Salam semua… Buat yang ada anak, pernah tak korang terasa diri sebagai ibu bapa yang gagal?
Mereka yang gagal dalam perkahwinan sehingga anak berpisah antara ibu dan bapa, atau sering abaikan keperluan dan kemahuannya.
Ada tak ibu bapa yang suka marah anak, sampai anak merajuk? sayalah tu.
Bila anak buat perangai, nakal atau tak dengar kata… Awalnya saya dah tegur, dah nasihat, bila buat lagi saya pun marah dengan kata kata yang geram. Tapi bukan kata kesat.
Keluar ayat, jangan sampai orang kata ibu tak pandai jaga anak. Ibu dah suruh kan, nanti orang kata ibu tak suruh ke.
Hakikatnya anak belajar daripada pemerhatian. Suruhlah banyak kali contoh bab solat, kalau ibu bapa pun tak ajak solat atau lambat solat, anak susah nak buat sendiri…
Jadi, saya sedih juga mengenangkan persekitaran anak yang tak banyak membantu dia menjadi lebih baik, banyak contoh yang tak baik dilihat daripada ibunya macam (malu nak cakap).
Nak jelaskan kepadanya kenapa ibu dan baba bercerai pun pening kepala, takkan nak kata bapak kau yang banyak perangai buruk, keluarganya toksid.
Rasa tak baik nak burukkan bapanya, mengaku saja kami bermasalah dan bercerai cara nak keluar daripada masalah.
Dah bercerai aku masih bermasalah, ingat semudah itu berubah rajin dan baik. Namun aku dah tak menanggung aib perangai buruk suami.
Bertuah betul mereka yang punya suami baik.. keluarga bahagia.
Baru ni aku terguris dengan isu orang lain, walaupun aku pun ada je masalah tapi aku nampak masalah orang untuk dinilai juga.
Ada viral satu video suami curang ada yang lain tapi sombongnya tu tak tahan, sampai ibu isteri masuk campur nak selesaikan,
Akhirnya ibunya kata ‘anak kamu jangan cari ibu lagi, biar ayah jaga dari a sampai z’. Terkedu anak tu.
Anak tak salah. Sungguh ibu bapa yang salah. Tapi anak jadi mangsa. Kalau aku memang tak bagilah ex jaga anak sebab a sampai z dari lahir tak pandai jaga, gila bagi orang yang tak pandai jaga.
Kemudian kes lain, ada pulak anak yang dedahkan dia anak luar nikah, tetapi bila dah besar barulah si ayah ni nak tunjuk ambil berat nak isi nama dalam surat beranak.
Selama ni surat beranak tu tak ada nama ayah! Sedihnya mereka yang nasib begini.
Adakah lagi sedih jika anak tu ada nama ayah tapi tak tahu ayahnya di mana…
Begitulah kisah masyarakat yang tak pernah habis, jika tak tahu benda viral ni bagus juga tak serabut otak. Sebab hal peribadi dan anak anak sendiri pun tak mampu bagi yang terbaik, jadi nak nilai masalah orang buat apa…
Cuma, nak ingatkan diri dan yang lain. Jadilah ibu bapa yang baik, sebab kadangkala anak buat masalah kerana ibu bapa yang banyak salah…
Gagal mendidik dengan sebaiknya. Gagal meraikan perasaannya kerana pentingkan hal sendiri, pentingkan orang lain…
Kasihan anak, naluri dia juga cedera bila diperlakukan buruk oleh ibu bapa, dia juga dambakan hidup yang baik.
Namun andai dia seperti derhaka, renungkan diri adakah sebenarnya ibu bapa juga ada derhaka.
Anak… Ibu minta maaf, sangat sayang kamu. Moga Allah sentiasa menjagamu.
– Ibu masih gagal
– Belacan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit