Assalamualaikum semua, aku saja nak berkongsi. Tapi korang ada tak kawan, adik beradik atau mak ayah yang korang rasa memang diorang ni di lahir ada max level luck jenis bertuah dalam hidup.
Aku ada sorang, mak aku sendiri. Mak aku ni dia jenis pada aku asyik beruntung.
Mak aku ni dari zaman muda dia minta masuk cabutan bertuah tak kira menang apa dia suka masak. Setahun tu paling minimum dia akan menang 3-4 hadiah peraduan.
Mak aku ada menang hamper, ada menang motor sedangkan kereta pertama keluarga kami tu mak aku menang kereta.
Menang duit, menang makanan, yang paling sampai sekarang ni mak aku ni menang lifetime punya cabutan dari satu brand ni dan sampai sekarang setiap tahun kami akan dapat supply berkotak ye dia hantar guna lori.
Ada dia menang duit sampai RM10,000. Mak aku ada track ye berapa dia menang cabutan bertuah untuk duit sahaja dalam ratus ribu mak aku dekat rumah ada lah banyak gambar dia menang tu. Siap ada album ye spesial.
Kami satu keluarga sendiri pernah menang bercuti ke korea sebab mak aku menang peraduan.
Menang telefon tu jangan cakap boleh dikatakan banyak kali juga. Ada yang tahun lepas tu belanja baju sekolah menang iphone mak aku menang ye yang tu.
Mesin basuh, dryer, air con dekat rumah tu semua mak aku menang sebab dia masuk peraduan tersebut. Motor 2 biji dekat rumah pun sama.
Baru baru ni kalau bayar zakat ada dapat cabutan bertuah mak aku pun menang juga dapat telefon dan laptop.
Selalu lah saudara mara tanya apa rahsia. Mak aku cakap tak ada rahsia.
Tapi itulah kami anak beranak dengan ayah kalau setiap kali kami dapat announcement mesti pandang mak kami macam tertanya macam mana mak ni menang sahaja benda ni memang max level ke keberuntungan dia.
Bila aku akak, abang dengan ayah try masuk eh tak pernah dapat apa tapi kalau mak aku masuk dapat.
Tahun ni mak baru masuk satu peraduan itu pun yang satu dia masuk tu dah menang. Selalunya setiap bulan ada 6-7 peraduan dia masuk tapi tahun ni slow down sikit.
Yang paling kelakar macam saudara mara dan kenalan mak aku diorang ni tuduh katanya umi aku ada guna ilmu supaya menang semua, kelakar pula ilmu apa agaknya mungkin max level luck itulah ilmu dia.
– Muiz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
waaaaaah. wujud rupanya orang macam ni. ingatkan taklucky je ada. mak awak la yang membuktikan bahawa lucky draw syarikat tu bukan scam hahahaha. saya susah nak lucky bab gitu, kalau ada draw tengok nombor takpernah berharap sebab dalam 10tahun mungkin 1kali je yang lucky bab draw. btw, apa rahsia mak, suka buat dhuha ke cemana :)
wah..boleh panggil majalah tiga…
Ya, saya seorang kawan yg selalu menang lucky draw utk annual dinner syarikat. Hampir tiap tahun nama naik. Ada jg duduk dekat2 dia dgn harapan dpt tempias tuah….haa.haaa…hampehhhhh…