Cemburu Adik Beradik Kahwin Sekufu

Assalamualaikum pembaca, saya Kejora. Tinggal di selatan tanah air. Seorang isteri yang bekerja sebagai penjawat awam.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang bersederhana. Bapa saya seorang buruh dan ibu saya pula pembantu am. Adik beradik saya semua berjaya ke menara gading dan kini semua sudah bekerja dalam bidang professional.

Saya berkenalan dengan suami semasa melanjutkan pelajaran diperingkat matrikulasi dan berkahwin setelah masing2 bekerja. Suami saya juga bekerja dalam bidang profesional.

Keluarga mertua saya asalnya adalah orang berada dan suami saya diibaratkan sebagai anak harapan mereka.

Ketika kami berkahwin ibu mertua dah menunjukkan banyak ‘hint’ tidak berkenan dengan saya. Tapi kerana cinta, saya meneruskan jua.

Saya sedar layanan ibu mertua saya terhadap ibu bapa saya agak dingin. Semasa mereka masuk meminang ibu bapa saya dihentam perkara membabitkan hantaran.

Masa tu saya tak faham lagi bahasa kiasa perli memerli. Ibu saya sampai menitiskan air mata. Dan semakin lama kami berkahwin, semakin jelas mertua saya punya layanan pada ibu bapa saya.

Pada awalnya saya sangat bertolak ansur dan cuba mengambil hati ibu mertua tapi dia sangat suka membanding2kan saya dengan menantu nya yang lagi satu.

Oh menantu lagi satu tu pun suka mengambil hati. Ada saja perkara yang dia nak kongsi dalam group whatsapp.

Pernah dia bunting pelamin dulu, mengandung pun hari2 dia akan berkongsi apa yang dia rasa, berapa kali dia muntah dan keadaan dia. Nasib baik lah anak dia satu je.

Saya lambat dapat anak setahun menunggu, itu pun berbuih mulut mertua minta cucu. Sekarang anak saya sepasang. Cukup untuk zip mulut ibu mertuaku.

Kini lebih 5 tahun perkahwinan, saya sudah semakin bijak dan saya sudah tidak lagi menagih kasih sayang ibu mertua.

Apa sahaja kata2 nya pasti saya berani untuk bersuara. Apa2 saya akan utamakan ibu bapa saya dulu walaupun kadang2 suami makan hati dengan keputusan saya.

Saya pernah bercerita dengan suami tentang apa yang ibu mertua pernah lakukan terhadap saya (terlalu panjang untuk diceritakan di sini) tetapi suami hanya berdiam.

Saya hanya bercerita untuk meluahkan sahaja, bukan untuk dia membenci ibunya kerana seorang anak tidak akan pernah mampu membenci seorang ibu.

Pernah sekali ibu bapa saya datang ke rumah mertua tetapi mereka langsung tidak masak dan katanya pergi ke selangor untuk urusan kerja tapi saya tahu mereka sengaja tidak mahu berjumpa ibu bapa saya.

Bermula dari itu saya sedar di mana letak nya ibu bapa saya di mata mereka.

Apa yang saya nak ceritakan disini, saya cemburu dengan adik beradik saya yang lain yang berkahwin sekufu dan ibu bapa saya bersama besan yang lain berbaik2.

Kalau lah mampu di undurkan masa. Saya mahu perbetulkan masa lalu saya. Saya sukar memaafkan sifat mertua saya yang kadang2 sangat melampau.

Kadang2 saya juga rasa benci pada suami apabila teringatkan perangai mertua saya. Saya pernah berharap suami saya curang supaya saya tidak perlu hadap mertua saya lagi.

Saya akan sambung belajar lagi pada hujung tahun ini dan saya akan buktikan bahawa ibu bapa saya mendidik saya dengan baik dan anak orang susah pun bole berjaya juga.

Terima kasih sudi membaca luahan, maaf jika agak berterabur.

– Kejora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Salam sis,

    Saya tak faham kenapa sis terlalu laser focus kepada mertua sis, seolah dia oksigen pada sis, kalau dia tak ada sis sukar untuk bernafas, kat minda sis tak ada apa apa kecuali mertua sahaja, penuh satu otak tuh hanya mertua sahaja. Sangat membahayakan mental dan fizikal, bila sis ajar sistem badan sis untuk fokus ke mertua instead of meraikan suami, anak anak dan enjoy your marriage. Sis ada gula, ada juga tahi, sis fokus ke tahi yang tak akan berubah jadi gula sampai bila bila, Sis pilih jadi lalat instead of jadi lebah. Tiada siapa paksa, sis yang pilih nak jadi apa dalam situasi nih, pilihan sis yang akan tentukan kebahagiaan sis.

    Selepas 5 tahun perkahwinan, sis kata sis makin bijak, dah tak menagih kasih sayang mertua lagi, what a waste of times, 5 tahun yang sepatutnya sis enjoy perkahwinan bersama suami dan anak anak. Sis bazir untuk tagih air pada manusia yang kosong jug nya. 5 tahun sis kehausan, cawan tak pernah berisi, sampai sanggup biadap dengan suami yang sayang sangat pada sis. Pada fikiran sis kalau mertua sayang maksudnya hidup sis bermakna dan sis achieve something, baru sis rasa happy, rasa dihargai, padahal keutamaan sis dalam perkahwinan menurut agama ialah membahagiakan diri sis sendiri, suami dan anak anak. Sangat mengejutkan sis sanggup biadap pada suami yang sis sepatutnya hormat dan sis hormat pada mertua yang sepatutnya sis ignore jer. Siap berharap suami curang bagai, amende sis, pemikiran sampah apa nih sis bawa masuk dalam rumahtangga sis. Membusukkan rumahtangga yang wangi. Campak bunga pada mertua yang tak menghargai dan campak tahi pada suami yang menyayangi. Agama mana ajar nih sis.

    Sis kena faham, bila mertua dah tunjuk warna sebenarnya dia, sis kena terima, wujud mertua yang anggap menantu sebagai saingannya, sebagai musuh pun ada, cemburu dengan menantu, pilih kasih dengan menantu, banyak lagi kategori lain, jangan tanya kenapa, mertua yang pilih jadi macam tuh, itu urusan mertua bukan urusan sis, urusan sis jaga suami dan anak anak sahaja, kalau sis buat itu ini semata nak dapat approveable dari mertua, lupakan jela, mertua sis tahu apa dia buat kat sis, bukan dia sengaja, dia dah tua, bukan budak umur 7 tahun, akal masih tak empuk. Jadi jangan letak sayang dan hormat sis pada orang yang salah. Game is game, orang yang tulus ikhlas sayang sis tak akan main game dengan sis. Mertua main game, main emosi sis bertahun pun sis masih layan elok. Makin suka dia, makin derita sis.

    Selepas nih sudah sudah lah buang masa sis nak buktikan itu ini pada mertua, sis laser fokus pada diri sendiri, suami dan anak anak sahaja, juga ibu bapa sis. Sis nak study, study elok elok, buat suami, anak anak, serta ibu bapa sis bangga, dorang semua nih sis punya biggest supporter, dorang nih team sis, rahsia isteri isteri yang bahagia dalam rumahtangga ialah dorang meraikan supporter dorang sahaja, sayang team dorang sahaja, dorang akan ignore hater sepenuhnya, memang tak lah dorang nak bawa hater makan makan, jalan jalan, buang masa, tenaga dan duit, jadi kalau sis nak bahagia dan berjaya, move your focus pada supporter sis, team sis. Hater hanya akan melambatkan proses sis menuju bahagia dalam rumahtangga. Hater job dorang akan hold mangsa sampai bertahun tahun dari hidup bahagia, ONCE SIS SHIFT YOUR FOCUS TO YOUR SUPPORTERS, YOUR TEAM ( SUAMI, ANAK ANAK, IBU BAPA, ADIK BERADIK TERPILIH, KAWAN KAWAN TERPILIH ) MERTUA AKAN KECEWA, ITU TANDA SIS DAH MATANG DAN SUSAH MERTUA NAK DRAG GAME LAGI, SUSAH MERTUA NAK MAIN EMOSI SIS, SEBAB SIS DAH TOTAL KELUAR DARI GAME MERTUA, MERTUA CAN’T EFFECT YOU, LIKE SHE ALWAYS DO.

    Kalau setiap hari sis bangun pagi, aktiviti pertama yang sis buat adalah tengok whatsapp, check status mertua, apa yang mertua buat, siapa yang mertua puji dan puja, dengan siapa mertua berjalan, sis tak menang lagi, sis masih dalam game mertua, pada saya 5 tahun cukup lama sis layan game mertua, sungguh meletihkan dan tak menghasilkan apa apa, sia sia sahaja. Tahun nih sis dah boleh bersara sepenuhnya dalam bidang mengemis kasih dan mencari approveable dari mertua.

    Mertua anggap sis musuh dari hari pertama, sis anggap mertua macam kawan. Bengkok pemikiran sis. Mulai harinih luruskan pemikiran sis, orang yang tak ada dalam team sis, orang yang tak support sis, 100% bukan lah urusan sis. Silaturrahim itu pekara yang baik dan perlu dijaga, mertua dah natural dengan sis, pintu sentiasa terbuka untuk dia, mertua masih nak main game, tombol pintu pun jangan tunjuk kat dia. Itu tanda sis dah sihat, sesihat mental dan fizikal sis. Jadilah isteri dan seorang ibu yang baik, kerana suami dan anak anak baik pada sis. Jaga rumahtangga sis elok elok. Itu milik sis yang paling berharga. Cukup 5 tahun sis fokus pada besi dan abaikan emas.

    Tutup salam.

    • betul cakap ultraman taro..
      npe nk sis nk fokus org yg benci sis.. focus jela kat anak2 husband dan dgn org yg care pasal sis.. and untuk parents sis.. suruh la stop dari dekatkan diri dgn besan dieorg tu.. buat sakit aty je.. dah org xsudijauhkan diri tu..

  2. awk patut beruntung suami sayang dan ada anak sepasang. bab mertua tu tolak tepi. macam saya mertua sangat baik. tapi suami… sekarang dah bekas suami dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *