Isteri Yang Dah Sampai Limit

Assalamualaikum semua. Aku seorang isteri yang bekerja di pejabat; mempunyai 3 orang anak. Suamiku bekerja sendiri dah nak masuk tahun ke 3. Aku berniat nak fully breastfeed babyku sampai umur 2 tahun. Doakan aku.

Komitmen bulanan keluarga banyak aku yang bayarkan- rumah, kereta. Yuran anak2 dulu suami bayarkan, tapi lepas dia berhenti kerja aku yang bayar semua, huhu..

Tahun pertama dia takde income aku masih boleh bersabar. Tapi makin lama sabarku sudah sampai limit. Suami macam kurang inisiatif nak cukupkan bayaran bulanan macam dulu.

Bila aku merajuk mengamuk baru dia nak bergerak buat kerja. Aku dah jadi berkira dan kedekut sebab kalau tak semua aku yang kena bayar. Aku stress.

Aku tak pernah setuju untuk aku yang jadi ketua rumah walaupon gaji ku cukup untuk bayar semua. Aku tak mampu nak redha, aku jadi stress.

Aku paksa jugak suami bayar bil2 rumah dan beli barang2 makan kat rumah. Itupon kena tempuh banyak drama air mata. Rumah dan kereta tu memang aku dah beli sebelum kahwin, so memang aku la yang bayar.

Suami ada kereta tapi sudah diwakafkan pada keluarganya. Situasi aku dah terbalik bukan? Macam aku yang jadi suami sekarang ni. Aku penat.

Oleh sebab itu, aku rebel cara aku. Urusan rumah contohnya basuh baju, cebok mandikan anak2, masak banyak & mostly suami yang uruskan. Aku buat2 penat. Tapi memang penat pon. Physically and mentally exhausted.

Dekat rumah mertua pon aku buat yang sama. Aku biar je pampers anakku penuh suruh suami uruskan. Aku sorok minat untuk memasak dalam kata lain buat2 taktau nak masak. Penat nak kejar demand baby pastu nak memasak lama2 di dapur.

Tapi aku tolong la semampunya contohnya basuh pinggan, mengemas. Keluarga suami pulak suka nak masak2 makan ramai2. Birasku semua surirumah, aku je yang bekerja. Diorang kat dapur, suami2 mereka santai2 depan tv.

Bagi aku, aku pon penat bekerja jugak macam ipar2 lelaki, so aku pon layak la bersantai depan tv main henfon kan? Win win situation la kan hahaha Sabtu ahad je masa aku ada untuk qada’ berehat dan meluangkan masa dengan anak2.

Aku pulak jenis makan apa yang ada asalkan tak ganggu production susu dan aku tak lapar. Roti dengan telur, minum oat pon dah mengenyangkan aku.

Aku tahu pandangan keluarga mertua kepadaku, tapi aku penat. Malas nak fikir banyak sampai stress. Aku malas nak compete semata2 nak impress kan mertua.

Suami banyak je membantu. Cuma part nafkah tu memang terbabas la huhu. Sekarang slowly aku nak serahkan balik semua tugas2 suami. Tapi memang kena gaduh la hari2. Kena berkira setiap sen yang aku keluar. Aku tak suka jadi macam ni tapi aku terpaksa.

Dulu aku sangat la tak berkira, baik, lemah lembut, sopan santun haa gitu. Tapi kena pijak pulak kita wakk. Keadaan sekeliling memaksa aku untuk berubah. Doakan aku ya.

Aku ambil langkah drastik jugak nak jual rumahku. Sampai bergaduh2 la dengan mak sendiri. Mak cursed aku as anak derhaka sebab aku bagitahu nak berhenti kerja. Aku jugak yang kena kan. Aku penat.

Aku pernah share kat sini dulu. Boleh refer cerita ni, https://iiumc.com/derhakakah-saya/

Kat sini ku tukar kata ganti jadi ‘aku’ ye.

Situasi di pejabat aku pulak semakin toksik sebab baru tukar ke bos perempuan. Suka ikut kepala sendiri pastu kena selalu berkipas2 dengan dia. Aku jenis yang buat kerja sendiri, tak pandai nak kipas2.

Performance kerja makin merudum sebab kerap cuti bersalin (ok aku dah pakai implanon sekarang). Biasalah kena force ranking. Sedihkan hidup aku.

Aku dah takde tempat dah nak mengadu. Kena telan sorang2. Boleh mintak dengan Allah dan luahkan dekat sini je.

Satu2 ujian yang datang ni, aku tak tau sampai bila aku mampu bertahan. Badanku especially kaki dah mula bagi signal sebab dah overused agaknya haha sadiskan. Ujian untuk menempuh umur 40an.

Doakan aku terus kuat dan sentiasa redha dan tenang dengan ujian Allah. Aamiin.

Sabarku yang dah sampai limit.

– Bunga hampir layu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam,

    Tahniah Puan saya ucapkan, dalam keadaan choas Puan masih boleh bertahan, masih taat pada suami, masih lagi memuliakan suami, masih bantu bayar semua bil bil yang sepatutnya dia tanggung.

    Masih boleh berbincang walau guna air mata lol. Boleh arahkan suami buat kerja rumah, dan suami pun terima baik tugasan dia. Syaitan sangat marah dengan para isteri yang bertahan bersama suami apabila diuji. Akan selalu dia bisik bisik benda tak elok pada si isteri. Menampakkan hina nya seorang suami bila dia ada masalah kewangan, hinanya suami tuh bila tak dapat jalankan tanggungjawab.

    Dalam rumahtangga ada kalanya nakhoda kapal bertukar mengikut kemahiran, mungkin dalam tempoh Puan bertukar pangkat menjadi kapten kapal, ombak yang di harung terlalu kuat untuk suami, hanya Puan yang boleh cara ombak tuh. Allah SWT lebih tahu. Saya kagum dengan Puan sebab tahu dalam kapal tuh masih ada suami dan anak anak jadi perlu elak kapal untuk karam.

    Semoga tahun nih dan seterusnya dilapangkan rezeki suami Puan, dia berjaya ambil alih semua jadi kapten kapal, semoga Allah SWT balas segala kebaikan Puan, semoga Dia sentiasa memandang Puan dengan rasa kasih dan sayang atas pengorbanan Puan pada suami dan anak anak. Rezeki Puan dan suami Allah SWT dah tetapkan di Luh Mahfuzh, saya harap Puan memilih untuk lebih bertenang selepas nih.

    Seorang lelaki hanya bagi bahagia di mata wanita dunia pada 3 waktu sahaja sepanjang hidupnya, yang pertama bila dia lahir, ibu dia gembira, yang kedua bila dia berduit, isteri dia gembira, yang ke tiga bila dia sudah tiada di dunia, orang lain gembira dapat harta warisan dia. Itu lah kisah lelaki.

    Tutup salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *