Routine Rasa Bosan

Aku Afifa umur baru 26 belum berkahwin lagi, dari Johor. Stay dengan mak umur hampir 70 tahun. Nak cerita dan mintak idea dari pembaca setia IIUM Confession.

Sejak2 ni selalu dah rasa bosan dengan routine harian. Bila dah start masuk alam pekerjaan ni memang macam tuh la routine berulang2 melainkan kau kerja wfh atau remote jobs. Berlainan la sikit routine 2 kerja ni. 

Kita semua rasanya sama. Pagi biasa bersiap pergi kerja jam 8 balik jam 5. Hujung 2024 aku pindah kerja dikampung, yang office dia cuma ada 3 staff lain2 kerja luar office (kerja berat). Tempat kerja aku pula sekarang ramai tak boleh buat kawan bercerita.

Dulu aku kerja kat selangor ramai geng2 office yang sekepala. Kita orang lunch sama2. Tempat kerja baru aku ni, aku lunch sorang2 sebab masing2 tak mau makan. Dia orang nak tido atau layan kdrama kat pc masing2.

Kadang time lunch la nak cerita share apa2 kan nak kenal orang. Dah la kat rumah pun jarang bercakap. Biasa la mak dah berumur ni tak banyak cakap malam tidur awal. Siang aku dah rush nk pi kerja pula. Dah tu pula 3 staff ni semua bini orang.

Kadang rasa nak cari kawan untuk buat aktiviti hari minggu. Aku nak ajak pi buat aktiviti bersama time weekend pun tak boleh dah tahu dia perlu spend masa dengan anak2. 

Aku banyak aktiviti yang nak buat tapi dah takda geng. Aku ada baca satu cerita IIUM Confession 2 minggu lepas rasanya pasal anak bongsu. Ramai orang kata kita manja, tapi kita juga sunyi dan perlukan perhatian dan nak ada teman bercerita.

Berkait dengan aku kata kat atas. Banyak aktiviti aku nak buat tapi takda geng. Dulu mak ayah kita boleh teman segala aktiviti untuk anak first tapi anak bongsu ditemani oleh adik-beradik atas. Sebabnya mak ayah dah tak kuat nak layan.

Nak buat aktiviti dengan adik beradik masing2 dah focus kahwin keluarga sendiri. Dengan kawan pula jujur aku cakap kawan kampung aku semua dah kahwin masa aku umur 25 tahun, tinggal aku je yang belum kahwin.

Jadi dari umur 25 sampai umur sekarang 27 aku sendiri jela dengan mak aku. Banyak rasa bosan dan sunyi. Aku cuma nak ada kawan aja untuk boleh buat aktiviti sama2 time weekend ke. 

Aku ni muda lagi tau teringin nak pi buat aktiviti extreme macam skytrack, water rafting, pi hiking, naik genting segala benda alah tu, pi camping ke. Circle aku sekarang dah kecil. Jujur aku cakap kawan time study dan sekolah semua dah kahwin.

Aku tak jealous kahwin yang dah kahwin sumpah wehh aku jealous kahwin yang ada kawan untuk berjalan ramai2 satu kete. Rasa seronokan. Aku tak pernah merasa semua tuh.

Jangan la suggestkan aku untuk cari partner untuk sepanjang hidup tu. Aku nak merasa semua tuh sebelum aku kahwin. Hahaha, bosan ye routine sama aja. Pergi kerja balik. Borak sikit dengan mak. Sambung lagi routine sama 5 hari. Weekend netflix lipat kain.

Nak jogging pun kat kampung ni tak syok. Aku ni perempuan. Satu kampung la tengok kita berlari. Aku dah pi travel europe dengan mak aku. Tak ada rase excited, rasa sama macam kat rumah. Aku nak ada rasa excited sama2 dengan kawan gelak2.

Dengan mak yang berusia kita kena ikut rentak dia. Kadang jalan pun tak boleh jauh sebab penat. Macam mana nak menikmati masa single supaya tak membosankan. At least ada benda yang aku boleh ingat masa tua nanti. 

Agaknya macam ni ek anak2 kita rasa kalau mak ayah dia kahwin lambat. Nak buat aktiviti dengan family lain2 dah kahwin, mak ayah dah tua. Harapkan kawan saja.

Kawan ni pun susah. Bila dia dah kerja ada duit dia sibuk pula dah ada pakwe. Weekend dah dating dengan bf pula. Hidup orang muda time sekolah ada kawan, banyak masa tak ada duit. Hidup dah kerja, ada duit takada masa pula. 

Baru2 ni aku tengok kat tiktok. Trip ke taman negara. Teringin nak pergi, dia open weekend sahaja siap package semua. Tinggal bayar sahaja. Tapi saya tak ada geng. 

Sekian dari Afifa. Bukan nama sebenar. Saya dah tak ada kawan bercerita dan tempat nak mintak pendapat. Terima kasih admin kalau cerita ni di post. 

Boleh ke saya nak komen yang memberi idea untuk saya cari kawan baru atau idea aktiviti menghilangkan rasa bosan kahwin hujung minggu. Kalau idea hangpa cari partner, tak boleh lah diterima.

Saya perempuan kalau nak ajak buat aktivity weekend. Nanti dah kenal tersuka, dah kahwin tak sempat nak ber aktiviti. Dan saya bukan kemaruk nak berkahwin.

– Afifa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Dik, siapa kata kita perlukan kawan untuk buat benda2 tu semua. Akak dulu tgk wayang sorang, makan sorang tak mati pun. Gi buat aktiviti apa pun semua sorang. Kita kena happy kan diri kita tak payah tunggu orang. Akak gi trip sign up je ikut travel agency sorang pun tak kenal tapi bila dan sama2 join trip alih2 jadi kawan. InshaAllah, janji kita ikhlas.

  2. Start dgn pegi sendiri dulu.. sbb nak tunggu kawan belum tentu bila.. I’m single too and in JB.. luckily ade kawan2 yg masih bujang utk selalu hang out sama2.. tapi, ade waktu diorang ada hal sendiri, i don’t wait for them. Sy pegi buat sendiri. Pegi tengok wayang sorang2, pegi art class sorang2.. setiap bulan routine saya akan pegi at least 1 art class.
    Kalau awak dkt JB blh try pegi dkt Toppen. Sebulan sekali saya akan pegi kelas painting, kelas tufting, kelas pottery, pottery painting, acrylic painting..
    Sign up for gym, bergaul dgn kawan2 di gym. Join kelas yoga, HIIT..
    Saya tak jadikan single dan alone tu sebab saya tak aktif dalam hidup.. Alhamdulillah bila kawan2 free, travel jauh sama2.. bila kawan2 busy, sy sendiri plan activity utk occupy masa sendiri.
    Jangan letakkan happiness kita tu pada teman / kawan2 sebab belum tentu diorang sentiasa ada..

    • Hei, nama kita sama. Sama lah kita pun mcm org yg cerita ni. Jom lah kalau nak berkawan.

  3. Doa, mintak Allah bagi kawan yg baik. Apakata sis cuba join pakej dgn travel agency, contohnya ambik short trip ke mana2 destinasi 3H2M. Mungkin awal2 ni pi sorang dulu, tapi dari situ lah sis boleh luaskan circle of friends yg ada sama minat dgn sis. Lagipun tak semestinya cari kawan yg bleh berkepit je selalu, yg jauh sket pun xpe kot, masih boleh chit chat setiap hari dan buat aktiviti secara berkala.

    Kalau payah sgt, join komuniti kat tempat tinggal sis, buat kerja volunteer ke, join aktiviti surau/masjid ke. Kalau sis ringan mulut, suka tlg org, insyaAllah senang dapat kawan. Pilih kawan yg boleh bagi impak yg baik pada diri sis. Sbb tak guna jugak ada ramai kawan kalau kawan tu jenis yg membawa kepada keburukan. Kesian. Sekian.

    Kirim salam mak, jaga mak elok2. Syurga tu.

    • Agree dgn idea SN. Awak juga boleh cuba:
      1. Rapatkan hubungan dgn adik-beradik, anak² buah..spend more time dgn mereka
      2. Join small group dlm sosial media, small group yg buat aktiviti yg awak suka..contoh water rafting, awak pilih 1 tempat, nanti akan ada beberapa org yg akan buat aktiviti tu, walaupun tak kenal tp awak kena ringankan mulut utk bertegur sapa, so dari situ mungkin boleh make friends, share interest etc..kat social media pun ada je yg share interest dlm group ke, mula² kenal di alam maya, tak pernah jumpa tp boleh komen/pm/dm ke utk chatting..lps tu boleh ajak join utk buat aktiviti sama²..
      3. Kadang² ok je utk buat something sorang² asalkan boleh healing..contoh, awak craving nak makan kat cafe viral kat kl, so drive la dr kg pergi kl..lps mkn balik la..hehe..tu cth..tp apa²pun kalau pergi sorang kena bgtau mak tau..kesian nnt dia risau
      Ok, semoga awak berjumpa dengan kwn yg baik² & jaga diri

  4. Aku mase duk kg dulu,,mmg x la jogging dalam kampung,aku pegi taman yg ramai org jogging,,pagi@petang pegi jogging,,,ramai kawan aku dpt mase time jogging ni,,huhuhhu

  5. Hi Afifa,

    I can be your friends and kita pon sebaya jugak! single & takde rasa nak settle down yet. most of my uni circle pon already married but that doesnt stop me from doing all the things you mentioned. on and off i will have my spa day, saloon day, and in a year i akan plan trips to 2-3 countries per year bcs i really enjoyed vacations. I also hike sometimes, join marathon and short staycation tengok nature. so kita mcm banyak similarities. i pon jenis suka bercerita sebab i introvert and banyak cakap. my friend yg introvert pon tetibe jadi banyak cakap when she’s with me. you’re more than welcome to join me if you need a friend.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *