Tabiat Suka Bermalam Di Rumah Orang

Assalamualaikum. Namaku Daisy. Pertama sekali terima kasih kerana sudi menyiarkan kisah ini.

Aku sudah berkahwin, belum dikurniakan zuriat. Mak aku tinggal sekali.

Tajuk ini mengisahkan tabiat family mertua yang suka bermalam di rumah orang (anak menantu dan saudara mara). Mereka itu termasuklah mertua & kakak ipar aku.

Kak ipar tinggal serumah dengan mertua. Bagi mereka tabiat itu adalah perkara biasa.

Apabila tiba musim cuti sekolah atau cuti umum, rumahku menjadi sasaran sebagai tempat percutian mereka.

Kak ipar tidak pernah pergi bercuti bersama keluarganya ke tempat lain. Mereka hanya akan menumpang keluarga orang lain untuk pergi bercuti.

Kerana alasan tidak tahu mencari dan booking hotel, tidak tahu survey tempat menarik, tidak berani bercuti di tempat orang, tidak yakin tinggalkan mak ayah berdua di rumah.

Sedangkan mak ayah mertua masih kuat untuk menguruskan diri dan rumah.

Ohh ya, mereka tidak pandai melakukan urusan online. Ipar bekerja sebagai kerani tetapi tak pandai buat urusan online. Pelik kan?

Aku penat dan rimas. It’s ok untuk sekali sekala, tetapi sudah banyak kali. Dan menjadi “normalised” pulak bagi mereka.

Mereka datang selama 2 hari. Aku harus menyediakan makan tengah hari selama 2 hari. Untuk breakfast aku beli. Untuk makan malam kadang kadang beli, kadang kadang masak.

Aku pernah mengajak mereka makan di luar, tetapi mak mertua menolak kerana alasan sakit lutut dan tak selesa makan di luar.

Untuk tempat tidur pula, mereka tidur di ruang tamu. Kerana rumah aku hanya ada 2 bilik. Bilik kecil sahaja.

Kedua bilik penuh dengan barang2 aku. Jadi bilik itu mereka hanya gunakan untuk solat dan tukar pakaian.

Mak aku tinggal bersama aku, dia pun jadi rimas kerana tiada tempat berehat. Rumah aku kecil sahaja. Maka ruang penuh dengan mereka sahaja. Jumlah mereka adalah 7 orang.

Aku bukan tidak suka, aku cuma penat. Aku jadi trauma bila dengar cuti sekolah sebab inilah.

Aku bukan membuka aib. Aku tidak mendedahkan maklumat diri dan family mertua. Aku cuma meluahkan. Aku harap mereka sedar bahawa sikap mereka itu salah.

Akhir kata privacy dan common sense itu penting tau!

– Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. apa kata akak yg offerkan diri bookkan homestay/hotel for them. ask the money first laa. bg la alasan, sedara nk dtg ke ape ke, yg logik2 tp xsakitkan hati

  2. cadangan saya utk daisy,

    1. awak offer diri utk ajar dia face to face semua online transaction etc jika betul alasannya dia tak reti. so kt situ dia dah takde alasan dah tak pandai nak buat online transaction. bodo2 sangat pon, awak ckp je suruh dia cari nak duduk mana etc pastu awak tolong buatkan transaction tu suruh dia transfer duit kt awak.

    2. kalau taktahu tempat mana yg menarik, suruh dia bukak tiktok search je cth ”tempat menarik cameron highland” atau ”cameron highland 2d1n iternerary” kalau tiktok pon dia claim tak reti guna awak basuh je la dia sikit.

    3. ikhlaskan je la maybe bukan dia tak reti tapi out of budget. lagipon 2d1n je kan dia stay rumah awak. anggap je awak buat tu utk mertua awak. takpun kalau mmg awak taktahan sgt, awak yg book vacation dan ajak family pergi holiday masa cuti sekolah tu. so diorg pon faham awak pon nak me time.

  3. sis, pindah la pergi duduk jauh. rimas pula saya baca cerita sis ni. kita cuti, nak rehat juga. sekali sekala takpe la, faham. tapi ni tiap kali cuti kena extra kerja pula. aduhai… atau cara lain, setiap kali cuti, sis je pergi lain dengan family. pergi bercuti ke, balik kampung sis ke… hmmmmm penatnya.

  4. sama la kita, asal cuti sekolah je risau tetamu2 yg tak diundang ni. rumah mmg penuh brg niaga, penat nk mengemas, nak menjamu mkn, lyn org, nk meniaga lg. nk belanja mkn luar costly pula. kalau aku kaya, takde la aku berpenat lelah niaga. kelemahan duduk di negeri pelancongan ni. korang kalau nk melancong, pergi je la bergembira sndri2, jgn menyusahkan org. ini kalau adik beradik, ipar duai, mak sedara, sepupu sepapat, kawan2 bersilih ganti penat oiiii. org bercuti aku plak takde cuti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *