Hi pembaca IIUM Confession. Ini adalah luahan kedua aku.
Sebelum ni aku ada buat luahan perasaan yang pertama. Berkenaan suami aku yang ada bait-bait untuk curang.
Jadi selepas confession yang pertama. Macam-macam yang Allah tunjuk satu demi satu.
Dari twitter dark side. Instagram. Tinder. Michat. Dan sebagainya. Aku dah penat bersemuka dengan suami berkenaan benda yang sama. Sebab aku tahu. Dia akan cuba untuk menafikannya.
Pernah sekali aku screenshot. Tunjuk bukti dekat dia. Masa tu, barulah dia mengaku. Katanya dia sunyi. Dia tak seronok sembang dengan aku. Sebab perbualan tu tak dua hala. Katanya lagi dia nak berubah.
Aku cuba tengok balik. Betul ke aku macam tu? Aku boleh sembang just fine dengan kawan baik aku. Aku tanya kawan baik perempuan. Betul ke aku macam tu?
Kawan baik aku cakap. Tak lah. Kau okay je. Bila tengok balik. Cuma aku je yang selalu mulakan perbualan dengan suami. Suami lebih suka pilih untuk diam dan main game.
Sekarang bila aku dapat tahu suami berbalas Whatsapp dengan perempuan lain. Sejujurnya aku penat. Aku boleh nampak effort tu hanya datang dari aku sahaja untuk perbaiki hubungan kami.
Aku cuba nak create moment2 indah. Tapi tulah. Cuma aku je yang mulakan dulu. Aku yang peluk dia dulu. Aku yang pegang tangan dia dulu. Aku dah tak ada apa dah nak cakap dengan dia.
Sebab sebelum ni aku dah pernah bagitau dia panjang lebar dekat Whatsapp. Jaga Ikhtilat. Jaga ikhtilat. Dia kerja. Aku pun kerja.
Bila kerja aku busy. Bila balik rumah, aku busy uruskan anak. Jadi aku tak terfikir langsung untuk buat benda yang sama. Mungkin suami terlalu banyak masa free.
Aku teringat ada baca confession dekat sini yang upah private investigator. Jadi sekarang ni aku buat keputusan untuk hire private investigator. Kumpul bukti untuk teruskan kes dekat mahkamah.
Aku pilih untuk melawan rasa sedih dan marah aku. Pura-pura kononnya tak tahu.
Sebab aku tahu. Kalau aku confront nanti. Suami aku akan bagi berjuta alasan. Termasuklah menipu di depan muka aku. Ini bukan kali pertama. Bukan jugak Kali kedua atau kali ketiga.
Aku tertanya- tanya juga. Kenapa ya perempuan dekat luar sana masih melayan lelaki tu walaupun tahu lelaki tu suami orang?
Tapi aku faham jugak. It takes two to tango. Whatsapp profile suami aku ada gambar kami bertiga. Membuatkan aku sedar. Gambar kami bertiga penuh phone pun tak boleh nak ubah apa-apa.
Mungkin pembaca yang pernah lalui benda yang sama boleh nasihatkan aku? Sebab aku tak pasti betul atau tidak apa yang aku buat ni.
Terima kasih baca luahan perasan aku ni.
– K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit