Bila Dah Jadi Mak-Mak Ni

Aku Su. Umur aku 26 tahun. Aku dah berkahwin dengan suami hampir 4 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata yang sekarang usianya menganjak ke 3 tahun. Aku nak buat confession terutama pada kaum mak-mak lah.

Aku berkahwin dengan suami masa umur aku 22 tahun, nak cakap kahwin muda tak adalah muda sangat. Masa tu aku masih lagi student di sebuah IPT awam.

Selang beberapa bulan lepas tu aku disahkan hamil dan mula lah sesi aku kena kondem sebab tak merancang kehamilan lah, and tak fikir masa depan lah.

Masa tu aku still lagi boleh berfikir positif and tapis kutukkan, hinaan dan cacian yang dilemparkan dan masa tu jugaklah aku bersyukur sangat sebab Allah tapis orang-orang yang dulu rapat dengan aku.

Tak tipu, masa tu adalah aku rasa macam ditikam belakang bila ada kawan yang kau anggap sahabat tiba-tiba menjauh and tuptap timbul cerita yang kata kau pregnantkan anak luar nikah then sebab tu kau cepat-cepat kahwin dalam diam. Tapi tak lama lah aku rasa down tu.

Aku dapat tahu yang sebarkan cerita tu is my own kawan yang aku dah anggap as sahabat rupanya musibat.

One semester jugaklah aku cuba take slow down, cuba asingkan diri aku dari vibes-vibes negatif ni even terpaksa extend one semester and terpaksa bawak perut yang tengah sarat to another semester.

Aku tahu orang akan pandang rendah dengan keputusan aku tapi ni pun untuk make sure baby dalam perut tak stress.

Sebelum jadi official mak pun aku memang dah letak priority untuk baby ni cuma aku kadang deny benda tu sebab aku tak nak rasa aku tak pernah fight for my dream.

Walaupun aku agak lambat convo from kawan-kawan sebatch aku tapi aku bersyukur aku tak jumpa muka-muka mangkuk tu kalau tak confirm laju jer mulut ni nak kutuk diorang balik.

Sebaik akal ni tahu bila kau berdebat mulut dengan orang bodoh, kesudahannya kau selevel dengan dia, dia tak akan pernah nak kalah dan kau pulak kena tanggung sakit hati yang diorang buat.

Lepas convo pulak aku kena lagi kecaman dari orang terdekat and mostly dari family members dua-dua pihak which is family sendiri and family mertua and sekali lagi aku buat tak layan and try gapkan diri dengan diorang.

Benda yang privacy such as kau punya planning ke apa semua ni kena tutup sehabis baik sampai diorang tak tahu what you next movement gituw.

Waktu tu ramailah kecam aku kata habiskan duit mak ayah belajar tinggi-tinggi tapi last-last sijil tu terperosak dalam laci bagai.

Tapi as usually aku punya prinsip “pergi mampus lah dengan kata orang”. As kau tahu apa yang perlu kau improve, kau punya target, so tak payah nak kisah what people akan cakap. Nanti bila kau kisah sangat pasal diorang, kau sendiri yang akan makan hati and stress.

Suami aku pulak pada awalnya okay lah bila aku decide nak jadi suri rumah sepenuh masa dulu sebabkan anak pun kecik lagi, nak hantar pengasuh pun takut.

Bagi aku, kalau anak aku dah start bercakap like dia umur 2-3 tahun and boleh cerita apa yang dia buat kat rumah pengasuh or taska its okay lah kan.

Zaman sekarang ni susah sikit nak cari pengasuh yang ikhlas dengan tanggungjawab yang kita amanahkan. Kita jadi mak pun kadang termarah tercubit anak sebab burnout, apatah lagi orang luar bila anak kita meragam kan.

Then, berbalik pada suami aku tu, mula-mula jer dia okay. Masa anak aku dah nak masuk setahun lebih macam tu, suami aku yang dulu penyabar jadi mudah marah even benda-benda kecik like anak menangis tengah malam.

Aku ada jer cuba pujuk anak apa semua, tapi dia still nak marah. Dan aku bukan sejenis pendam tau, aku terus direct to the point and tegur suami aku. After that, suami aku pun cerita lah masalah dia yang mostly about masalah tempat kerja and gaji dia yang tak naik-naik.

I know its hard for him untuk tanggung everything sorang-sorang. Aku try bagi dia semangat and setiap doa aku akan selitkan doa baik-baik untuk suami, anak-anak and for family-family kami.

Tapi kalau takat doa jer memang tak cukup lah kan, mesti nak kena ada usaha. So apa aku buat is aku cuba upskill. Aku ni nama jer ada ijazah sarjana, tapi skill-skill lain ke laut.

Dah apply macam-macam tempat kerja tapi ada benda yang aku kena consider and last-last aku balik pada keputusan aku which is jadi suri rumah tapi tak de lah sepenuh masa. Jadual memang pack but i know i can do it.

Sepanjang anak aku membesar, dari lepas pantang tu aku dah try apply mana-mana scholarship untuk upskill sama ada by google or another platform. Dari situ dah cut budget untuk upskill lah kan.

Then aku arrange masa pulak, time anak aku tido malam aku akan settlekan pulak class-class aku untuk upskill. Then bila dah rasa boleh go dengan knowledge and skill yang aku belajar, aku buat pulak freelancer macam tu. Duit yang aku dapat pulak aku guna untuk buat small bisness.

Dari small bisness and freelancer tu pulak aku simpan untuk aku guna, untuk emergency and untuk anak. But no one know about apa yang aku buat even suami aku sendiri sebab tah lah, bagi aku nafkah memang tugas suami, apa yang aku boleh tolong, aku tolong but senyao-senyap jer.

Suami aku ni tak selalunya akan ada masa kat rumah, dia kerja 6 hari seminggu, tu pun balik malam. Kalau dia tengah nak lepak ngan kawan-kawan, aku biarkan jer,

Sebab bila dia tak ada kat rumah aku boleh lah nak buat live shopee stream, lazada, or tiktok. Kat situ pun aku dapat side income. Penat memang penat tapi berbaloi. Dengan duit tu jugaklah aku boleh bayar duit pembedah mak aku.

Sejujurnya memang tak kuat. Tapi bersandarlah pada yang Maha Kuat (Allah). Bukan apa, ada jer isteri yang kata mereka lemah sebab suami tak supportive, tapi mereka lupa yang suami tu manusia yang lemah macam si isteri jugak.

Lelaki pun ada hati, lelaki pun ada masalah, lelaki pun kadang sukar dimengertikan, lelaki pun ada cerita and ujian yang diorang lalui. Tak boleh lah kita ni sikit-sikit nak salahkan suami.

As long as suami kau tak perang angkat tangan kat kau, tak pernah maki hamun kau, still respect kau, still jalankan amanah dia sebaik mungkin, kau kena bersyukurlah. Manusia tak lari dari kesilapan, dan jauh dari kata sempurna.

Dan bila kau jadi mak pulak kau kena terima hakikat ada insan yang betul-betul perlukan kau untuk menghidupkan kisah diorang which is anak. Jangan jadi anak alasan atau plan retirement or plan waktu kau dah tua. Kesian anak-anak.

Kadang mak-mak ni sanggup tak kejar impian dia atas alasan anak, tapi bila anak dah besar, dia pulak nak claim pengorbanan dia kat anak-anak sampai anak pun stress. Kita ni manusia yang berpijak di bumi tuhan yang sementara ni, dan tak ada apa yang kita punya.

Anak-anak, suami, family, kawan-kawan semua Allah yang punya. Kita kena yakin yang kita mampu dan doalah pada Allah untuk kekuatan tu.

Tak semua orang kuat, tapi kena kuat oleh keadaan sebab Allah pun menguji hamba dia ikut kemampuan. Cuma kita jerlah nak rasa kita mampu or tak.

Kita sendiri yang kadang terus-terus membebankan diri kita sebab tak nak mencuba dan berdoa, pluss selalu bagi alasan. Jangan tanya why Allah menguji, tapi tanyalah sedekat mana kita dengan Dia.

– Su (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. saya kagum dgn penulisan akak.. and sy dpt something
    1. pedulikan org nk ckp apa kat kita, (buang yg keruh, ambil yg jernih)
    2. pikir dan fhm tentang psgn kita
    3. biarlah kejayaan yg menjawab usaha kita selama ni
    4. cuba mendidik ank dgn baik dan jgn berharap apa2
    5. sentiasa kuat dan menerima ujian dari allah kerana kita hamba

    saya doakan semoga akak sentiasa dipermudahkan segala urusan bersama family.. dan mendapat keyaan yg baik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *