Hipokrit

Assalamualaikum semua. Aku tak tahu orang lain diorang dan adik beradik macam mana, mungkin sama dengan aku dan mungkin tidak.

Aku yakin sangat kita ni yang anak dan adik beradik boleh nampak mak ayah kita macam mana tapi setakat memerhati kalau tegur pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Keluarga kami dulu susah, mak, ayah, aku dan adik 2 orang. Adik beradik ayah aku duduk sama negeri. Ayah aku ni termasuk dia ada 5 orang adik beradik semua tu lelaki.

Mak aku pula dia ada 3 adik beradik semua perempuan. Kami ni keluarga sejujurnya awal hidup dulu susah duduk dekat rumah kayu air pasang tu bilik kecik je kalau jalan bunyi kriuk kriuk lantai tu. Rumah memang sekangkang kera bilik pun 1.

Tapi adik beradik ayah aku lain semua ni pada aku kategori senang diorang ada kereta kami ni mana ada ayah aku dengan mak aku pun kerja jalan kaki dekat bustop naik bas.

Setiap kali kalau datang rumah diorang tak nak masuk ye cakap sempit, panas, bau. Kami ni diamkan je lah.

Sepanjang susah tu yang paling banyak bantu keluarga kami, adik beradik mak aku. Makcik aku walaupun diorang hidup tak senang mana tapi kami okay tenang je.

Balik kampung belah ayah aku jangan cakap ye kami ni keluarga pinggiran. Bawa beg naik bas ratus kilometer, lepastu naik teksi. Setiap kali balik atuk aku nanti cakaplah “teksi je bila nak ada kereta sendiri”

Kalau beraya tu kan kami tumpang kereta pakcik aku nanti jenis merengus je diorang semua tak kena.

Senang cerita hidup kami ni hina. Yang paling aku ingat sampai sekarang tak boleh lupa. Datang rumah pak long aku ni. Aku tingkatan 1 adik aku sorang darjah 3 lagi sorang darjah 1. Adik aku dia nak pergi tandas jadi aku bagilah dia pergi macam biasa.

Lepastu bila dah keluar tandas adik aku ni dia curious dengan peti sejuk besar rumah pak long aku. Aku waktu tu nak check sekali bila adik aku dia nak buka pintu peti sejuk tu pakcik aku tibas tangan dia kuat ye bunyi, siap dengar dia cakap “rosak nanti”

Adik aku muka dah nak nangis aku terus tarik bawa depan gosok tangan dia sambil tu aku pujuk, “dah jangan nangis nanti dah besar along belikan” sambil dia ter esak-esak.

Aku memang paling tak berkenan dengan saudara belah ayah aku sampai sekarang. Pejam celik, keluarga kami makin senang sebab mak dengan ayah aku ni rajin meniaga, dulunya setakat kerja biasa tapi lepastu diorang kumpul duit nak mula meniaga.

Dari meniaga tepi jalan buka warung dan sekarang ni Alhamdulilah dah ada 2-3 jenis perniagaan sendiri.

Tapi itulah, ayah aku dia tak perasan tapi aku mak dan adik aku perasan macam mana berubahnya adik beradik ayah aku bila kita orang dah senang. Semua puji itu ini semua jadi baik,

Bayangkan selalu kalau datang rumah kami tangan kosong masuk pun tak nak bila dah pindah rumah yang luas selesa baru nak masuk lepastu bawa buah tangan jajan bagi aku dengan adik-adik.

Tiba-tiba rajin pula sebelum balik tu bagi duit padahal selama ni kami duduk rumah lama tak pernah ye bagi duit, duit raya pun dapat setakat 2 ringgit sorang. Bila hidup kami dah berubah eh dapat 10 ringgit.

Memang ketara sangat hipokrit dia tapi ayah aku tak perasan. Pada aku yang ayah aku ni dia nak acknowledgement dari keluarga dia.

Jadi bila dia dah senang, adik beradik dia saudara mara dah macam “angkat” dia jadi lupa apa benda hipokrit diorang buat waktu kami susah dulu.

Setiap kali balik beraya sampai sekarang aku pandang setiap muka pakcik aku, atuk aku, saudara mara aku setiap kali tu aku rasa benci walaupun dekat luar senyum.

Kami semua sedar bertapa hypocrite diorang ni tapi ayah aku tak sedar dia selalu cakap, “alah tu benda dulu tak payah ingat” padahal dulu berapa banyak jelingan dan kata-kata yang tak sedap kami satu keluarga terima.

– Imran (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. move on je dik… forgive but never forget.. apa yg ayah awak katakan betul.. benda lama & tak mungkin berlaku lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *