Depression: Aku Punya Harga Diri

Assalamualaikum semua. Saya Izzah bukan nama sebenar. Saya baru saja berhenti kerja dalam 3 bulan yang lalu. Masih struggle mencari kerja yang stabil meskipun umur dah nak mencecah angka 3.

Apa yang saya nak share adalah lebih kepada negatif moment yang saya lalui dari kecil hingga ke dewasa. Saya tahu setiap orang ada cerita tersendiri, pengalaman pahit yang diharapkan jadi penguat di kemudian hari. 

Dulunya saya dibesarkan oleh ibu bapa yang cukup bertanggungjawab, baik, sederhana, taat agama cuma mereka kurang mendedahkan anak tentang survival skills especially anak perempuan. 

Disebabkan juga kurang expose pada dunia luar maka terbentuklah seketul Izzah menjadi seorang yang introvert. Pendiam, tak pandai berkawan, pemalu dan selalu jadi people pleasure. Sekarang dah improve sikit.

To make long story short… Pada tahun 2018, mak saya pergi ke rahmatullah meninggalkan saya 3 bersaudara, saya sorang bongsu the only one anak perempuan. Boleh kata family kami lepastu jarang makan sama², kurang bercakap, lebih kepada buat hal sendiri.

Dulunya seorang mak itu ibarat jambatan dalam keluarga, kalau apa² urusan mesti mintak mak buatkan disebabkan ayah kurang bercakap dengan anak².

Ayah saya selalu momokkan pada kami jangan jadi macam mak miskin, bod** tak sekolah. Ayah pon pernah menipu bab duit dengan mak…

Bila mak berniaga kuih katanya tak untung tapi bila tengok resit tak tally dengan yang dicakap… Sama ada kepentingannya atau untuk keluarga hanya Allah je yang tahu.

Overall saya tak tahu ayah yang tak berapa berduit memang akan berkelakuan begitu atau macam mana. Tapi mostly ayah akan berkira-kira pasal duit even kadang nak beli makanan dekat pasar Ahad. 

Jadi benda triggered ni tersemat dalam memori saya untuk sekian lama. Benda ni lebih jadi teruk apabila saya terpaksa ambil alih tugas mak dalam rumah.

Segala expectation dari adik beradik, ayah untuk buat hal kerja rumah sangat menguji bila terpaksa buat sendiri sometimes nak jugak dorongan. Banyak kali berlaku perselisihan faham, sebab saya kurang cakna pasal kebersihan, masakan untuk anaknya kurang pedas.

Btw saya memang tak reti masak, kena belajar lagi…. Ditengking, dijudge depan anak bini. Harsh word yang keluar dari anak buah 5 tahun “Patutlah ayah selalu marah-marah cakap sekali tanak dengar”. 

Masa mak masih ada, saya average bukanlah pemalas, cuma saya belum belajar habis ilmu praktikal tentang hal rumah tangga dari sorang mak. 

Dari masak, jaga rumah, jaga hubungan, jaga diri. Lgi² dulu orang laki dalam keluarga ibarat raja. 

Bila datang kakak ipar dalam keluarga, isteri kedua- dua abang. Saya mengharapkan saya dapat belajar dari mereka kerana mereka dah bergelar isteri dan punya mak ayah lagi.

Tapi sangkaan saya salah.. Malah mereka lebih harapkan saya. Ada yang boleh masak, tapi masak di rumahnya saja. Ada yang baru berkahwin dan tinggal sekali dengan saya keluarga tapi sebab alahan ubat mengandung, tak boleh buat kerja rumah.

Work from home tapi kadang bila dia okay dia boleh main kucing dan video call dengan familynya. Setiap malam boleh tonton Netflix & keluar makan bersama dengan abang. Wallahualam. 

Saya jangkakan 1 tahun saya terpaksa fight untuk buat semua sendiri sebab dia masih mengandung. Bila saya tak bekerja, baju kain mereka berlonggok saya yang basuhkan. Pakaian, luar dalam saya lipatkan even tak disuruh.

Sebab saya kena jaga mental saya daripada surrounding yang serabut… Saya ada cakap dekat abang saya sebab faham mungkin isterinya memang tak larat tapi itu semua ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 

Bila family kakak ipar datang… Segala pinggan mangkuk dan bekas yang dah dipakai adanya mereka tinggal setelah semuanya pulang, akhirnya saya yang sekarang tak bekerja lagi.. Dianggap kuli di rumah untuk settlekan semua itu. 

Pernah baru terjadi kak ipar kata nak masak lunch untuk esok. Saya pon gembiralah. Esok harinya jam pukul 11 pagi, saya tengok dia belum berbuat apa². Masih video call dengan someone & main kucing. Tak lama jam dah pukul 12 dia terus masuk bilik.

Saya tanpa bertanya terus keluarkan lauk basah dan masak sebab fikir ayah dah lanjut usia kena sediakan makanan awal. 

Lepas saya siap masak dia pon turun dan berkata mungkin masak malam sebab pening kepala lepas makan ubat. Saya tak pasti saya diperbodohkan atau sebab saya jenis bersangka baik, tapi masa tu hanya Allah je tahu rasa sakit yang ada. 

Pernah di sekolah dulu, saya diuji dengan satu geng budak laki di kelas. Setiap kali saya lalu ada segelintir dari mereka akan gelak dan bercakap sambil menunding jari kat saya hingga buatkan saya jadi trauma kalau berkawan dengan mana² lelaki,

Mereka akan fikir negatif dulu tentang saya sebab saya pon bukan cantik mana. 

Ketika bekerja, ada sorang laki yang bekerja di 1 tempat, tiba-tiba datang mengajak saya bernikah depan semua officemate. Dia belikan saya air, buat baik, cakap lembut..

Bila diselidik rupanya test market, gantung tak bertali dengan isterinya dan banyak skandal macam Aliff A.

At last saya still berbuat baik saya bagi hadiah dengan niat sampaikan pada isteri, perbaiki keadaan meski dibluetick dan tak segan tunjuk skandal lain depan saya di tempat kerja apabila saya dah tahu kebenarannya. 

Saya tahu happiness tu mahal, tak boleh dibuat-buat. Sampailah saya di diagnosed depression moderate. Saya pernah cederakan diri, pecahkan botol dan saya hiris tangan sampai berdarah. Bila ada benda yang jadi, saya akan ambil benda tajam dan lukakan tangan.

Sekarang saya masih on medication 1 ubat je. Abang2 saya sikit pon tak ambil tahu pasal sakit ni, menganggap ni semua sebab kelemahan sendiri. Kakak ipar even tahu, fatal yang boleh jadi memilih untuk lebih menjadi dirinya sendiri. 

The end of the story, dalam semua character yang Allah hadirkan dalam kehidupan saya takde sorang pon yang datang meminta maaf yang ada hanya menuntut. Sabar dalam mengajar saya

Untuk survive secara independent. Lagi pula dengan status saya sekarang tak bekerja dan masih job hunting. Tanpa rupa, duit, dan status people don’t see your worth. 

Kita sendiri kena pasak diri dengan cintakan agama Allah & rasul, the real love lepas parents kita yang betul ² care unconditionally.

Kalau takde sorang pon yang boleh jadi the best motivator, kita kena banyak relate kehidupan dengan kisah² nabi, para solihin & belajar dari orang yang kita percaya.

Jangan tinggal a piece of mind untuk pengisian rohani & mental setiap hari, jaga penampilan, kebersihan tu yang saya buat untuk push diri to be better. 

Doakan saya berjaya mendapat kerja, boleh gembirakan ayah, jadi orang yang bermanfaat untuk masyarakat sekitar. Sekian terima kasih sebab sudi mendengar.

– Izzah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan Izzah, diberikan kerja yg baik, murah rezeki dan dijodohkan dengan lelaki yg baik… Aamiin

  2. jaga “ayah” je dlm rumah tu, bab abg n wife2 dorg tu pandai2 settle, ape masak, kemas, siap basuh baju lipat semua.. u maid ke adik bongsu?.. seek job sampai dapat.. pastu tlg pindah kalau dh toxic sgt.. jaga diri baik2, sbb i x rasa sape pun simpati dgn u.. so u hv yr own self..

    • Fokus kat keperluan ayah je dan settlekan hal rumah yg x melibatkan yg dah berkahwin tu.. berpada-pada la kalau nk menolong. Yelah kesian mengandung tolong bab pakaian tu, klau dah kering, masukkan dlm bakul masing-masing letak bilik masing-masing, xperlu lipat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *