Confession Tentang Uthmaniyah

Jemput baca confession sebelum ni,

(https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan-v/).

(https://iiumc.com/the-sleepers/).

(https://iiumc.com/adam-the-creation/).

(https://iiumc.com/uthmaniyah/).

Assalamualaikum, Hai Gais. Aku Amin. Sebenarnya aku pernah je menulis kat sini. Cuma aku terstop sekejap. Bukan sekejap, aku rasa lama jugak la tak tersambung cerita aku. Haha.

So untuk kali ni, aku betul nak confess je sebelum aku sambung cerita aku tentang Uthmaniyah. Yap, Kali ni baru la betul confession. Bukan so called confession lagi. Haha.

Sebenarnya aku bukan nak stop pun, Cuma aku terkilan sedikit bila ada yang cakap cerita yang aku cerita tu semuanya adalah israeliyat dan sembang kopi. Sedangkan dia tak pinpoint pun mana satu cerita yang aku tulis tu adalah israeliyat. Sedangkan apa yang aku tulis tu, ada hadis tentang tu ye, Riwayat Imam Ahmad lagi. Hadis yang mengatakan tentang anak anak dan keturunan Nabi Nuh.

Hadis ye, bukan perbezaan pandangan didalam kitab. Sesiapa yang tahu ilmu hadis, maka diorang akan tahu betapa tingginya ilmu hadis ni.

Bukan apa, bible pun tak mampu la nak cabar hadis, hatta hadis Daif sekalipun. Sebab ilmu hadis ni Cuma ada dekat pada kita je, orang Islam. Sebab kita nak pelihara authenticy atau ketulenan kata kata Baginda Nabi. Setiap orang yang sampai kan hadis tu dikaji peribadinya dah sejarah hidupnya. Hebatkan?

Cumanya, aku takde la spoon speed bagi terus seketul seketul hadis tu. Sebab dalam penulisan penulisan aku sebelum ni pun, sejak penulisan tanah yang dijanjikan, aku dah banyak kali dah tekankan, aku bukanlah seorang ahli agama atau so called orang agama.

Sebab tu aku serah pada orang agama untuk berkata tentang hadis. Sebab bab hadis ni, aku takut sebenarnya. Takut untuk main petik, oh ni Nabi ada kata, yang tu pun Nabi ada kata.

Aku takut sebab ancaman Baginda Nabi sendiri bahawa sesiapa yang berdusta atas nama Baginda, maka dia telah menepah tempatnya di neraka. Dan sebab tu aku takut. Sebab aku bukan orang baik pun gais. Takkan nak tempah seat siap siap dalam neraka, betul tak?

Sebab tu siapa yang kenal aku, tahu gaya penulisan aku, mesti faham yang aku tak akan petik sesuatu tu lebih lebih lagi hadis melainkan aku betul betul yakin tentang hadis tersebut.

Bila aku kata korang kena research sendiri, itulah maksud aku. Supaya korang sendiri boleh nilai. Sebab aku bukannya orang yang selayaknya lah untuk membicarakan tentang hadis ni.

Tapi dalam membicarakan tentang sejarah, maka tak dapat tidak ada juga integrasi yang kita boleh dapat dari hadis. Cuma sejarah ni tak sama dengan hadis.

Sejarah ni dia cuba mengisi lompong kosong untuk mengikut kronologi. Kira nak ada kesinambungan cerita la, selepas ni apa, selepas tu apa. So jauh beza. Tak boleh main ambil hadis ikut suka masuk dalam timeline Sejarah. Dan rujukan rujukan aku sebelum ni pun, banyak dari kitab Ibnu Katsir sendiri. Bukannya aku sembang kopi buat cerita.

Cumanya kalau nak cakap apa yang aku sampai kan semua salah, at least bagi la tahu mana yang salah. Kata ikut adab ilmu kan? Bukan apa, in this confession site, orang baca komen. So salah komen boleh buat misleading taw. Plus, aku tak kuat la nak menghadapi kecaman nurtizen. Kehkehkeh.

Sebenarnya aku open je dengan teguran. Sebab aku tau, aku banyak yang kurang. Ada banyak lagi orang yang hebat hebat yang tahu lebih banyak lagi. Mungkin korang lagi hebat. Tapi kalau nak kata salah tu, tunjuk lah kat mana yang salah. Betul tak? Cumanya aku akui kesalahan aku yang aku tak letak referensi bahan bacaan dan kajian. Yang tu aku akan improve.

So that’s antara reason aku macam terstop jap. And yes, aku mengaku, aku banyak membebel. Sebab ada yang cakap aku banyak membebel kan? So yeah, its fine by me.

Aku memang suka explaining things. Kalau korang tak suka cara penyampaian aku, its okay. Serius banyak thesis yang kat luar sana yang ada cerita yang aku kongsikan. Serius, banyak. Google je. Maka korang akan dapat full thesis paper. Cuma tu la, rajin tak rajin la nak membaca.

Sebab bagi aku, bukan sebab aku nak tunjukkan yang aku banyak ilmu dan aku nak muntahkan semua kat korang. Bukan. Yang paling penting bagi aku, berapa banyak orang yang faham dan ingat cerita yang aku kongsi.

Its not about how many information u give to others, but how well others remember what you shared to them. Tu bagi aku la. Sorry, inglish aku berterabur. Orang kampung kan. Haha.

So yeah, no point aku hambur semua, Nampak macam hebat.. Tapi last last semua yang aku cerita, sorang pun tak faham. Tak ingat apa apa. That’s my point of view la. That’s why korang Nampak aku macam membebel, tapi sebenarnya aku just want to make history more interesting. Sejarah memang bosan, betul tak?

Tapi tula, aku suka Sejarah. Sebab bagi aku, Sejarah ni sentiasa berulang. Mungkin skrip yang berbeza, tapi isi tetap sama. Macam apa yang pernah aku cerita sebelum ni, tentang Sultan Abdul Hamid kedua yang difitnah teruk hingga tergulingnya Baginda dan akhirnya membawa kejatuhan Turki di perang dunia pertama.

Lebih kurang sama je dengan negara negara lain, betapa fitnah mampu mampu mengulingkan sebuah negara. Kan? Tapi bukan negara kita la. Negara orang lain. Haha.

So memang short entry je ni. Nak kumpul kekuatan semula untuk menulis tentang Uthmaniyah. So that’s why entry kalini aku membebel puas puas.

Next entry aku cuba penulisan thesis pulak. So takde la jadi sembang kopi. Dan jujur aku kata, kenapa aku terpaksa explain benda ni, sebab untuk next entry aku akan sentuh banyak tentang Tamadun Islam. Zaman Khulafa Ar Rashidin sikit, lepastu Umaiyah dan Abasiyah baru la aku akan fokus Turki Uthmaniyah. Di mana mereka bersentuhan.

Sebab kalau nak membicarakan tentang Turki Uthmaniyah, maka tak dapat tidak untuk kita bicarakan tentang Tamadun Islam. Walaupun satu bermula di tanah arab, satu lagi kat daerah central asia ataupun Turkestan, tapi memang ada hubung kait. Ha? Turkestan tu ape? Haa.. yang ni korang kena refer balik entry pertama aku. Okey?

Sebab tu aku explain, sebab nanti mungkin aku akan petik hadis sikit atau kisah kisah sejarah Islam dari beberapa kitab yang mungkin ada perbezaan pendapat. Aku rai je perbezaan pendapat, Cuma aku tak suka la orang bergaduh. Serius. Berlapang dada la gais. Ye, tahu. Tahu banyak. Tapi jangan la bergaduh. Sebab tu aku rasa berat gak nak menulis next entry.

Sebab next entry ni kompom ada sentuh sentuh sikit pasal syiah, karbala and all. So tu yang aku takut sebenarnya. Like I said, aku bukan orang agama yang nak ulas pasal benda ni. Bukanlah yang terpaling Islam pun antara orang Islam yang lain. But history is still history. Still ada iktibar yang kita boleh ambil.

But anyway, insya Allah, aku cuba la cerita dan simplify sedikit sedikit tentang Kerajaan yang lain selain dari Uthmaniyah. Aku cuba clearkan lah Kerajaan yang lain macam Kerajaan Sammaniyah, Ghaznawiyah, Seljuk, Seljuk Rum dan lain lain lah. Sama ke dengan Turki Uthmaniyah? Haa yang tu nanti aku akan ceritakan dan clearkan untuk korang. Harap harap la aku tak membebel banyak sangat.

Sebenarnya aku nak buat entry tentang Uthmaniyah semasa ulang tahun kejatuhan Uthmaniyah bulan March masa tu. Then again, aku masih healing kot. Plus aku boleh je tulis sekali hembus dari awal sampai akhir. Tapi macam aku kata tadi, no point pun aku hembus banyak banyak tapi satu pun tak lekat, kan? At least kena la ada iktibar yang kita boleh ambil dari Sejarah.

So, I think.. This is it kot. Memang kali ni betul betul confession dan pembebelan yang nyata. Puas dah rasa membebel. Haha. Memang takde point pun. Aku dah komen kan siap siap. Haha. Tapi takpelah, nak kumpul kekuatan sikit. Terima kasih taw korang baca. Terharu ase. Sobs.

Tapi betul la, one negative comment can bring you down. But then again, its about how you view it, betul tak? Saia ta kuad awa. haha. Aku mintak maaf jugak, Aku ni pun bukan pandai sangat menulis. Maafkan taw. Raya belum habis lagi kan? Hihi.

Eh lupa, untuk next next entry (kalau ada la), aku akan sediakan rujukan rujukan aku lebih lagi untuk korang refer sendiri, boleh? Tapi santai je la eh, tak payah macam thesis sangat boleh? Mostly aku refer dari kitab Ibnu Katshir sendiri, Qasasul anbiya atau Kisah para nabi. Dan juga buku tulisan Dr. Ali Mohammed Solabi, Ottoman empire.

Dan kalau untuk bahasa Malaysia, Tulisan Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah pun simple dan menarik untuk dibaca. Kalau untuk kitab sejarah Islam atau sirah, of course Ibnu katsir jugak sebab aku peminat Ibnu Katsir.

Penulisan Ibnu Hisham pun ada jugak di iringi dengan kitab penulisan Dr. Utshman bin Muhammad, Inilah faktanya – Meluruskan sejarah umat Islam dari wafatnya Nabi hingga terbunuhnya Hussain. Dan lain lain yang akan aku sertakan mengikut entry. Okey?

Berlapang dada la eh?

Tapi aku berterima kasih untuk teguran. Bahawa berat sebenarnya amanah orang yang nak berkongsi ilmu. So, I guess that’s the end kot?

Okay la gais, tu jela. Panjang pulek membebel. Tapi memang entry membebel kan? Eh? haha.

Adios. Assalamualaikum.

– Amin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *