https://iiumc.com/sambal-tumis-telur-hancur/
Selepas je baca cerita ni, aku memang menangis sebab teringatkan abang – abangku.
Jujur, aku iri dengan cerita ini. Aku ada 3 abang, tapi macam takde abang.
Abang sulung aku dari smk dari buat hal dan sekarang berumur 23. Dari bulan 2 tahun lepas dia buang family dalam hidup dia.
Bulan 10 tahun lepas dia kahwin, tapi sorang ahli family kami pun dia tak jemput.
Btw kami 6 beradik. 3 lelaki, 3 perempuan dan aku bongsu.
Aku tak tahu apa masalah abang sulong aku sampai buang keluarga, tak balik kampung. Tanpa kami tahu sepatah pun kenapa.
Kadang – kadang sedih la juga bila dengan kisah abang orang lain sebab teringatkan abang aku.
Abang kedua pula iaitu abang ngah, dari umur 13 mak aku hantar tahfiz tapi entah macam mana boleh terjebak dengan kawan – kawannya. Dari rokok, ke ket*m dan sampai lah ketahap d*d*h.
Fyi, abang ngah aku dah pernah masuk penjara sebab d*d*h. Mula – mula kena tangkap, mak aku bayar denda sebab ingat dia boleh berubah tetapi masih sama.
Kali ke dua kena, mak aku dah tak bayar dan dia kat dalam. Sekarang abang ngah kat penjara buat kali ke2. Abang ngah juga pernah berhutang dengan ahl*ng sebanyak 4 kali.
Kalau dikira total duit yang bayar kat ahl*ng tu adalah sebanyak rm 7,500 untuk 4 kali.
Untuk pengetahuan semua, kami hidup dalam keadaan sederhana. Tak kaya dan tak miskin.
Abang aku tahu yang mak aku boleh bayar hutang dia, sebabtu dia berani berhutang. Kalau mak aku tak bayar, mungkin korang tahu kut apa yang ahl*ng tu akan buat.
Last sekali abang ke3 iaitu abang cik. Abang cik pun sama. Dari umur 13 mak aku hantar tahfiz. Masa dia umur 16, dia minta motor y15 dan mak aku belikan supaya rasa lagi semangat untuk belajar kat tahfiz.
Masuk je umur 17, dia bagitahu yang dia taknak dah duduk kat tahfiz tu. Dia nak kerja. Dia ikut abang long aku kerja dan mak aku tak bagi motor tu.
Harapan mak aku hantar abang ngah dan abang cik aku ke tahfiz tu supaya boleh jadi alhafiz, imamkan solat jenazah mak/ayah aku. Semuanya sia – sia….
Kalau nak diceritakan lebih detail pasal mereka, memang takkan habis. Mak aku tertekan sebab diorang je. Sekarang semua dah takde, tenang sikit hidup dalam rumah ni.
Sekarang tinggal aku, kakak aku yang nombor 5 dan parents aku je kat rumah. Kakak aku yang sulung (anak nombor 2) tengah study dekat u.
Itu sahaja luahan dari aku.
– Durian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit