Cara Aku Skor 120% Dalam Exam/Report

Setiap subjek tu sebenarnya dia ada cara ko nak study, tak semua subjek ko study dengan 1 cara je. Contoh mindmap, nota blabla..

Aku belajar study group since form2, cara2 nak study group subjek math. End of SPM, result F je lah memanjang except math.. So, kat situ aku realize yang study ni, setiap subjek berbeza2 caranya.

Disebabkan F, so aku kena kerja dulu lepas SPM, cari modal nak sambung belajar. Bila dah kerja, kena maki, kena pressure dengan gaji ciput. Maka aku pun berazam untuk menebus kesilapan lalu. sambung belajar dengan lebih bergaya.

Masa sambung study tu, aku jadi lebih oldskool lah, sebab yang lain-lain belasan tahun lagi. Otak masih fresh dan kita ni merangkak biawak lah sebab dah 5 tahun tinggal sekolah.

Nak kata terer tu tidaklah, tapi lecturer mengaku selama 15 tahun dia mengajar belum pernah jumpa orang skor 120%.

Padahal max 100% je lah kan, aku cakap ni sebab tak ada 1 soalan pun yang aku miss dalam exam walaupun option pilih 5 daripada 7 soalan.. Dan assignment yang diberi pun semua full mark.

Seminggu sebelum exam, kau dah boleh pergi bercuti, hiking ke, main game ke. Dan tak perlu lagi letak mata kau pada nota-nota, jurnal dsb. Kau chill-chill aje.

ok, jom aku share tips yg mungkin berguna. Oh.. FYI, aku amik Electrical Engineering.

CALCULATION

Untuk subjek pengiraan mcm math, engineering. Tak ada lain, kena buat latihan, kau carilah mana-mana set soalan berkaitan yang lepas ke, yang dari kolej lain ke, dan kau try jawab sehabis baik. Lepastu, kau carilah sapa2 yang boleh tolong tandakan jawapan kau tu.

Sampailah kau betul semua. Dan ulang 10x dan make sure 10x tu betul semua. Tak ada salah dan keraguan langsung.

FACT

Untuk subjek-subjek yang kau nak kena baca, hafal toyol dan sebagainya. Lepas ni, kau akan berterima kasih sebab toyol kau tak perlulah dibawa masuk lagi dah. Sebab toyol kau ada dalam kepala siap2.

Contohlah macam Etika ke, Teori2 pengurusan ke, kau jadikan tulisan tu kepada sebuah lukisan yang orang tak tahu pun itu toyol. Macam aku, aku lukis pemandangan sawah padi, siap matahari dan orang-orang kat tengah sawah tu. Itu adalah toyol aku untuk subjek tu.

Aku tak bawak masuk dalam dewan exam. Aku cuma perlu lukis semula bila masuk dewan exam. Lukis atas kertas kosong atas meja tu. Tak ada sepatah huruf pun kan lukisan tu. Yang tahu cuma diri aku je, ape benda maksud lukisan tu.

AKTA/SPECIFICATION

Untuk yang berkaitan Akta atau specification, contoh macam engineering ni, tak perlu hafal pun. Sebab open-book, boleh bawak buku masuk dewan.

Cuma… Kau kena tahu akta dan spec mana kau perlu rujuk untuk jawab soalan tu. Maklumla soalan-soalan lawyer ni, kau kena faham kes baru boleh jawab.

So, untuk benda berkaitan spec, kau kena faham nombor seksyen. Nombor-nombor ni tak bertukar-tukar tempatnya, dia duduk kat situ je.

Cuma tinggal kau kena faham contoh nombor 4 mewakili apa, nombor 10 mewakili apa. Itu je, tak adalah kau terselak-selak dalam exam, yang mana satu pilihan kalbu.

REPORT/ASSIGNMENT

Assigment biasanya aku buat 10x benda yang sama. Umpama proofread untuk aku lah. Lepastu baru submit yang ke-10.

Itupun mesti lebihkan at least 50% dari dateline gap. Supaya, kau boleh betulkan kalau report kau rejected dan submit semula sebelum dateline sebenar.

Kena rajin mengadap DYMM Guru kita, Mr/ms Lecturer. Follow-up dan perincian report tu.

MESTI! bagi lebih dari apa yang diorang nak. Kau ibaratkan diri kau ni sidang pengarang buku, majalah dsb, submit secara komprehensif, supaya tak ada lagi persoalan yang boleh dipersoalkan.

PRESENTATION

Kau anggap kau seorang lecturer, dihadapan kau termasuklah lecturer kau adalah pelajar yang ZERO dan tak tahu apa-apa. Kau terangkan satu-persatu dengan jelas dan padat. Preparekan slide bergambar, berinteraktif, video supaya tak bosan.

Eventho ceramah agama pun tak bosan, kalau kau ambik contoh Prof Dr Mat Rofa punya slide masa dia present kat Youtube.

Paling penting keyakinan kena tinggi. Salah atau betul tu No. 2. Hehe..

FYP

Untuk Project, macam aku cakap tadi. Kau buat lebih daripada apa yang diminta.

Bagi kau senang faham, kau beli nasi lemak, mindset kau ada telur, nasi, timun, kacang, ikan bilis dan sambal.

Tiba-tiba kau balik, nasi lemak tu dia datang dengan chicken chop walaupun harga nasi lemak. Bagi lecturer kau mind-blowing sikit. Bagi dia bangga dan boleh bercerita pada kawan-kawan lecturer yang lain, yang dia ada student yang SANGAT RAJIN.

Lecturer kau akan sentiasa dipuji oleh kawan-kawan dia, “Untunglah kau ada student yang hebat..”

At least, kau BRANDED bro, dikalangan lecturer dan kakitangan U/kolej kau. Aku ulas lepas ADAB.

===

ADAB

Adab No. 1,

Ilmu No. 2,

Imam Malik rahimahullah pernah berkata pada seorang pemuda Quraisy,

تعلم الأدب قبل أن تتعلم العلم

“Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu.”

Yusuf bin Al Husain berkata,

بالأدب تفهم العلم

“Dengan mempelajari adab, maka engkau jadi mudah memahami ilmu.”

Doa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

Ya Allah, tunjukilah padaku akhlak yang baik, tidak ada yang dapat menunjukinya kecuali Engkau. Dan palingkanlah kejelekan akhlak dariku, tidak ada yang memalinggkannya kecuali Engkau].” (HR. Muslim no. 771, dari ‘Ali bin Abi Tholib)

أسأل الله أن يزرقنا الأدب وحسن الخلق

Ya Allah, aku meminta pada-Mu agar mengaruniakan pada kami adab dan akhlak yang mulia.

Sumber: https://muslim.or.id/21107-pelajarilah-dahulu-adab-dan-akhlak.html
Copyright © 2024 muslim.or.id

Dengan guru, walaupun sebaya, atau mungkin kau lebih tua. Jagalah adab dengan guru, jadilah super humble, walaupun kau rasa kau lagi pandai. Tak perlu sindir2 kalau lecturer lambat, tunda kelas, salah bagi link Gmeet.

Should be, kau cari dia dulu sebelum dia start kelas, tanya apa-apa yang patut, pergi jumpa dia, tolong buat apa-apa. Bukan nak jadi blower atau kuli batak. Tapi itulah adab berguru.

Kau jaga adab ni, InshaAllah, power lah result kau.

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: “Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya.

Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya.”

Source: https://www.ikim.gov.my/index.php/2005/05/19/adab-syarat-penting-cari-ilmu-berguru-dalam-islam/

====

BRANDED

Kau meniaga ke, kerja ke, belajar, berkawan, berkahwin, berkeluarga sekalipun. Kau kena BRANDED. Iaitu, menjadi sebutan orang. Dari sebutan akan jadi INGATAN.

Dari INGATAN tu akan menjadi MARKAH.

Kau pergi interview, interviewer tak kenal pun kau siapa. Tapi, kalau before that, kau dah BRANDED. Silap-silap dia tanya “tadi jalan jem tak?”.

Dia tak tanya pun soalan susah-susah kat kau. Dan akhirnya, kau diterima bekerja, sebabnya, syarikat tu memang cari kau dah lama pun.

Macam mana nak BRANDED? Antaranya kau Top Student lah, lepastu ADAB, then CSR tu pun penting. Bukan kena tanam pokok tepi asrama. Sekadar kau bantu lecturer bawak beg pun dah kira CSR. Kau call lecturer kalau sakit pun CSR.

Ini caranya kau nak BRANDED. Bila kau branded, kalau kau fail sebab hilang 1 point pun, point tu boleh ada dan bantu kau. Atau mungkin mark kau 99%, sebab kau berada di HATI dan FIKIRAN lecturer tu, mark kau boleh jadi 100%.

===

PENGAJARAN

Masa aku sekolah menengah, nak kata aku budak nakal tu tidak. Tapi lebih kepada nak jadi nakal tapi tak jadi.

Dalam kelas aku tu, semua budak2 nakal. Tapi dalam kelas jadi yang paling santun. Aku je yang tak bawak kesantunan tu, sebaliknya terbawak2 kenakalan tu.

Jadi, aku ni kalau kena baling dgn duster dalam kelas, aku akan baling balik pada cikgu. Dan seumpama itulah sampailah aku SPM dan dapat straight F. Kawan2 aku yang nakal2 sekelas tu pakat2 dah jadi cikgu dan ustaz dah.

Aku pulak tak layak jadi cikgu, walaupun cita-cita nak jadi cikgu, mesti ada je halangan. Termasuklah penulisan ni pun compang-camping akibat tak jaga adab berguru dimasa lalu.

Sekarang ni aku masih study lagi. Sebab addicted untuk bergelar student lagi. Sambil2 bisnes. So, ada la masa lapang tu utk fokus kedua-duanya. Alhamdulillah.. Rezeki..

Mungkin doa salah seorang cikgu aku.. Kalau tak sekolah menengah, mungkin masa pengajian aku sebelum ni..

=====

Skor 4 flat bukan utk menjamin kerjaya kau. Tapi, menjamin ilmu kau. Dan achievement dalam hidup kau.

Keyakinan kau tinggi sebab kau percaya kau boleh capai apa saja yang kau nak. Sebab kau pernah usaha untuk dapatkan yang terbaik dari yang terbaik dengan bergaya.

Kau copypaste langkah kejayaan kau, kau akan sukses dalam segala bidang.

“How You Do Anything is How You Do Everything”

Semoga bermanfaat, maaf tulisan “cakar ayam”.

– insanbiase (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Thank you sangat share tips ni, tapi boleh elaborate ke bagi example ke for part fact tu. Macam mana nak transform fact into lukisan?

    • contoh macam saya student sains.. kalau nak hafal jalan cerita anatomy ke apa semua tu, saya akan lukis iku apa cerita yang saya faham. kelas marketing pun saya buat macam tu tapi dalam bentuk bulat bulat. bulat first cerita dia ni, then sebelah dia bulat second cerita ni pula sambungan. macam fact tu saya buat jadi cerita and dah ada dalam otak, cuma nak bagi ingat dan tak hilang, saya lukis balik bentuk tu awal awal sebelum start jawab soalan. nanti masa recall saya lukis balik bentuk tu then saya akan teringat “ohh.. first bulat ni cerita dia..”

      taktahu la faham ke tak apa sy cuba sampaikan ni hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *