Repeat the Same Mistakes

Aku Ayu. Umur 25 tahun dan aku seorang ibu serta isteri kepada A. Aku nak confess tentang keadaan yang aku alami. 

Dulukan aku tak suka topik berkahwin ni sebab bagi aku complicated and orang sekeliling aku pun mostly facing ujian rumah tangga yang sangat-sangat lah bagi trauma kat aku even my parents.

Masuk jer umur 19 tahun, mindsets aku berubah about perkahwinan sebab ada one of my kenalan ni, umur sebaya arwah nenek aku, berkahwin almost 40 tahun tapi still happy and dia pun nampak awet muda.

Aku harapan aku pun dapat perkahwinan yang macam dia, happy walaupun banyak ujian mendatang gitu. 

Masuk umur 22 tahun, aku kenal dengar seorang lelaki iaitu si A ni lah. Dia 8 tahun lagi tua dari aku, pemikiran dia memang matang masa tu lah.

Dan banyak sifat yang ada pada dia tu memang buat aku tertarik and berharap hubungan kami bukan takat couple-couple jer.

Setahun perkenalan, dia ajak aku kahwin dan masa tu aku masih berada dibangku universiti lagi.

Dia bagi aku sebuah keyakinan yang rumah tangga tu akan jadi macam rumah tangga yang aku harapkan sebab kita orang pernah talk about apa yang masing-masing harapkan bila kami berkahwin nanti.

Dan kan situ aku ada cakap yang aku nakkan someone yang boleh hormati aku as isteri dia, boleh terima aku and slowly ubah aku jadi better without paksaan, having quality time together, tak pentingkan diri and macam-macam lagi and mostly apa yang aku cakap tu dia pun cakap.

So kira dua-dua berharap pada benda yang sama. 

Awal perkahwinan, masa tu baru dua bulan perkahwinan, kami slow talk about benda yang kami harapkan tu, dan kat situ kami cerita juga about why kami harapkan benda tu. Mostly adalah based on family masing-masing yang tak achieve benda tu.

Aku datang dari family yang kerap ada isu, nak kata broken tu tak delah sampai bercerai berai. Dia pulak datang dari family yang busy, dari kecik kurang perhatian sebab mak ayah busy kerja.

Soo adalah sebab yang kukuh why kami nak harapan kami tu jadi kenyataan. 3 bulan usia perkahwinan semua yang kami harapkan tu macam nampak boleh jadi kenyataan. 

Masa ni aku belajar lagi tapi via online lah masa tu, kalau PJJ pun kejap atas alasan ada kelas yang conduct macam biasa. 3 bulan tu happy sangat. Bila mana suami aku balik kerja, aku akan sambut dia, hidangkan masakan aku atas meja.

Then kami akan solat sama-sama, baca quran and yasin sama-sama even one of us tak pandai pun. Slow-slow pasti boleh pandai nanti. Time makan pun tak hadap phone ye sebab nak jaga quality time.

One hour sebeluk tido mesti pillow talk dulu about apa yang jadi pada hari tu and so on. Then kalau nak hadap phone kena make sure one of us dah tido dulu. Tido pun kita orang jaga ya… Sebelum 11 mesti dah tido. 

Masuk bulan ke empat which is bulan yang aku disahkan oleh doktor tengah hamil, slowly semua tu berubah. Aku… Ofc berubah lah sebabkan pregnant. Aku mostly tak larat nak buat macam-macam, sensitif, and macam mak2 pregnant yang lain lah.

Start tu, dia dah tak pernah nak ada quality time dengan aku. Makan pun hadap phone even aku tegur, solat pun dah jarang sama-sama even aku berkeras nak tunggu dia, tido pun kadang tu asing-asing,

Kalau merajuk mostly kena pujuk diri sendiri, dan dia mostly akan tido lambat sebab main game dia. Sadis yaa… During the pregnancy aku depress ya sampai depress aku tu berisiko kat kandungan. 

After bersalin, aku alami postpartum depression tak sampai 2 bulan pun.

Tapi jujur kata aku kena kuat sorang-sorang sebab time ni dia sedar yang masa pregnant tu aku banyak makan hati dengan dia since aku akhirnya luahkan semua yang aku pendam sampai dia berair mata ye. Ingat menyesal, lupanya tak.

Dah ada anak ni, dia lagiiii lah menekan” aku. Dia cop aku ni macam queen control and most of kawan dia pun tahu about aku.

Contoh about lepak after balik kerja, aku bagi jer lepak asalkan jangan lah sampaai lewat malam.

Lebih jer dari masa yang dijanjikan memang aku akan call tak kisahlah masa tu dia just lepak dengan kawan ke apa. Start kena perli-perli dengan kawan dia about takut bini so on, makin gatal lah kaki tu nak lepak. Pasal main game pulak aku dah berbuih mulut. Kadang tu terasa jugak. 

Mana tak terasa, nak kata dia ada masa untuk aku memang tak ada ya. Masa untuk anak ada tapi berkira kadang-kadang tu. Kalau balik kerja dia penat apa semua, aku suruh jaga anak kejap sebab aku nak masak ke apa, haaa mula lah muka tu tegang semacam nak protes.

Bab kemas rumah semua aku buat sebab aku suri rumah. Bab anak ada dia buat tapi tu pun nak marah-marah aku kalau ada yang tak kena.

Tapi tu kalau kat rumah. Kalau kat rumah orang lain macam adik beradik dia ke, dia mostly tunjuk yang dia terpaling faham anak sampaikan bila aku cakap anak aku nak itu ini sebab tu dia meragam cam tu, dia boleh deniedkan and cakap yang aku tak faham anak ya. 

Sekarang pulak, aku rasa macam mati rasa slowly. Kalau slow talk berakhir dengan perbalahan, aku pun dah malas nak slow talk. Kalau meluah dianggap macam benda paling annoying, aku sanggup tutup mulut.

Kalau wasap kat tempat kerja tu menyemak, aku slowly wasap if benda tu penting jer. If selama ni belanja dapur dianggap over budget, aku slowly topup guna duit yang aku dapat dari kerja aku as freelancer tu. 

Ada duit lebih aku bawak anak pergi makan angin kat luar even tanpa dia, janji aku mintak izin jer. Dia nak lepak sampai 2-3 pagi, aku dah pejam jer. Malas nak semakkan otak fikir benda tak berkembang.

Barang dapur pun aku beli sendiri even dia bagi duit dapur. Aku bagi apa yang dia nak which is “hidup zaman bujang” dia balik. Cuma tu lah… Jangan tanya kenapa aku makin mendiam, aku makin menyindiri, or kenapa anak dah tak lekat kat dia macam dulu. 

Kat sini jelas lah yang dia berharap semata-mata pada harapan masa awal-awal kahwin tu but sebenarnya dia repeated same mistakes macam mak ayah dia buat or mak ayah aku buat.

Ada one of kawan dia pernah personally chat aku kat fb and talk about suami aku.

Mula-mula tu aku macam shock lah sebab berani-beraninya kawan suami aku chat aku sedangkan tahu aku ni bini orang, tapi lepas tu aku dah tak shock dah sebab niat dia chat aku tu sebab nak tunjuk facebook scandal suami and share gambar dating suami and that perempuan.

Bagi aku, aku dah tak kisah dah about dia nak scandal ke apa. Sebab? Sebabnya itu urusan dia dengan tuhan. Bukan budak kecik pun dia tu. Kalau andai kata dia decide nak kahwin dengan perempuan tu, aku bersyukur lah sebab dia tak buat dosa maksiat dia sampai dia mati.

And andai kata dia tak boleh berlaku adil dengan aku and anak, aku still tak akan tuntut cerai selagi mana dia tak maki hamun aku and anak atau angkat tangan kat kami.

Urusan adil tak adil tu aku biarkan Allah jer balas kat akhirat. And andai kata dia ceraikan aku, don’t worry awal-awal kahwin lagi aku dah mintak rumah yang dia beli and kereta yang kami berdua pakai tu atas nama aku. Apa susah?

Nak susah and mulakan hidup baru with that girl yang you choose? Silakan… Tapi jawablah sana kat akhirat. 

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *