Anak Lelaki Yang Selalu Menang

Hai korang. Aku nak luah pasal mak aku. Aku panggil dia ibu. Ayah dah meninggal lama dah.

Adik beradik aku ramai lelaki. Aku sorang saja anak perempuan dalam rumah ni.

Sebenarnya aku saja meluah sebab aku baru lepas terasa hati dengan ibu.

Sepanjang aku membesar ibu selalu utamakan anak-anak lelaki. Tak tahulah kot aku yang tersangka buruk. Boleh kata semua kerja rumah tak payah buat. Anak lelaki buat hal pun dia tak marah beriya-iya. Tapi kalau aku, pakej tak tegur terus.

Jenis aku, aku malas nak drag benda lama-lama so aku akan minta maaf dulu atau start apa-apa conversation. Orang kata tak berbaloi pun nak menang dengan orang tua sendiri lagi-lagi ibu sendiri.

Ibu aku ni kalau abang atau adik lelaki nak makan, cepat-cepat dia akan hidangkan nasi atau tuang air. Atau, dia akan suruh aku tolong cedok kan makanan. Aku yang balik kerja penat-penat ni kena bangun untuk buat.

Pernah beberapa kali aku suruh dorang buat sendiri. Pernah juga aku tegur ibu aku supaya suruh kaum2 lelaki tu buat juga kerja rumah. End up, dia buat muka. Seolah-olah aku ni anak yang berkira.

Sekarang semua dah kahwin tinggal la aku seekor diri yang taknak tinggalkan ibu. Risau kalau-kalau ibu demam ke, sunyi ke. Umur pun dah cecah 30 tapi lantaklah. Aku bukan ada kawan sangat so aku luah dekat korang jelah.

Haritu adik aku ada belikan telekung dekat ibu. Brand yg selesa tu la. Dia punya puji tu melambung2 dan berulang2. Apa je anak2 lelaki belikan semua dia suka. Tak cantik pun kata cantik sebab nak jaga hati.

Aku tahulah sebab bila adik balik dia kata hmm sebenarnya tak berapa muat tapi kesian adik dah beli so pakai jelah kan.

Tapi time aku. Hmm sedih. Aku setiap kali gaji selalu spend duit kat ibu. Tapi yang buat aku nak meluah ni aku ada belikan beg kat ibu, bila bawa tu mula2 macam ok.

Lepastu dia cakap erm sorry sangat ibu macam tak berkenan dengan beg ni. Boleh tak pergi kedai semula dan tukar. Macam2 lagi alasan dia beri. Aku sedih jugak tapi aku malas so aku kata ok lah takpe nak buat mcm mana.

Pergi kedai, aku bawak dia. Dia pilih. Hopefully ok lah. Tapi bila sampai rumah, dia komen mcm2 lagi. Aku kecil hati sangat. Tak boleh ke dia hargai barang2 yang aku beli.

Sebenarnya dah banyak kali aku perasan barang2 yang aku beli dekat ibu boleh kata semua dia akan komen dan kritik. Tapi sebagai anak yang bodoh, dungu, aku tetap beli, tanya dia nak apa setiap bulan. Bawa pergi jalan sebab tak nak dia bosan.

Samalah kalau keluar jalan pun, kalau anak lelaki yang bawa semua tempat dia selera. Kalau dengan aku asyik tak kena tekak.

Sedih oi.

Kau bayangkan rumah ni kalau berhari2 anak jantan singgah, semua ibu yang bereskan. Sampai je aku kat rumah setelah penat bekerja, terus dia suruh tolong buangkan sampah, tolong beli itu ini.

Aku pernah lah, yes aku tahu aku salah. Aku tertinggi suara. Aku cakap, sepanjang masa semua ada kat rumah takkan ibu tak boleh minta tolong? Kenapa tunggu aku balik. Orang lain tak nampak ke sampah dah penuh?

Macam biasa, ibu tunjuk protes, dia bereskan kerja2 tu tanpa pertolongan aku. Lebih sanggup dia buat daripada minta tolong abang atau adik. Weh adik pun bukannya kecik. Dan 30++.

Aku tahu cerita aku macam berterabur tapi boleh tak korang comfort kan aku.

Aku sedih sangat dengan budaya merajakan anak lelaki ni. Aku kerja keras kot cari duit, tapi anak lelaki juga yang ditatang.

Entahlah kadang-kadang aku rasa aku nk kahwin dan blah dari rumah biar anak-anak lelaki yang jaga. Ibu lagi gembira kot?

Aku ni kan anak yang asyik melawan, yang selalu tak gembirakan dia. Sedih.

– Amni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Takpe, awk dpt pahala yg bnyak sbb jaga ibu, tapi awk kna sabar n ridho.. mmg di dunia ni nmpak mcm awk ‘rugi’ atau di’buli’ oleh adk bradik llaki yg lain tu, tp sampai masa klaw awk kawin n dduk asing nt, mse tu mak awak mngkin akn ‘appreciate’ jasa2 awk mse dduk dgn dia.. itu x penting sgt, yg penting Allah yg akn redha dan beri awk ganjaran yg baik, ssma ada di dunia, mahu pon di Akhirat kelak.. Wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *