Maafkan Niat Kerana Allah SWT Demi Mendapat Izzah

Assalamualaikum semua, nama saya Jun (bukan nama sebenar). Saya harap admin siarkan luahan saya sebab saya rasa, terpaut hati nak kongsi luahan ni.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Pertama kali saya nak kongsi tentang maafkan niat kerana Allah demi mendapat Izzah iaitu mulia di sisi Allah.

Ini adalah dari kisah kehidupan tentang hubungan haram antara lelaki dan wanita yang memang HARAM di sisi Allah dan membawa keburukan pada diri. Tapi jika dilihat ada indahnya pengajaran.

Saya mempunyai satu kisah di mana, ada seorang wanita ni dia memang suka sangat main video game online dan memang yang sejenis outspoken dan confident.

Jadi dia ramai kawan ye dan kebetulan dalam fitrah manusia ni.. memang kadang tu terasa sunyi jika tiada peneman untuk luahan dan bermanja which is tipu daya syaitan.

Jadi wanita ni, dia niat nak kenal dengan kawan game online dia and lelaki tu setuju. Jadi mereka berdua ini berkenalan dan lama-lama mereka couple which is obviously HARAM.

Jadi mereka berdua ni couple for almost a year, and something happens to the lady, Wanita ni tak pernah rasa aman dan selalu overthink dan gelisah dan selalu bergaduh juga dengan lelaki tu which is lead to break up.

Lelaki tu putuskan hubungan itu dan meninggalkan luka yang sangat-sangat dalam kepada wanita itu.

Jadi di sini, kita nampak HARAM relationship hanya lead to disaster ye.

Tapi kemanisannya adalah dari cerita pendek kt atas tadi tu adalah tanda Allah SWT tu sayang pada mereka berdua dan lebih tahu perkara buruk akan terjadi kalau hubungan HARAM tu masih diteruskan.

Jadi wanita tu mesti menangis and begging for about a month until one day dia stop begging and crying. Apa wanita tu buat adalah kembali pada Allah, dulu tak pernah tutup aurat, sekarang dah istiqamah, Al-Quran dan solat tak pernah tinggal.

Pada 1/3 malam dia bangun tahajud and mohon Allah lembutkan hati dia untuk memafkan lelaki tadi dan sembuhkan luka dia dari hubungan tu dan wanita tu minta keampunan dari Allah.

Jadi kisahnya, wanita tu mungkin dah dekatkan dirinya pada Allah tapi hati dia ada luka yang sangat-sangat dalam yang buatkan dia tak boleh maafkan lelaki tu.

Maaf tu jadi susah, hati jadi bolak balik. Mungkin sebab tertipu dengan janji-janji manis atau kenangan lampau yang palsu.

Jadi wanita tu mohon pada Allah untuk lembutkan hati dia untuk memberi kemaafan dengan niat dia nak kemuliaan di sisi Allah, dan mengharapkan Allah ampunkan dia sebab hampir jatuh ke lembah maksiat, and one day wanita tu hantar Chat Whatsapp pada lelaki tu.

Dia taip “Aku maafkan kamu bukan kerana kamu tapi kerana Allah SWT”. Mashallah lepas tu wanita tu menangis dan hati jadi lapang selapangnya.

Hadirin yang membaca ni, MEMAAFKAN itu sangat susah kan? Ye betul sangat-sangat susah. Boleh jadi sampai mati masih tiada kemaafkan. Tapi untuk apa kita tak boleh memaafkan? Sedangkan Allah dah janji orang yang memaafkan adalah mulia di sisi Allah.

Kita bukan akan dapat ketenangan atau harta berjuta pun kalau tak maafkan. Kita rugi je sebab tak dapat IZZAH iaitu kedudukan mulia di sisi Allah.

Jadi it may took a month or a year untuk forgive others or specific person. Jadi nasihat saya kembali pada Allah, turunkan ego, nangis la puas-puas pada Allah untuk lembutkan hati kita semua untuk MEMAAFKAN niat kerana Allah SWT.

Dan para wanita kat luar sana, hubungan couple, bercinta sebelum akad nikah adalah HARAM. Dosanya masih ada walaupun kamu telah berkahwin dengan orang itu, tidak terpadam dosa tu unless, both of you seek for forgiveness from Allah. Jadi BERHENTI sebelum terlewat.

Ramai juga yang kata “Ala tak bercinta macam mana nak kawin” SALAH, nothing is impossible for Allah. Yang jaga hanya untuk yang menjaga.

Jadi wanita jagalah kehormatan diri, hati kamu dari lelaki yang tak serius nak halalkan kamu. Sesungguhnya, pengharapan pada manusia berakhir pada kecewa dan ini 100% betul.

Saya juga belajar dari kisah wanita tadi, Allah tu sebenarnya sangat-sangat sayang pada kita semua lebih dari ibubapa sendiri. Tabarakallah mashaallah subhanallah, manisnya taat tu betul, dan saya doakan kita semua dapat istiqamah untuk taat pada Allah.

Kalau jatuh bangkit jangan putus asa, dan semoga kita dikelilingi orang yang baik – baik dan sentiasa berada dalam keredhaan Allah. Aaamiin allahumma aamiin

Semoga luahan saya ni boleh buka hati pada yang digerakkan hatinya oleh Allah untuk memaafkan orang lain. Tabarakallah Assalamualaikum wbt.

– JUN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *