cina malaysia aku tengok mereka sifat tak sama dengan China sebab mereka dah ada terima sikit budaya orang malaysia.

– Ah Chong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *