Aku Yang Buntu

Salam & hai semua. Aku M mestilah bukan nama sebenar. Umur 3*, dan dah berkahwin.

Karangan aku sedikit panjang, agar korang faham situasi aku. Aku rasa, apa yang aku lalui ni takdelah teruk sangat, dan aku yakin ramai para isteri zaman sekarang ni mesti tengah lalu masalah ni.

Cuma aku takde tempat nak minta nasihat dan nak luahkan perkara ni. Biasa memang aku pendam sendiri, dan sujud mohon bantuan dari Allah SWT.

Aku dah berkahwin kurang 10 tahun, belum dikurniakan anak. Mak ayah aku dah lama meninggal, dan aku seorang kakak kepada adik aku satu-satunya.

Aku jadi suri rumah selepas kematian mak aku, ikut suami berhijrah di mana tempat dia bekerja. Ayah aku meninggal sama tahun aku berkahwin, dan mak aku pula meninggal selepas 2 tahun ayah meninggal.

Awal perkahwinan aku bekerja dan kami PJJ. Memang aku nak jadi wanita bekerjaya.

Tapi selepas kematian arwah mak, aku hampir kemurungan. Aku tak pergi jumpa doktor, tapi dah kalau pergi kerja menangis, tengah buat kerja menangis, balik kerja kadang menangis, kat rumah aku menangis, malam tahajud menangis.

Dan rutin menangis berlaku setiap hari dan almost 2-3 bulan. Sebab mak memang segalanya untuk aku.

Dari aku kecik sampai besar apa saja kejayaan aku capai memang untuk mak ayah. Jadi bila mak aku pun pergi meninggalkan kami, dunia aku gelap gelita dan aku macam hidup sekadar hidup.

Memang takde sinar, even aku ada suami yang sedang PJJ. Untuk pengetahuan, aku ada adik yang masih bersekolah rendah pada ketika itu. Dan masih tinggal dengan aku sekarang. 

Aku tahu kalau aku terus macam tu, macam mana mental adik aku yang perlukan perhatian aku waktu tu.

Manakan tidak, waktu mak aku meninggal adik aku meraung “siapa nak jaga dia selepas mak tak ada”, aku terus peluk dia, aku cakap aku akan jaga dia sampai bila2.

Jadi aku buat keputusan untuk tak sambung kontrak kerja untuk aku keluar dari rumah yang penuh kenangan arwah mak ayah aku.

Aku tahu, kalau aku stay otak aku tak boleh nak waras dan rasional, jadi jalan terbaik aku kena keluar dari situ untuk aku kembali okay.

Sejak aku tinggal dengan suami aku, tahap menangis aku tak teruk, cuma kadang tengah malam atau ada masa2 waktu siang, suami aku pergi kerja, adik aku pergi sekolah, tetiba aku menangis macam tak ada pedoman.

Dan its happened almost 1 year +, cuma sepanjang itu aku tak menangis depan adik aku. Suami aku alhamdulillah, bekerja elok dan terima adik aku tinggal sekali dengan kami.

Tidak pernah berkira, atau ungkit apa pun dengan aku. Memang bukan kaki rokok, bukan kaki lepak, bukan kaki main game.

Boleh bertolak ansur, aku banyak kali nak balik kampung sebelah keluarga aku, dia memang onz je. Tolong bersihkan kubur, dan macam2.

Tak pernah kata tidak. Berhantar dan ambil adik aku sekolah pun dia buat, sebab aku tak reti drive dan perumahan kami tiada van sekolah.

Dia memang tiap hari-hari sekolah, rutin dia amik aku dulu then pergi sekolah adik aku, then hantar kami ke rumah, baru dia sambung pergi kerja. Nasib baik bos department dia sangat bertimbangrasa.

Sebab memang orang kat tempat kerja dia, biasa mintak keluar sejam untuk pickup anak balik sekolah. Alhamdulillah.

Senang cerita kasih sayang dia pada aku memang tak pernah kurang. Walaupun aku rasa aku tambah beban dia je.

Dahla tak membantu segi duit, jaga aku lagi yang emosi tak stable waktu tu, jaga adik aku lagi.

Suami aku ni dalam kerja dia, memang dia bagus, dua kali dapat offer naik pangkat tapi dia tolak sebab bila naik pangkat kerja teknikal akan berkurang, dan kerja dokumentasi lebih banyak dia kena buat berbanding teknikal.

Dan bab report2 ni bukan minat dia. Dia suka kerja teknikal.

Ikutkan dia boleh jump syarikat lain untuk offer lebih tinggi dengan jawatan yang sama, tapi dia dah selesa di negeri yang kami menetap sebab senang tengah2. Sejam lebih nak balik kampung dia, sejam lebih nak balik kampung aku.

Act kat sini aku rasa, suami aku berada dalam comfort zone, aku rasa dia tak yakin nak cuba interview dan takut tak selesa di company baru, sebab tu dia stay kat company tu dalam 6 tahun dari dia internship (latihan industri).

Aku ada tunjuk iklan kerja yang remote dari rumah, tapi dia kata di tak pandai speaking pulak, padahal elok je aku tengok dia bercakap.

Bolehlah faham, takdelah terabur. Tapi entahlah, mungkin comfort zone.

Dan tahun2 seterusnya semua okay, rutin berlaku macam biasa. Mulalah awal tahun ni, bila suami aku decide untuk berhenti kerja, nak start kerja dalam company kawan dia.

Kawan dia ni, belum ada investor pun lagi untuk company dia. Awal aku tak yakin dengan keputusan suami aku, tapi suami aku yakinkan aku rezeki insha Allah dari Allah swt.

Nak jadi cerita bulan yang sama suami aku berhenti, kami pindah rumah sebab tuan rumah dah meninggal dan waris nak faraid kan rumah tu. Aku ada simpanan, jadi deposit rumah sewa baru memang guna duit aku.

Suami aku dah sediakan macam2 untuk aku dan adik aku, takkan aku nak buat taktahu dalam kesempitan kan? Permulaan suami aku ada job2 kecik yang dia dapat jadi masih boleh tampung segala perbelanjaan, dan aku pun ada top-up sini sana.

Sampai masuk bulan ke-2, alhamdulillah kawan suami aku jumpa partner yang boleh dapatkan investor. Time ni job2 kecik dah kurang dapat, sebab nak fokus develop demo untuk investor ni yakin bagi funding dalam syarikat.

Sementara tu ada isu, client yang sepatutnya bayar payment ikut fasa yang ditetapkan tak buat bayaran, malah feedback yang diperlukan untuk pihak client semak pun client tak respond,

Jadi waktu nilah perancangan kewangan kami bertambah goyah. Pihak Client tak bayar, takkan nak terus buat kerja?

Mintak respond pihak client dengan product yang dah dibuat pun pihak client bagi banyak alasan. Aku rasa ini punca, bos nak develop sistem, tapi pekerja tak berminat dengan idea develop sistem dalam kerja mereka.

So bila pekerja “client” bagi respond nak taknak, macam mana nak teruskan project kan? Dah project tu delay, client marah pihak suami aku dan kawan dia sebab tak siap2, belum lagi dorang suka hati nak tukar itu ini tambah itu ini, dalam fasa nak siap project dia.

Dalam masa sama develop demo untuk investor pun banyak pancarobanya. Mcm2 berlaku dan demo sampai sekarang ni belum fully siap.

Nak amik job baru, takut tergendala kat sini sana. Jadi suami aku decide untuk fokus apa yang ada.

Aku memang PA suami aku, so far kerja dia memang aku tahu. Cuma takdelah aku ikut dia p meeting apa semua.

Benda ni berlaku 3 ke 4 bulan, duit simpan aku pun dah habis kering, begitu juga dengan suami aku. Tengah pening, kalau payment tak masuk lagi bulan ni, aku rasa aku kena jual gelang mas aku.

Walaupun perkara ni dibantah suami aku. Mana nak cekau bayar rumah krete lagi kan?

Act, aku dah minta suami aku carilah keje lain, tapi dia taknak, sebab nak fokus buat demo untuk funding investor dan project client delay ni. Kalau dia cari kerja, nnti dia tak ada masa nak siapkan.

Dan suami aku takboleh nak stay up tengah malam, zaman belajar boleh lah. Dah tua-tua ni, memang tengah malam kena tidur sampai ke subuh.

Power nap pun tak jalan. Part ni aku kata, para isteri mesti rasa apa aku rasa.

Dalam korang dalam tahap macam aku sekarang ni, mesti level kebergantungan korang pada Maha Pencipta tu sangat2 tinggi. Sebab apa, duit dah bukan tiap bulan masuk akaun, semua bergantung rezeki dari Allah.

Dulu boleh relaks sebab ujung bulan ada gaji. Tapi sekarang tidak lagi.

So of course korang as isteri, banyakkan mengaji, tahajud, doa pada Allah murahkan rezeki suami korang, permudahkan kerja2 suami korang, buat segala amal, macam selawat jibril, surah at-taubah ayat 128-129,

Cakaplah apa saja tips murah rezeki kat TikTok tu, macam2 aku cuba. Tapi masih macam ni, payment tak ade yang masuk.

Aku dah buntu. Aku dah cuba slow talk dengan suami aku, mungkin kali ni dia juga perlu buat, walaupun orang kata doa isteri untuk suami tu tiada hijab nya.

Cuba untuk solat awal waktu, banyakkan mengaji, selawat, tapi suami aku payah sikit nak buat. Yelah, mana boleh Allah bagi kita 100% elok kat kita kan?

Mestilah Allah bagi lebih kat sini, Allah bagi kurang kat sini, untuk kita banyak memohon pada Dia. Selalu jugak aku saja ngaji depan dia, tp dia buat taktahu je.

Kadang aku berangan juga macam dalam movie kot lah tetiba hati suami aku tersentuh ke apa ke dengar aku ngaji, hmm tapi belum lagi korang.

Aku pun dah buntu, aku mampu doakan kat Allah untuk beri dia kesedaran bab hubungan dengan Allah ni kena jaga sebaik2nya.

Mana tahukan, bila dia buat baru Allah beri rezeki satu-satu kat kami. Korang yang baca, aku mintak doakan aku dan suami aku dikurniakan rezeki dalam bulan ni ya untuk bayar segala komitmen.

Aku memang tak nak pinjam dengan sesiapa. And selitkan sekali dalam doa kami dikurniakan anak yang sihat comel bijak penyejuk hati untuk kami tau.

Kami memang dapat sorang pun dah bersyukur. Apa-apa pun, terima kasih baca.

– Dari M, insan biasa. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Semoga diangkat ujian sis sekeluarga, dipermudahkan segala urusan & digantikan dgn suatu yg lebih baik. Allahumma amin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *