Sijil Lahirku Melintang

Cerita aku bermula pada tahun 1999, masa tu aku baru 9 tahun. Aku ingat lagi, waktu tu mak aku tengah kemas2 rak almari dan aku pun tolong sama masa tu, tengah menyusun segala isi dalam rak tu aku pun terambil 1 sampul,

Masa tu aku bukak tengok dalam surat tu ada 2 orang pada aku kira orang asing lah, sebab dalam keluarga aku memang tak pernah tengok muka tu.

Terdetik kat hati aku. Siapa dia orang ni? Aku tanya mak masa tu, mak siapa ni? Mak aku terus bagi tahu itulah mak dan ayah kamu.

Tapi masa tu baru 9 tahun kan aku macam faham tak faham apa mak aku cakap, tak hadam sangat sebab pada usia macam tu mentah lagi.

Tapi nak dijadikan cerita, aku selalu belek muka aku kat cermin. Aku selalu cakap kat depan cermin tu, kenapa ye muka aku tak sama macam mak abah, warna kulit aku pun tak sama.

Dulu masa aku kecik aku selalu soal kat mak abah aku arwah nenek aku cakap, aku termasuk dalam kawah. Sebab tu lain warna kulit nya, sekali lagi aku percaya yelah budak kan. Orang selalu panggil abah aku Zini, tapi kenapa aku tak binti Zini pun, kenapa aku binti Abdullah.

Semua buku sekolah rekod sekolah aku semua berbinti kan Abdullah tak de 1 pun nama abah Zini, cikgu minta sijil lahir kat sekolah tengok sijil kawan2 semua menegak tapi aku melintang.

Ye semua aku kena hadam masa aku kecik bermula sekolah rendah. Dah naik umur 12 tahun ye baru aku berakal aku dah mula sedar apa yang mak cakap masa aku umur 9 tahun betullah bukan mak aku buat lawak.

Aku cari balik surat tu aku tenang muka orang asing tu, yee sama muka aku, mata yee sama betul dengan mata aku. Akhirnya aku terima kenyataan betul, aku anak angkat.

Apa yang istimewanya asal usul aku bukan daripada anak Melayu beragama Islam, aku berketurunan India dan non muslim, aku diambil sebagai anak angkat ke dalam keluarga Islam dan Melayu banjar ye.

Patut lah, jauh sangat beza nya faham kan Melayu banjar ni semua muka macam Cina tau, kulit cerah. Dalam keluarga angkat ni aku anak tunggal dia orang ada anak tapi anak dia orang meninggal masa lahir.

Dan ditakdirkan aku masuk ke dalam keluarga ni, aku dilahirkan di Johor dan dibesarkan di Perak.

Jauh ye perjalanan takdir hidup aku. Sekarang usia aku dah mencecah 34 tahun, arwah abah angkat meninggal masa aku 25 tahun, susah senang aku memang bersama keluarga angkat ni.

Tak pernah kurang kasih sayang, istilah nya jika ada perumpamaan kasih sayang ibu dan ayah mak dan arwah abah aku memang sayang sangat kat aku.

Aku bersyukur dibesarkan di dalam keluarga ni. Tak kurang sikit pun, aku belajar sehingga ke menara gading. Alhamdulillah aku kerja di sektor awam, JKM berkhidmat untuk masyarakat.

Dan aku pernah membawa kes anak angkat juga selama bekerja di sektor ini, 1 perasaan yang berkaitan dengan diri aku bilamana melihat anak2 dijadikan sebagai anak angkat ye itulah jalan hidup aku 34 tahun yang lepas.

Lupa pula, berkenaan status perkahwinan, aku menggunakan wali hakim ini pun pengalaman baru bagi aku dimana perlu melalui akuan sumpah,

Dan masa tu terkedu bilamana di dalam ayat akuan bersumpah selama 27 tahun itulah pertama kali aku sebut nama ayah kandung aku tanpa melihat wajahnya. Berjurai lah juga air mata kan.

Kau sebut nama tu tapi tak pernah melihat susuk tubuh apatah lagi suara. Mak angkat aku pernah cerita, aku ramai adik beradik ada kakak dan abang tapi aku cuma boleh imaginasi je.

Alhamdulillah aku ok sangat bersama keluarga sekarang, cuma sedih arwah abah angkat aku tak sempat merasa tengok kejayaan anaknya dalam bekerja arwah abah aku dulu kerja buruh binaan dan nelayan, mak aku berniaga nasi lemak di kedai.

Hidup sederhana tapi serba cukup aku di dalam keluarga ni. Aku cuma nak cakap kalau aku diberi kesempatan untuk berjumpa dengan keluarga asal aku, aku nak cakap yang aku ok. Cukup makan dan pakai aku, aku diberi pendidikan dan tempat tinggal.

Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, dan demi kasih sayang yang ditinggalkan oleh arwah abah angkat aku, aku namakan anak aku dengan Nur Zinni, ye adaptasi nama abah. Zini. Banyak lagi yang aku nak kongsikan tapi cukuplah setakat ini.

Buat anak-anak angkat diluar sana, jika terbaca luahan hati ini, jangan sekali rasa rendah diri, tertulisnya jalan hidup kita begini, tetapkan dalam diri berbaktilah pada kedua orang tua kita yang telah mengambil dan menjaga kita daripada sebesar tapak tangan sehingga ke hari ini.

Jangan berasa malu, balas la jasa mereka yang membesarkan kita. Bersyukur, jika kita libat terdapat kes pembuangan bayi di tong sampah, pembunuhan bayi tapi kita diberikan sekelumit rasa bersama keluarga yang ditakdirkan ini bersama kita.

– Zinni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *