Peringatan Untuk Lelaki Yang Ingin Kahwini Ibu Tunggal Yang Ada Anak

Assalamualaikum, terima kasih admin. Tujuan saya menulis ini adalah untuk mengingatkan lelaki diluar sana yang sedang bercinta atau ingin mengahwini ibu tunggal terutama yang mempunyai anak tentang “expectation” setelah mengahwini ibu tunggal.

Persiapkan diri sebaiknya supaya tidak ada pihak teraniaya di dalam rumahtangga setelah menikah nanti. 

Islam tidak pernah memandang hina terhadap ibu tunggal. Bahkan hampir semua isteri Rasulullah adalah ibu tunggal/janda. Jadi ada beberapa peringatan untuk lelaki di luar sana:

1) Jangan berniat untuk mempermainkan ibu tunggal.

Perempuan yang menjadi ibu tunggal ini kebanyakan mempunyai trauma rumahtangga yang berat, dianiaya bekas suami, mungkin juga pernah di pukul, didera secara mental dan tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh bekas suami.

Jangan mengambil kesempatan ke atas ibu tunggal yang mengharapkan anda sebagai pelindung utk dirinya. Jadi jika sekadar untuk memainkan perasaan ibu tunggal ini pada saya adalah amat kejam dan tidak berhati perut.

Jika hadirnya lelaki hanya untuk menambah luka lebih baik tarik diri awal2. Kesiankanlah ibu tunggal yang harus membesarkan anak dan mengurus kehidupan yang kita sedar amat sukar pada zaman sekarang. 

2) Sedar dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.

Ingin saya tekankan bahawa manis masa bercinta tidak sama ketika kamu telah berumahtangga, it comes with great responsibility.

Umum mengetahui berkahwin dengan ibu tunggal yang mempunyai anak amat besar tanggungjawab untuk di pikul, walau dalam islam nafkah anak tiri adalah tanggungjawab bapa kandung, tetapi bersedialah apa juga ketika keadaan memerlukan. Try to be flexible as you can.

Saya beri contoh, jika bapa kandung anak2 itu culas dlm nafkah seperti yuran sekolah, belanja makanan dan keperluan anak tersebut, adakah wajar untuk anda sebagai ayah tiri rela melihat anak itu tidak bersekolah, tidak mendapat makan dan pakai sewajarnya?

Kelak kamu di anggap berkira dengan anak tiri oleh si isteri. Jadi bersedialah ketika situasi ini terjadi.

Lelaki atau suami perlu ada common sense dalam apa jua keadaan. Semailah kasih sayang kepada anak2 tiri tersebut dan anggap mereka seperti anak sendiri. 

3) Mentaliti sebagai provider.

Sebagai ibu tunggal yang membesarkan anak, pasti mendamba lelaki yang boleh menyediakan keperluan mereka,

Buat apa berkahwin lagi jika hidup lebih susah dari menjadi ibu tunggal, pastinya ibu tunggal mahukan kualiti hidup yang lebih baik dari sebelumnya, Cinta sahaja tidak dapat buat mereka bahagia selamanya.

Maka tanya la diri sendiri adakah kamu bersedia dari segi kestabilan ekonomi, kalau diri sendiri pon masih cukup2 lebih baik fikirkan kembali hasrat untuk berumahtangga dengan ibu tunggal.

Point no 3 ni sangat penting ya, sebab berbelanja untuk keluarga setelah berkahwin dengan ibu tunggal dan anak-anaknya adalah besar. Ibu tunggal tidak akan downgrade hidup dia demi kamu. 

4) Bersedia untuk mengalah dalam banyak hal.

Setelah berpisah dengan bekas suami, anak adalah sumber kekuatan seorang ibu tunggal berjuang untuk meneruskan hidup. Kehadiran lelaki dalam hidup ibu tunggal takkan merubah Priority anak2 melebihi seorang lelaki.

Ini fakta, walaupun ada yang akan cakap dah kahwin kena la dengar kata suami, si isteri tetap teguh berpihak kepada anaknya more than her husband. Segala keputusan bakal mengambil kira kehendak dan anak2.

Berhati2 ketika menegur memarahi anak tiri jangan sampai isteri menganggap suami membenci anaknya, walaupun niat baik untuk mendisiplinkan mereka, hal ini sering berlaku dan selalunya akan menyebabkan hubungan suami isteri menjadi retak.

Lebih memburukkan keadaan apabila isteri memarahi suami didepan anak tiri, anak tiri ini akan hilang rasa hormat pada suami yang sepatutnya menjadi ketua dan contoh dalam keluarga.

Pandai2 lah menempatkan diri untuk mengelakkan hal ini terjadi. Its like responsibility without authority. 

5) Berusaha lebih untuk memenangi hati anak tiri.

Secara biologinya, anak kandung mempunyai “biological connection” dengan bapanya tanpa perlukan banyak effort untuk mewujudkan bonding antara bapa dan anak.

Hal ini membuatkan anda perlu berusaha lebih untuk memenangi hati anak tersebut, apa lagi jika anak tiri tersebut sudah mencapai usia remaja. Hal ini sangat susah bagi lelaki introvert yang tidak mempunyai pengalaman atau tidak sukakan kanak2. 

Berkahwin dengan ibu tunggal is far more complicated than what you think, betulkan niat, bersedia dengan ilmu, kuatkan emosi, fikir betul sebelum membuat keputusan.

Tak semua lelaki mampu mengahwini ibu tunggal obviously not for those mentally weak. Jangan sampai ada yang teraniaya di kemudian hari dan saling menyalahkan antara satu sama lain.

Dari satu sudut, menikahi ibu tunggal juga boleh menjadi ladang pahala untuk lelaki yang benar-benar ikhlas dan berusaha menjadi ketua keluarga yang baik. 

– Mr IK (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *