Aku Minah. Aku nak respon kepada 1 confession dari seorang perempuan bernama Cahaya. https://iiumc.com/zuriat-anak-lelaki/
Confession dia mengenai perasaan kecewa dia sebab mengandung anak perempuan lagi walaupun macam-macam petua dan ikhtiar dia dah buat. Sedih sangat kononnya sebab anak-anak dia semua perempuan.
Kecewa? Hey Cahaya.. kau kecewa dengan rezeki yang Allah bagi kat kau?
Kau tau kenapa Allah tak bagi anak lelaki kat kau?? Mungkin kalau Dia bagi anak lelaki.. besarnya nanti tak seperti yang kau harapkan. Jadi sampah masyarakat mungkin??
Ada sebab dan kau tak berhak untuk pertikaikan. Anak itu amanah dan anugerah Allah.. pinjaman untuk kita saja.
Secara peribadi.. Aku katakan kau memang tak tau bersyukur.
Ada orang 5-6 tahun TTC baru dapat sorang. Ada yang 10 tahun.. Ada yang sampai kemati pun Allah tak bagi zuriat. Tapi kau???
Aku sendiri melalui TTC yang sangat panjang. 16 tahun.. Bukan 16 bulan. Cakaplah apa jenis rawatan aku tak buat. IUI.. IVF.. berpuluh ribu duit simpanan aku habis tanpa hasil. Beratus jarum suntik tembus ke badan..
4-5 kali admit hospital untuk rawatan selama 6 tahun. Berpuluh jenis supplement, ubat yang aku telan.. Sampai berat naik mendadak.. Struggle lagi nak turunkan 1kg pun..
Kau apa tau?? Tau kecewa saja ke sebab scan baby masih juga perempuan?
Siksa dan azab aku nak turunkan 35kg berat. Dengan masalah pcos, endometriosis hyperplasia.. Dengan tiub kanan blocking lagi..
Kau tau tak betapa syukurnya menjadi kau? Kau tak lalui dan rasa apa yang aku dan pejuang TTC lain kena harungi.
Kawan-kawan aku ada yang dah terima menantu.. Ada yang dah bercucu. Itu belum lagi cerita bab menghadap manusia bermulut puaka dan tak berotak kat luar sana.
Bila aku dah tahap redho.. Allah bagi nikmat tu pada usia aku 42 tahun. Mengandung pun spontaneous.. Tak sedar sebab aku dah redho. Tak terkira rasa seronok dan syukur..
Tak kisahlah lelaki atau perempuan.. Yang penting cukup sifat dan sihat. Itu je yang aku doa. Alhamdulillah.. Allah bagi aku anak perempuan..
Aku doakan semoga suami aku panjang umur untuk mewalikan anak aku.. Jika tidak.. Aku ikhtiarlah ikut hukum Islam. Apa susahnya??
Segala harta dan simpanan aku semua aku hibahkan untuk anak perempuan aku. Dengan suami pun aku minta dia hibahkan juga supaya anak aku tak susah nanti. So.. apa masalahnya ada anak perempuan??
So kepada kau Cahaya.. dan perempuan-perempuan kat luar sana, yang konon kecewa tak dapat jantina anak yang kau nak.. sesungguhnya koranglah manusia yang tak bersyukur dengan pemberian Allah.. korang inilah yang dinamakan manusia kufur nikmat!
Kepada pejuang TTC sekalian.. aku harap korang jangan putus asa. Aku tumpang sedih dengan ujian yang korang lalui,sebab aku dah rasa semua tu.. lebih-lebih lagi yang viral masa raya haritu..
Manusia toxic ni banyak.. jauhkanlah diri dari mereka. Cari jalan untuk kurangkan stress. Bahagiakan diri dan pasangan. Teruskan ikhtiar. Berjumpalah pakar, dapatkan rawatan.
Amalkan Doa Nabi Zakaria ini :
Robbi latazarni fardau waanta khairul warisin
Robbi habli milladun kazurriyatan toiyibatan innakasamiud du’a.
Aku amalkan doa ni non-stop.. tak tunggu lepas solat. Aku doa setiap masa, tengah kerja pun,
Kalau tiba-tiba teringat.. aku doa je.. nak makan.. nak tido.. semua aku doa, sebab kita tak tahu bila Allah bukakan pintu langit dan angkat doa-doa kita.
Ingat pesan aku.. Allah tak beri apa yang kita mahu.. tapi diberinya apa yang kita perlu.
Jangan mengalah dan sentiasalah bersyukur!
– Minah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit
Diamlah kau. Takde sapa nak tau pasal kisah mengandung kau. Lagi satu, jangan sesuka hati cakap anak orang akan jadi sampah masyarakat. Sungguh biadab. Kesian anak kau dapat mak macam ni. Lagi satu, dalam dunia fiksyen aku, male pregnancy is real. So, aku dah menyampah dengan statement perempuan mengandung. Aku hanya terima orang mengandung sahaja
alright tak alright ni?
dia bukan sesuka hati ckp anak org tu sampah masyarakat benak oi. dia cuuma bagitau antara hikmah sebab why Allah tak kurniakan someone tu apa yg dia nak. membaca tu jangan busuk hati sgt.
“dengan suami pun aku minta dia hibahkan juga supaya anak aku tak susah nanti”
kenapa?
kau rasa kalau tak hibahkan nanti anak kau mati tak makan ke apa?
tak yakin dengan rezeki dari Allah?
kiranya kau pun sama level dengan yang kau kutuk tu.