Uthmaniyah

Jemput baca confession sebelum ni,

(https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan-v/).

(https://iiumc.com/the-sleepers/).

(https://iiumc.com/adam-the-creation/).

Assalamualaikum, Hai korang. Amin lagi untuk kesekian kalinya. Haha.

Anyway, untuk Entry kali ini, aku rasa aku nak mula bercerita tentang Uthmaniyah. Sebab fikir punya fikir, aku rasa better aku start entry aku tentang Uthmaniyah cepat sikit. Cuma untuk Uthmaniyah ni, aku rasa aku tak akan mampu untuk habis secara one off. Mungkin makan bersiri siri jugak. So aku harap korang sabar ye membaca.

Dan aku pun nak tegaskan kat sini, aku cuma seorang peminat sejarah, dan aku suka melihat sesuatu melalui kaca mata pandang sejarah. Jadi kalau penulisan aku agak membosankan, aku mohon maaf untuk itu, ya?

Dan antara push factor aku pun untuk bercerita tentang Turki uthmaniyah juga, bukanlah kerana kurangnya sumber sejarah Turki Uthmaniyah yang ada dalam media penulisan kita sekarang, tetapi adalah kerana secara peribadi aku juga adalah seorang peminat sejarah Turki uthmaniyah itu sendiri.

Dan aku rasa agak kurang pendedahan tentang satu kerajaan ini yang pernah memayungi dunia pada satu ketika dulu. Kalau ada pun, lebih kepada tajuk yang khusus seperti Kejatuhan Uthmaniyah, Kamal Atarturk atau pun Muhammad Al fateh.

Plus, aku pun suka mengembara. Dan semasa mengembara, aku suka melihat sejarah sejarah peninggalan di sesuatu tempat dan hanyut dalam imaginasi kaca mata lampau. Dan jujur, semasa kembara aku ke Turki, perolehan aku dalam Sejarah Uthmaniyah agak limited. Sekurang kurangnya dalam satu timeline yang mudah di fahami.

Yelah, sebab aku lebih suka memahamkan sesuatu perkara and connecting the dot gitew. Supaya aku boleh faham kenapa dan mengapa orang terdahulu membuat Keputusan begitu dan begitu.

Dan aku tak nafikan pun, kekurangan penceritaan Sejarah itu mungkin kerana Turki adalah salah satu tempat pelancongan yang menarik, jadi nilai sejarah tenggelam di celah kesibukan pelancong. Chewah… Bahasa aku dah makin puitis kan? Kan kan? Haha.

Dan aku haraplah, coretan aku ni boleh dijadikan panduan juga bagi sesiapa yang berhajat ingin ke Turki dan ingin tahu tentang sejarah bumi Anatolia itu. Kalau tak banyak, sedikit pun jadi lah. Sebab aku rasa sejarah yang pernah berada di Turki amat menarik untuk di kongsi.

Bukan sekadar pada gahnya Nama Muhammad Al Fatih, bahkan aku nak bawak korang jauh lagi bahkan kalau boleh pada zaman era Parsi atau Persia, dan aku nk korang lihat bagaimana sejarah bumi Turki unfold satu persatu, dari persidangan Nicae yang membincangkan tentang ketuhanan Jesus hinggalah ke Era Mustafa Ataturk.

Kalau boleh la. Dan aku nak disclamer awal awal, aku bukanlah yang terpaling tahu antara kalian taw. Sungguh, akulah orang yang paling tak tau. Sungguh, Apa yang aku cerita kat sini semua ada hasil dari orang orang lain yang aku ambil dan hidang je kat korang. Cuma ada la tambah tambah sikit, maklumlah, aku suka membebel sikit. Haha.

Dan one of the reason aku nak menulis tentang Turki Uthmaniyah jugak kerana aku rasa kita perlu kritis membezakan pandangan ahli Sejarah orientalis dan sisi pandang Islam itu sendiri. Sebab apa yang aku lihat, ada penulis yang menulis tentang Turki yang biased kepada pandangan Orientalis barat hingga memilih pandangan mereka yang agak keterlaluan.

Sehinggakan ada tokoh perwira yang dipandang sebagai musuh, dan ada juga musuh di pandang sebagai wira. Sebagai contoh sultan Abdul Hamid kedua, yang imej dia teruk tercalar hingga terlihat seolah olah dia adalah musuh Islam sendiri. Sedangkan jasa dia terhadap Islam sangat besar.

Ketika Baginda ditawarkan duit yang berjuta untuk membeli Palestin, bahkan baginda menolak mengatakan bahawa itu adalah tanah umat Islam.

Sebab itu bagi aku, untuk bab ni memang kita kena berhati hati. Kita tak perlu penulis yang membaca dan memuntahkan kembali apa yang dia baca, tetapi kita perlu penulis yang mampu berfikir dan kritis dalam membaca. Yang berfikir sejenak, bukan hanya menerima bulat bulat. Tapi tu pada pandangan aku la.

So untuk kali ni, aku nak declare awal awal, Turki Uthmaniyah ni mungkin akan jadi berisiri siri. So untuk entry ni dan akan datang mungkin aku akan ceritakan timeline yang penting je dan aku tak nak go into detail sangat.

Mungkin untuk pembacaan yang lebih lanjut korang boleh buat research sendiri dan sebagai ilmu tambahan juga untuk korang. Kot kot la korang tak puas hati dengan apa yang aku ceritakan. Haha.

Okay jom kita start, tak nak jauh sangat tersasar. So korang, dalam kita nak membicarakan tentang Turki itu, nak tak nak kita terpaksa go back pada asal usul bangsa Turki itu sendiri. Yap.. We need to go back to origin.

Yelah gais, dengan tahu asal usul maka nanti korang akan faham kenapa bangsa turki ini mampu memayungi sepertiga dunia pada waktu itu. Dan of course, kalau kita nak faham sesuatu perkara, maka tak dapat tidak kita kena lihat origin of that particular things yang kita nak lihat. Betul tak?

Jadi dalam membicarakan tentang bangsa Turki ni, aku akan bawak korang jauh Kembali ke zaman Nabi Nuh. Kalau ikut bible, Nabi Nuh ni ada tiga orang anak which is Ham, Sam dengan Yafith. Tetapi dalam Al quraan kata, ada sorang lagi anak Nabi Nuh yang ingkar dengan Nabi Nuh.

Ingat tak ketika Al quraan menceritakan tentang kejadian Banjir besar, Nabi Nuh menyeru anaknya dari tempat yang jauh, wahai anakku kembalilah menaiki bahtera ini. Tetapi anak Nabi Nuh menjawab, tidak.. Sesungguhnya aku akan pergi ke tempat yang tinggi. Dan akhirnya, anaknya tenggelam dalam kekufuran. Ingat tak kisah ni?

Dan anak yang derhaka ini namanya Kanaan. Sebenarnya kalau nak bicarakan isue ni akan jadi panjang lebar. Jadi aku short kan story dan datangkan terus conclusion, iatu Anak Nabi Nuh tu ada empat. Which is Ham, Sam, Yafith dan Kanaan.

So yes, in short Nabi nuh ada empat orang anak. Dan anak yang tak survive dalam insiden ini seperti yang aku sebutkan tadi , adalah Kanaan. Dan yang lain, which is Sam, Ham dan yafith adalah mereka yang terselamat dengan menaiki bahtera Nabi Nuh. So sampai sini clear?

Jadi setelah surutnya banjir besar, maka bertebaranlah anak anak Nabi Nuh ini ke seluruh pelusuk dunia. Yelah, sebab masa tu hanya mereka je yang survive. Maka mereka itulah yang memulakan kembali tamadun tamadun manusia di muka bumi ini. Kat timeline ni, aku nak bawak korang ke benua Asia, Eropah dan Afrika. Benua Amerika tu kita tak cerita. Kalau nak cerita, lain kali okay?

So untuk kalini, aku nak korang fokus kat tiga benua ni je dulu, which is Asia, Eropah dan Afrika. Oh.. Asia tu termasuk la timur asia, asia barat dan asia Tengah.

Kenapa korang kena tahu tentang benua benua ni pulak? Haa.. ada sebab gais. Untuk lebih faham, korang boleh rujuk google maps atau lihat peta dunia ni. Sebabnya, apabila banjir besar ini surut, anak anak nabi Nuh inilah yang memulakan ketamadunan manusia kembali. Anak Nabi Nuh yang bernama Ham, telah pergi ke bahagian bawah dunia, which is Benua Africa.

Anak nabi Nuh yang bernama Sam telah menentap di bahagian tengah atau bahasa mudah sekarang middle east, orang orang arab, jews dan seangkatan dengannya. Dan anak Nabi Nuh yang Bernama Yafith telah berhijrah dan memulakan kehidupan di bahagian atas dunia, di sebelah eropah dan keatas membentuk generasi generasi viking, Aryan dan seangkatannya.

Sebab tu dalam pembacaan pembacaan kita, kita akan encounter term term seperti orang orang orang semitik, Orang orang Hamidic dan orang orang yafitik. Ini nak menunjukkan asal usul kaum kaum dunia sekarang lah. Orang orang Hamid telah bermaustatin di Africa, orang Semitik telah bermaustatin di middle east dan orang orang yafitik telah bermastautin di sebelah atas dunia yang telah di bahagikan dengan pergunungan.

Sebab tu kalau korang bukak google maps, korang akan perasan, sebelah atas dunia ini terbahagi dengan gunung yang besar besar. Korang amik elevation, jangan buat simple map tu. Bukan ape, nanti korang cakap aku buat cerita pulak. Haha.

Nak lagi best, bukak google earth. Nanti memang korang akan perasan, sebelah atas dunia ni banyak gunung gunung. Kalau sesiapa yang suka travel tu, mungkin korang boleh sahkan pernyataan ni. Gunung dia tinggi tinggi eh, macam mount everest tu, membentang ke eropah. Swiss pun banyak gunung kan? Yang banyak Pantai ni dekat belah belah khatulistiwa je.

Sebab apa aku tekankan gunung? Sebab macam yang kita cerita tadi, anak Nabi Nuh yang bernama Yafith atau Japhite telah pergi ke sebelah atas dunia dan membentuk orang orang yafitik. Dan dari anak yafith inilah datang nya keturunan Turki. Maksudnya orang orang turki ini adalah orang orang yafitik.

Maka dengan sebab kita tahu mereka dah reside atau duduk dekat sebelah atas dunia, maka mudahlah kita memahami hadis hadis Nabi, tentang mereka ini. Bahawa satu hari nanti kita akan berperang dengan mereka yang memakai baju dari bulu bulu dan sepahtu dari bulu bulu. Yang pakai pakaian berbulu ni adalah mereka yang duduk dekat iklim sejuk je.. Jarang orang asia pakai bulu bulu time panas panas.

Dan orang orang yafitik ni gais, mereka sangat pandai berperang. Dan mereka ni ganas ganas. Macam Viking, monggol dan tartar. Kan mereka tu ganas ganas. Mereka agak barbaric. Sebab maybe one of the reasons sebab condition environment yang harsh tu sendiri yang membuat mereka begitu. Berbeza dengan orang asia yang lebih terserlah kesopanannya. Betul tak?

Dan sebenarnya pun, monggol dan tartar ni datang dari satu bapa yang sama. Ni aku cerita semua based on sejarah eh. Korang boleh search untuk homework lebih.

Oh, dan antara anak anak Yafith ni, ada yang menghasilkan keturunan Yakjuj dan Makjuj. Aku tak nak bahaskan yang yakjuj dan makjuj itu adalah Binatang yang ganas lah. Aku tak nak bahaskan itu. Cukuplah aku concludekan yang Yakjuj dan makjuj tu adalah manusia yang berasal dari keturunan Yafith. Dan kerana mereka ni memang ganas.

Dalam Al quraan kata, Dzulkarnain telah pergi ke timur dan barat dan akhirnya ke suatu tempat dan membina tembok dari tembaga. Timur dan barat ni memisahkan apa? Memisahkan utara dan Selatan. Dan yang memisahkan utara dan selatan ni apa?

Macam kita cerita tadi, adalah pergunungan. Yang terbentang dari eropah, cross ke turkistan, lalu ke Nepal sampailah ke Rusia. Tapi location kat mana tembok tembaga tu, Wallahuallam, Allah jualah yang lebih tahu. Maka golongan kasar yakjuj dan makjuj ini terhalang dari melakukan kerosakan.

Dari keturunan Turk bin Yafith ni ada satu king atau raja Turki yang Bernama Anjah Khan. Dan Anjah Khan ini lah mempunyai anak kembar Bernama Monggol dan Tartar. Walaupun mengikut Sejarah, mereka lebih dikenali dengan dua entity yang berbeza, hakikatnya mereka tetap serumpun. Dan later on, through out history, orang orang Tartar ini lebih dikenali sebagai orang orang Turk. Tapi bukanlah orang Turki yang sekarang.

Orang Turki sekarang dah campur aduk dah. Ada yang dah berkahwin dengan orang eropah, orang arab, orang melayu pun ada. So sekarang dah bercampur aduk dah. Bang kata abang Baha, dia tu bukan melayu betul, dia tu kimia. Haha. Lebih kurang macam tu lah.

Dan orang monggol pulak, macam kita tahu memang ganas. Nomadic. Barbaric. Korang bayangkan je la, monggol je dah ganas sampai hancur baghdad sehancur hancurnya. Bayangkan yakjuj dan makjuj yang menjadi tanda akhir zaman. Cerita mulan yang korang tengok tu, mulan nak lawan orang orang monggol la. Lepas kena timbus salji pun boleh survive. Haa.. dasatkan?

Dan korang kena ingat, orang orang Turk atau Turki ni dulu bukan Islam seperti yang korang bayangkan sekarang. Agama mereka perbagai. Kalau nak cerita tentang agama melalui kata kaca mata Sejarah, yang tu kena different entry. Sebab long story. Tetapi boleh dikatakan orang orang Turk ni bersentuhan dengan tamadun Islam pada abad ke 7 Masihi. Semasa zaman Saidina Uthman.

Bila aku sebut abad ni, maksud dalam tempoh masa 100 tahun. Kalau abad ke 7 Masihi, maksudnya tahun 601-699. Lebih kurang la. Tetapi sebenarnya mereka dah ada lama dah. Bahkan mereka ada wilayah mereka sendiri yang diberi nama Turkistan atau Turkestan.

Wilayah Turkistan ni atau nama lainnya Wilayah kaum Turki ni, tak sama macam zaman sekarang. Dan wilayah Turkistan ini bukanlah negara Turki yang sekarang. Macam aku cerita dalam penceritaan aku sebelum ni, korang kena bayangkan bahawa map zaman dulu tak sama macam map zaman sekarang. Dan perpecahan negara zaman dulu, tak sama macam sekarang.

Kalau nak senang faham, dulu bila disebut Malaysia, maka tu include sekali dengan Singapura. Tetapi sekarang dah berpecah. Singapore is singapore, Malaysia is Malaysia. Sama la macam zaman dulu, pembahagian maps ni tak sama. Ada Kerajaan yang ada wilayah dalam wilayah Kerajaan yang lain. Haa pening kan? Haha. Cukuplah korang tau, map zaman dulu tak sama dengan sekarang.

Cuma zaman sekarang, kalau kita sebut Turkistan itu adalah wilayah yang terdiri dari Negara negara Uzbekistan, Kyrgystan, Tajikistan, Turmenistan, dan Xinjiang atau Turkistan Timur yang ada etnik uighur tu. Negara negara tu dulu adalah wilayah Turkestan, atau wilayah orang Turki. Basically, orang orang Turki yang sekarang ni berasal dari daerah itu.

Tapi… Kenapa sekarang berpindah ke Negara Turki yang sekarang? Kan jauh tu. Dari central asia ke anotolia. Dah nak ke benua eropah. Haa.. cerita ni panjang lagi gais. Tapi takpe, aku akan bawak korang rentas timeline sejarah. No worries, okay? Tak faham, angkat tangan, okey? Haha.

So sebenarnya wilayah Turkistan tu sendiri sebelum ini pernah dijajah oleh empayar Parsi pertama atau persian di bawah Kerajaan Akhaemenia. Dan Kerajaan ini ada banyak king atau raja raja yang hebat hebat. Seperti contoh Cyrus the great, Darius dan Xerxes.

Kalau korang peminat cerita 300 tu, yang king Leonidas jerit – This is Sparta!!! Ha.. raja tu la. Ingat tak? So tahun bile tu? Yang tu korang kena baca balik entry aku yang lama, masa aku ceritakan tentang Cyrus the great dan Alexander the great. Aku tak nak recap. Jadi panjang nanti. Haha.

Okay sambung. Dan wilayah Turkistan juga dulu pernah dibawah kerajaan Macedonia. Siapa raja Macedonia yang feymes? Cepat cepat? Of course la Alexander the great. Alexander the great jugaklah yang pengasas keturunan Ptolemy di Mesir. Ptolemy Ptolemy ini lah yang memerintah mesir. Antara figure yang menarik adalah Queen Cleopatra.

And personally, cleopatra antara salah satu watak yang aku suka dalam Sejarah. Sebenarnya banyak lagi, tapi cleopatra adalah salah satunya lah. Dan pada zaman inilah perpustakaan Alexandaria ataupun library of Alexandaria di bakar.

Yang ni aku no komen, sebab inilah kesan peperangan. Berapa banyak gedung gedung ilmu musnah ditelan zaman kerana kerakusan manusia itu sendiri. Banyak dah contoh seperti di Baghdad, Andalusia dan lain lain. Weh.. menyimpang jauh ni. Haha.

Sebenarnya dah habis dah. Aku tak nak cerita banyak sangat. Sebab aku tak nak korang overload. Cukuplah dulu timeline yang aku cerita sekarang. Sebab next aku akan bawak korang melihat permulaan kaum Turki ini menempa nama dalam sejarah.

Dan of course, kita akan bersentuhan sedikit dengan tamadun Islam. Sebab nak tak nak kena cerita. Bukan sebab aku ni ustaz nak bercerita tentang agama, tetapi sebab Turki Uthmaniyah itu sendiri model kekhalifahan Islam, maka tidak dapat tidak kita akan sentuh tamadun Islam.

Next aku akan bawak korang lari sedikit dari timeline kaum Turki, sikit je tak banyak.. Dan kita akan mula setelah zaman saidina Uthman, bagaimana tercetusnya kekacauan dan membawa ke zaman saidina Ali, hingga tertubuhnya Kerajaan Umaiyah, kerajaan Abasiyah dan apa peranan orang turki didalam timeline timeline ni.

Mereka ada peranan ye, walaupun mereka pada asalnya nomadic atau barbaric atau senang cite, bukanlah bangsa yang berilmu sangat pun. Tetapi mereka adalah bangsa yang pandai berperang, pandai berkuda dan lasak. Masa tu bangsa yang berilmu siapa? Bangsa Arab atau orang Arab.

Lihat, bagaimana Islam menaikkan martabat orang Arab pada ketika itu. Sedangkan orang arab sebelumnya tak ada apa apa pun. Tidak ada peninggalan tamadun pun. Cuba tengok kesan peninggalan Sejarah orang arab, ada tak? Sebab itu bila Allah utuskan Baginda Nabi, Orang arab terkehadapan dalam bidang Ilmu.

Maka benarlah apa yang Allah kata, Allah yang memberikan kekuasan kepada sesiapa yang dikhendakiNya, dan Allah yang menarik kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya juga.

So, aku tamatkan cerita aku kat sini dulu. Ada masa, kita sambung lagi okay? Until then, Adios.

Oh, maaflah kalau korang tak faham. Nanti feedback eh, perlu ke aku banyakkan lagi nama nama atau penambahbaikan yang perlu aku tambah?

Terima kasih.

Assalamualaikum..

– Shahidil Amin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Assalamualaikum bro. Crita menarik tapi panjangnya bebelan hg ja..kurangkan skit membebel tu, boleh tak terus crita je..tulisan kali ni, sikit je isinya..yg lain…hmm..lpas ni please kurangkan bebelan tu..ok thanks bro.

  2. Rupanya banyak lagi cerita sejarah yg lebih detail yang saya tak pernah ambil tahu…..thanks confessor kongsi ilmu ni semoga dimurahkan rezeki

  3. Pls teruskan menulis dan berkongsi .sy yakin ramai mcm anda, cuma anda je suka berkongsi dan sampaikan ilmu pada orang lain

  4. Mahon maaf bertanya…
    Penulis ada sebut anak Nabi Nuh yang kufur nama nya Kanaan.
    Ada kaitan ke Kanaan tu dengan bangsa Kanaan yang asal Palestin? [Terthrowback lakkk yg penulis citer sejarah palestin dan bangsa yahudi]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *